11. PAUTAN KE LAMAN PIHAK KETIGA
11.1 Laman Web mungkin mengandungi Laman Web Dipaut dan termasuk iklan. Anda bersetuju bahawa Laman Web Dipaut dan iklan adalah perlu agar Astro dapat menyediakan Perkhidmatan Murai. Pautan dan iklan sedemikian disediakan kepada anda hanya sebagai kemudahan. Astro tidak bertanggungjawab sekiranya Laman Web Dipaut tidak berfunsgi dengan wajar. Astro tidak mempunyai kawalan terhadap laman web dan sumber tersebut dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan sebarang Laman Web Dipaut atau iklan
termasuk tanpa had sebarang pautan yang terkandung dalam Laman Web Dipaut dan tidak menyokong sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan lain di dalam atau yang tersedia di laman web atau sumber sedemikian. Anda bertanggungjawab untuk melihat dan mematuhi kenyataan privasi dan terma-terma penggunaan yang dipost di Laman Web Dipaut dan mengambil langkah beringat-ingat untuk memastikan apa yang anda pilih untuk kegunaan anada adalah bebas daripada virus, cecacing, ‘Trojan horses’ dan bahan lain yang bersifat pemusnah.
11.2 Sebarang urusan dengan pihak ketiga (termasuk pengiklan) terhadap Laman Web Dipaut atau penyertaan dalam promosi, termasuk penghantaran dan pembayaran bagi barangan dan perkhidmatan, dan sebarang terma, syarat, waranti atau representasi lain berkaitan dengan urusan atau promosi tersebut, adalah semata-mata antara anda dan pengiklan, pedagang atau pihak ketiga lain. Anda bersetuju bahawa Astro tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau dikatakan disebabkan oleh atau berhubung dengan penggunaan atau sandaran terhadap kandungan, barangan atau perkhidmatan yang tersedia di atau melalui sebarang laman web atau sumber tersebut. Pembelian sebarang produk atau perkhidmatan daripada pedagang dari Laman Wen Dipaut adalah transaksi yang semata-mata antara anda dan pedagang tersebut, dan sebarang soalan atau pertikaian di pihak anda berhubung dengan produk atau perkhidmatan tersebut harus ditujukan secara langsung kepada pedagang yang bertanggungjawab. Astro tidak bertanggungjawab atau mempunyai sebarang liabiliti bagi sebarang pedagang atau perhubungan anda dengan pedagang sedemikian.
12. PENDEDAHAN DAN KERAHSIAAN
12.1 Astro merizab hak untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi tentang anda atau penggunaan Perkhidmatan Astro oleh anda dan tanpa kebenaran terdahulu anda jika Astro dengan niat baik percaya bahawa tindakan sedemikian adalah perlu untuk: (1) mematuhi keperluan undang-undang atau proses undang-undang; (2) melindungi dan membela hak atau harta Astro atau syarikat induk atau syarikat gabunganya; (3) menguatkuasakan TOU ini; atau (4) bertindak untuk melindungi kepentingan ahlinya atau orang lain.
12.2 Sebarang maklumat atau bahan bukan peribadi yang dihantar kepada Astro oleh anda secara amnya TIDAK akan diperlakukan sebagai sulit.
12.3 Bagi maklumat lanjut tentang penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda sila lihat
Dasar Privasi kami.
13. HAK KEEMPUNYAAN
HAKCIPTA
13.1 Kandungan Murai yang didapati di Laman Web dilindungi oleh cap dagang, hakcipta, atau undang-undang harta intelek lain dan perjanjian antarabangsa. Sebarang penggunaan Laman Web dan Kandungan Murai yang terdapat di Laman Web bagi tujuan perdagangan adalah benar-benar dilarang, tanpa kebenaran bertulis nyata dan terdahulu daripada Astro. Sebarang penghasilan semula atau pengedaran semula Perkhidmatan Murai, dan Kandungan Murai, yang bukan menurut TOU di dalam ini adalah dilarang secara nyata oleh undang-undang dan boleh membawa kepada penalti sivil dan jenayah yang serius.
13.2 Susulan daripada perenggan 13.1 di atas, Astro memiliki dan menyimpan semua hak keempunyaan dalam Laman Web dan Perkhidmatan Murai. Laman Web mengandungi bahan hakcipta tertentu, termasuk pautan dan kompilasi maklumat tarikh individu, cap dagang, dan maklumat keempunyaan lain milik Astro, Ahli kami, dan pemberi lesen kami dan anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, menerbitkan, menghantar, mengedar, mempersembahkan, mempamerkan atau menjual sebarang bahan atau maklumat keempunyaan sedemikian tanpa kebenaran bertulis nyata dalam dalam setiap keadaan.
13.3 Unsur-unsur Laman Web, reka bentuk dan susun aturnya dilindungi oleh gaya dagangan (‘trade dress’) dan undang-undang lain dan tidak boleh ditiru secara keseluruhan atau separa.
13.4 Sebarang logo, grafik, bunyi atau imej dari Laman Web ini tidak boleh ditiru atau dihantar semula melainkan dibenarkan secara nyata oleh Astro.
PEMBERIAN LESEN DAN SEKATAN.
13.5 Anda mengakui dan bersetuju bahawa Laman Web dan Perisian mengandungi maklumat keempunyaan dan sulit yang dilindungi oleh undang-undang harta intelek dan undang-undang lain yang terpakai. Astro merizab semua hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini, termasuk tanpa had, hak pemilikan dan keempunyaan.
13.6 Perisian disediakan untuk dimuat turun semata-mata bagi penggunaan oleh anda secara individu, tak boleh dipindah milik, bukan eksklusif dan bukan bagi tujuan perdagangan, berhubung dengan Perkhidmatan Murai. Perisian disediakan semata-mata untuk penggunaan
anda menurut terma-terma TOU ini dan terma-terma Perjanjian Lesen yang terpakai yang mengiringi atau dimasukkan bersama-sama dengan Perisian. Anda tidak boleh memasang atau menggunakan mana-mana bahagian perisian melainkan anda terlebih dahulu bersetuju dengan terma-terma TOU ini dan sebarang perjanjian Lesen.
Perisian "digunakan " di komputer apabila ia dimuatkan ke dalam ingatan sementara (iaitu RAM) atau dipasang ke dalam ingatan kekal (iaitu, cakera keras, CD-ROM, atau peranti storan lain) di komputer tersebut.
13.7 Anda tidak boleh menyalin Perisian ke dalam sebarang pelayan atau lokasi lain untuk dihasilkan semula atau diedarkan semula. Anda tidak boleh ‘reverse engineer’, menyahkompil, menyahhimpun atau mengubah suai Perisian, melainkan setakat mana sekatan sedemikian dihalang oleh undang-undang.
13.8 Sebarang penghasilan semula atau pengedaran semula perisian yang tidak mematuhi TOU & Notis ini dan sebarang Perjanjian Lesen dilarang dengan nyata oleh undang-undang dan boleh membawa kepada penalti sivil dan jenayah yang serius. Pesalah akan didakwa sehingga tahap maksimum.
13.9 Perisian disediakan "seperti seadanya," dan Astro dengan ini menolak semua waranti dan syarat berhubung dengan Perisian termasuk semua waranti tersirat dan syarat kebolehdagangan, kesesuaian bagi tujuan tertentu, hakmilik dan ketidaklanggaran.
CAP DAGANG DAN BAHAN PIHAK KETIGA.
13.10 Astro merizab semua hak dalam nama korporat, cap perkhidmatan, logo, nama dagangan, cap dagang, laman web dan nama domainnya (secara kolektif "Cap") dan tiada apa-apa di dalam TOU ini yang memberikan anda lesen untuk menggunakan Cap sedemikian. Di samping itu, cap lain yang kelihatan di laman ini mungkin merupakan cap pihak ketiga yang bukan merupakan anggota gabungan Astro. Astro dan Kumpulan Astro tidak mengawal atau menyokong kandungan laman web pihak ketiga.
14. PERKHIDMATAN MUAT TURUN MUDAH ALIH ASTRO
14.1 Dari semasa ke semasa, Astro mungkin menyediakan Perkhidmatan Muat Turun Mudah Alih Murai kepada anda.
14.2 Anda bersetuju bahawa anda akan dikenakan caj SMS premium tambahan bagi
sebarang muat turun mudah alih. Caj sedemikian akan dimaklumkan kepada anda di Perkhidmatan Muat Turun Mudah Alih Murai dari semasa ke semasa.
14.3 Caj yang ditetapkan dalam klausa 14.2 adalah di sampung fi standard yang dikenakan oleh pengendali telefon mudah alih anda.
14.4 Astro tidak bertanggungjawab bagi sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan tidak kira apa jua sifatnya yang dialami oleh anda disebabkan sebarang kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar SMS/MMS disebabkan kerosakan rangkaian, komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kerosakan yang dialami oleh pengendali telefon mudah alih yang turut serta dan/atau oleh Astro dan/atau akibat daripada penyertaan dalam atau memuat turun sebarang bahan daripada Perkhidmatan Muat Turun Mudah Alih Murai.
14.5 Anda bersetuju bahawa suapaya muat turun mudah alih dapat dimuat turun kepada telefon mudah alih anda, telefon mudah alih anda hendaklah serasi dengan dan menyokong bahan yang dimuat turun. Maklumat keserasian telefon mudah alih ada disediakan di Perkhidmatan Muat Turun Mudah Alih Murai, anda dinasihati agar membacanya dengan hati-hati sebelum memuat turun apa-apa bahan. Astro tidak bertanggungjawab sekiranya anda cuba memuat turun bahan kepada telefon mudah alih yang tidak serasi dan anda bersetuju bahawa caj yang dinyatakan dalam klausa 14.2 di atas masih akan dikenakan dalam keadaan sedemikian.
14.6 Sekiranya anda berumur di bawah lapan belas (18) tahun, anda mesti meminta kelulusan ibu bapa dan/atau penjaga sebelum memuat turun bahan muat turun mudah alih daripada Perkhidmatan Muat Turun Mudah Alih Murai. Astro menganggap ibu bapa dan/atau penjaga yang bertanggungjawab untuk memantau penggunaan Perkhidmatan Muat Turun Mudah Alih Murai oleh anak mereka.
15. AM
15.1 TOU & Notis ini dikawal oleh undang-undang Malaysia, tanpa merujuk kepada prinsip konflik undang-undang. Sebarang pertikaian antara anda dan Astro berhubung dengan TOU & Notis ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah yang terletak di Malaysia dan anda dengan nyata menepikan semua pembelaan terhadap bidang kuasa. Anda bersetuju bahawa Laman Web dianggap berasal dan disediakan oleh Astro di dalam dan dari Malaysia bagi tujuan menentukan bidang kuasa dan undang-undang yang terpakai.
15.2 TOU & Notis ini mengandungi keseluruhan persefahaman antara pihak-pihak di sini berkenaan dengan Laman Web, dan menggantikan semua perjanjian atau persefahaman lisan atau bertulis terdahulu antara anda dan Astro, dan apa-apa nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang anda perolehi daripada Laman Web ini (sama ada sebelum atau selepas tarikh anda menerima TOU& Notis ini) tidak akan mewujudkan sebarang obligasi atau waranti di pihak Astro yang tidak disebut secara nyata di dalam ini. Anda juga mungkin tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang mungkin dikenakan apabila anda menggunakan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kumpulan Astro, kandungan pihak ketiga, laman web pihak ketiga atau perisian pihak ketiga. Kelakuan antara pihak-pihak atau amalan dagangan tidak akan bertindak untuk mengubah suai sebarang peruntukan TOU & Notis ini.
15.3 Pelaksanaan TOU & Notis ini oleh Astro adalah tertakluk kepada undang-undang dan proses undang-undang sedia ada, dan tiada apa-apa yang terkandung di dalam TOU & Notis ini akan menjejaskan hak dan obligasi Astro untuk mematuhi semua permintaan atau keperluan kerajaan, mahkamah dan penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan penggunaan Laman Web oleh anda atau maklumat yang disediakan kepada atau dikumpul oleh Astro berhubung dengan penggunaan sedemikian.
15.4 Sekiranya sebarang peruntukan TOU & Notis ini diputuskan tidak sah, kandungan selainnya dalam TOU & Notis ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuh dan jika mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten memutuskan bahawa sebarang peruntukan TOU & Notis adalah bertentangan dengan undang-undang, peruntukan sedemikian akan ditafsirkan, sejauh mana yang mungkin, untuk mencerminkan niat pihak-pihak manakala peruntukan lain kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. TOU & Notis ini tidak akan ditafsirkan terhadap mana-mana pihak sebagai penderaf utamanya. Versi TOU & Notis ini yang dicetak dan sebarang notis yang diberikan dalam bentuk elektronik boleh diterima dalam prosiding kehakiman atau pentadbiran.
15.5 Kegagalan Astro untuk berkeras terhadap penguatkuasaan atau untuk menguatkuasakan secara ketat pelaksanaan sebarang peruntukan TOU & Notis ini tidak akan ditafsirkan sebagai penepian sebarang peruntukan atau hak melainkan diakui dan dipersetujui oleh Astro secara bertulis.
15.6 Notis kepada anda tidak akan diubah suai melainkan melalui pengubahsuaian nyata oleh Astro seperti yang diterangkan di dalam ini dan boleh dibuat melalui e-mel atau mel biasa atau dengan mempamerkan Notis atau pautan kepada Notis kepada anda secara amnya
di Perkhidmatan Astro.
15.7 Anda tidak boleh menegaskan sebarang tuntutan terhadap Astro berhubung dengan Laman Web melainkan anda telah memberikan kepada Astro notis bertulis tentang tuntutan tersebut dalam masa empat belas (14) hari selepas anda mengetahui atau seharusnya mengetahui fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan tersebut. Anda bersetuju bahawa sebarang kausa tindakan yang berbangkit daripada atau berkait dengan Laman Web mesti dimulakan dalam masa satu (1) tahun selepas kausa tindakan tersebut berbangkit dan jika tidak kausa tindakan tersebut dihalang secara kekal.
15.8 Astro boleh menyerahhakkan hak dan kewajipannya di bawah TOU ini kepada mana-mana pihak jua pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda dan TOU ini akan mengikat dan berkuat kuasa demi manfaat pengganti dan penerima serah hak setiap pihak masing-masing.
15.9 Sekiranya TOU ini diterjemahkan ke dalam bahasa lain dan terdapat percanggahan dalam kedua-dua versi bahasa tersebut, versi Bahasa Inggeris akan mengatasinya setakat mana percanggahan tersebut adalah disebabkan oleh kesilapan terjemahan.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan tentang TOU atau Laman Web ini, sila hubungi kami di
webmaster@murai.com.my.
Murai Quick Links