• Astro, menurut budi bicara tunggalnya berhenti menawarkan sebarang perkhidmatan percuma, percubaan, atau promosi, tetapi penamatan atu penggantungan tersebut hendaklah semata-mata berkait dengan perkhidmatan tersebut; atau
• ketakaktifan, yang ditakrifkan sebagai kegagalan untuk log masuk ke dalam Akaun E-PASS anda bagi tempoh masa yang berpanjangan, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3.2 di atas;
• Astro mengesyaki berlakunya penggunaan secara fraud (Pengguna akaun secara fraud termasuk tetapi tidak terhad kepada: (a) membenarkan pihak ketiga mendapat akses kepada ID pengguna dan kata laluan anda, atau (b) memasukkan maklumat pengguna yang tidak sah atau nampaknya tidak sah untuk Akaun E-PASS anda, atau (c) cuba mendaftarkan untuk tawaran percuma, percubaan atau promosi di bawah beberapa nama samaran atau dengan menggunakan maklumat pengguna berbeza untuk memintasi sebarang pembatasan satu-percubaan-untuk-satu-pengguna) di Laman Web dan/atau Akaun E-PASS anda; atau
• Berlaku pelanggaran melainkan pelanggaran hakcipta dan pelanggaran undang-undang harta intelek seperti tetapi tidak terhad kepada pornografi, bahan lucah atau memfitnah, atau yang terlalu panjang.
• Anda melanggar secara material TOU ini atau sebarang Notis yang dipost dari semasa ke semasa di Laman Web, sebarang undang-undang dan peraturan yang terpakai berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan Astro; atau
• Sebarang undang-undang, peraturan atau tindakan kerjaaan menjadikan semua atau mana-mana bahagian Laman Web (atau penggunaan Perkhidmatan Murai oleh anda) menyalahi undang-undang atau tidak praktis; atau
• penggunaan Akaun E-PASS anda atau Laman Web oleh anda menjejaskan atau mengancam untuk menjejaskan keutuhan atau kefungsian rangkaian Astro dalam apa cara jua; atau
• jika Astro percaya yang anda telah melanggar atau bertindak secara tidak konsisten dengan kata-kata atau semangat TOU & Notis ini.
8.3 Anda bersetuju bahawa Astro tidak bertanggungjawab kepada anda atau sebarang pihak ketiga bagi sebarang penamatan akses anda ke Laman Web, Akaun E-PASS anda dan/atau Keahlian anda.
8.4 Astro boleh mengeluarkan sebarang Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna dan/atau menggantung dan/atau menamatkan akses Ahli kerana memuat naik sebarang bahan yang melanggar TOU dan Notis ini pada bila-bila masa, tanpa notis terdahulu dan menurut budi
bicara tunggalnya.
9. PENOLAKAN & PEMBATASAN LIABILITI.
9.1 Astro tidak membuat sebarang jaminan bahawa Laman Web akan memenuhi keperluan anda atau bahawa Laman Web adalah selamat, tepat pada masanya, tidak terganggu atau tanpa kesilapan, atau bahawa sebarang data, kandungan, maklumat, perisian atau bahan lain yang dapat diakses di atau melalui Laman Web atau Akaun E-PASS anda adalah benar, tepat atau bebas daripada virus atau komponen merbahaya lain. Anda bertanggungjawab untuk melaksanakan prosedur dan pemeriksaan yang cukup untuk memenuhi keperluan khusus anda bagi ketepatan input dan output data, dan mewujudkan kaedah di luar Laman Web bagi pembinaan semula sebarang data yang hilang. Semua penggunaan Laman Web adalah atas risiko anda sendiri dan anda semata-mata bertanggungjawab bagi semua kerosakan yang berbangkit daripadanya.
9.2 KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB BAGI KELAKUAN MANA-MANA AHLI ATAU PENGGUNA LAMAN WEB YANGLAIN SAMA ADA DI DALAM ATAU DI LUAR TALIAN. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI BAGI SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN, TERMASUK KECEDERAAN DIRI ATAU KEMATIAN, DIAKIBATKAN OLEH PENGGUNAAN LAMAN WEB ATAU PERKHIDMATAN OLEH SESIAPA JUA, SEBARANG KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA (DIPOST DI LAMAN WEB) ATAU DIHANTAR KEPADA AHLI ATAU PENGGUNA LAIN, ATAU SEBARANG INTERAKSI ANTARA ATAU DI KALANGAN AHLI ATAU PENGGUNA LAMAN WEB YANG LAIN, SAMA ADA DI DALAM TALIAN ATAU DI LUAR TALIAN.
9.3 Kami tidak bertanggungjawab sama sekali bagi sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian atau pemusnahan atau akses yang tidak dibenarkan atau perubahan kepada pengguna atau komunikasi Ahli. Kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang masalah atau kepincangan teknikal sebarang rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet atau di mana-mana laman web atau kombinasinya. Kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan kepada sebarang peralatan komputer kepunyaan mana-mana pengguna Laman Web, mana-mana Ahli, atau mana-mana orang lain berkaitan dengan atau diakibatkan oleh penggunaan Laman Web, menonton, memainkan atau memuat turn mana-mana bahan di atau dari Laman
Web, atau sebaliknya dalam sebarang cara jua berhubung dengan Perkhidmatan Murai. Laman Web dan Perkhidmatan Murai disediakan "SEPERTI SEADANYA" dan, melainkan sebaliknya dilarang oleh undang-undang terpakai, kami dengan nyata menolak sebarang waranti tidak kira apa jenisnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti tentang kebolehdagangan, kesesuaian bagi tujuan tertentu dan ketidaklanggaran. Kami tidak dapat menjamin dan tidak menjanjikan sebarang keputusan khusus daripada penggunaan Laman Web atau Perkhidmatan Murai. Tidak ada nasihat dan maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang diperolehi oleh anda daripada kami, atau dari atau melalui Laman Web atau Perkhidmatan Murai akan mewujudkan sebarang waranti yang tidak disebut secara nyata di dalam ini.
9.4 Sehingga tahap sepenuh-penuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang, Astro tidak bertanggungjawab dalam sebarang keadaan jua, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecuaian, bagi sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas atau berbangkit, gantirugi bagi kehilangan keuntungan (meskipun jika Astro telah dimaklumkan tentang kemungkinan gantirugi sedemikian atau meskipun jika kerosakan tersebut boleh diramal), yang diakibatkan daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Laman Web, sebarang perubahan kepada Laman Web dan akses yang tidak dibenarkan atau perubahan kepada penghantaran data anda, sebarang komunikasi, penghantaran, bahan atau data yang dihantar atau diterima atau tidak dihantar atau diterima, atau sebarang transkasi yang dimasuki melalui Laman Web atau yang berbangkit berhubung dengan tindakan memfraud atau menyalahi undang-undang oleh mana-mana pihak ketiga.
9.5 Anda bersetuju secara khusus bahawa Astro tidak bertanggungjawab bagi sebarang kandungan atau kelakuan mengancam, memfitnah, lucah, cabul atau menyalahi undang-undang oleh mana-mana pihak lain atau sebarang pelanggaran hak orang lain, termasuk hak harta intelek.
9.6 Jika anda tidak berpuas hati dengan Laman Web, bahan yang disediakan di atau melalui Perkhidmatan Murai, Laman Web atau dengan peruntukan TOU & Notis, anda bersetuju bahawa remedi tunggal dan eksklusif anda ialah untuk berhenti menggunakan laman Web atau mana-mana produk dan perkhidmaan Astro yang lain.
9.7 Astro akan mengambil langkah yang munasabah untuk mengekalkan privasi atau keselamatan semua maklumat peribadi yang disediakan oleh anda kepada Laman Web, tetapi pihak ketiga (seperti ‘hackers’) mungkin melanggar atau cuba melanggar langkah keselamatan Astro atau mungkin mendapat askses yang tidak dibenarkan kepada pangkalan data Astro atau peralatan lain yang mengandungi maklumat anda. Anda bersetuju bahawa
Astro tidak bertanggungjawab bagi kerosakan tidak kira apa jenisnya, sama ada berbangkit di bawah kontrak, tort atau sebaliknya, berhubung dengan sebarang pelanggaran keselamatan Laman Web atau mana-mana peralatan syarikat atau maklumat pengguna yang lain.
9.8 Laman Web dikawal dan ditawarkan oleh Astro dari kemudahannya di Malaysia. Astro tidak membuat sebarang representasi bahawa Laman Web adalah sesuai atau sedia untuk digunakan di lokasi lain. Mereka yang mengakses atau menggunakan Laman Web dari bidang kuasa lain berbuat demikian berdasarkan pelanggaran mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan.
10. TANGGUNG RUGI
10.1 Anda bersetuju untuk menanggung rugi, membela dan menjadikan Astro, pegawainya, pengarahnya, pekerjanya, agennya, pemegang sahamnya, pemberi lesennya, pembekalnya dan mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga kepada Perkhidmatan Astro dan Laman Web tidak bertanggungjawab terhadap semua kerugian, perbelanjaan, kerosakan dan kos termasuk fi peguam, yang diakibatkan oleh (a) penggunaan atau pengendalian atau akses oleh anda ke dan di dalam Laman Web; (b) pelanggaran mana-mana terma TOU & Notis ini oleh anda; (c) pelanggaran mana-mana hak pihak ketiga oleh anda, termasuk tanpa had sebarang hak hakcipta, harta atau privasi; atau (iv) sebarang dakwaan bahawa salah satu daripada Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda telah mengakibatkan kerosakan kepada pihak ketiga. Obligasi tanggung rugi ini akan terus wujud selepas berkuatkuasanya TOU & Notis ini dan penggunaan Laman Web oleh anda.
10.2 Peruntukan perenggan ini adalah untuk manfaat Astro dan pegawainya, pengarahnya, pekerjanya, agennya, pemegang sahamnya, pemberi lesennya dan pembekal kepada Laman Web. Setiap satu individu atau entiti ini mempunyai hak untuk menegaskan dan menguatkuasakan peruntukan ini secara terus terhadap anda bagi pihaknya sendiri.
Murai Quick Links