InTrend November 2008Inspirasi gaya hidup anda16 Tips Cantik + Cuti Ala Selebriti Best Travel Beauty Secret
Spectacular Nurul SyuhadaMalaysian Top Host membuka ruang kepada Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin mengorak langkah ke dunia penyiaran? Selepas tiga tahun, dia semakin mara mahu menyaingi barisan nama besar seperti Wan Zaleha Radzi, Normala Samsudin, Norazlina Redzuan dan ramai lagi. Siapa lagi? Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Azura Karim dan Sharifah Shawati. Stesen TV3 sejak dahulu melahirkan personaliti TV hebat seperti nama-nama saya sebut tadi. Nama-nama ini juga sinonim dengan rancangan Majalah 3, Nona dan Wanita Hari ini. Mungkin saya tersasar kerana ada juga di antara mereka pernah menjadi pembaca berita. Apa yang saya mahu kaitkan di sini, muncul sebuah lagi nama, menyambung bakat mereka. PESONA DIRI18 Hollywood Travel Beauty SecretMerungkai kisah cantik, setiap wanita pastinya mahukan penampilan diri sentiasa hebat di mana sahaja mereka berada. Termasuklah ketika sedang mengamati kebiruan laut, kehijauan palma, keheningan suria dan diselang seli pula deruan ombak serta kicauan burung kala kamu merelakskan diri di satu percutian indah hujung tahun ini. Ke mana sahaja destinasi kamu wahai wanita, jangan diabaikan kecantikan diri. Jadikan percutian cantik 18 selebriti Hollywood ini sebagai idola kamu. Ketahui rahsia cantik mereka! KLINIK FESYENBercuti Ala Selebriti Kegemaranmu!Siapa cakap kamu tidak boleh bergaya ala selebriti di Hollywood? Jom, ikuti paparan InTrend sempena isu Travel ini! Ikuti gaya bercuti seperti Katherine Heigyl, Hayden Panettiere, Katie Holmes dan Eva Longoria. LELAKI PILIHANJejaka Penuh Impian!Jehan, satu nama yang tidak perlu lagi dipertikaikan kebolehannya dalam bidang seni. Dia berjaya memboloskan dirinya ke dalam ke semua bidang termasuklah bidang modelling. Dengan wajah kacak miliknya, ia menajadi suatu pakej yang sentiasa di idamkan semua. Sebab itu juga, Jehan dipilih menjadi duta pakaian Adidas dan juga produk-produk lain. Bukan itu sahaja, Jehan turut dicalonkan untuk beberapa anugerah dalam bidang seni yang diceburinya. Dengan puluhan drama, filem, iklan dan banyak lagi, Jehan ini dikenali ramai dan sentiasa menjai perhatian ramai kala muncul di setiap majlis atau acara.
‘PICK-UP LINE’ UNTUK MENGGODA SI DIAKatakanlah kamu bernasib baik semalam dan bertemu seseorang berpotensi menjadi pacarmu. Dia mungkin sedang duduk-duduk di sebuah restoran, sedang melanggar bahumu secara tidak sengaja, sedang mengeluarkan wang di mesin wang tunai atau seorang bintang filem mungkin, siapa tahu. |
Murai Quick Links