www.murai.com.my
Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

Gengmurai

putradarulkhusus napi98 zarul mazaha izz naholla shima shy henrich mRjaCk azroydahlan ciSkyMoO69 mashimaro8185 moon gee 8287 asbestos ae86 zalzue aien93


TERMA-TERMA PENGUNAAN DAN NOTIS

7.5 Astro tidak menyokong sebarang KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA atau sebarang pendapat, saranan, atau nasihat yang dinyatakan di dalamnnya, dan Astro dengan nyata menolak sebarang dan semua liabiliti berhubung dengan KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA. Astro tidak membenarkan aktiviti yang melanggar hak harta intelek termasuk hakcipta di Laman Webnya, dan Astro akan mengeluarkan semua kandungan yang melanggar dan KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA apabila dimaklumkan bahawa Kandungan Murai atau KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA melanggar hak harta intelek orang lain. Astro selanjutnya merizab hak untuk mengeluarkan Kandungan Murai dan KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA tanpa notis terdahulu seperti yang dinyatakan di bawah perenggan 7.8(b).

7.6 (a) Profil Murai: Perkhidmatan Murai termasuk ciri masyarakat dalam talian yang buat masa ini dipanggil “Geng Murai” yang membolehkan Ahli berhubung dengan orang melalui rangkaian rakan untuk berkomunikasi, berkongsi dan menjalin persahabatan baru dan Ahli boleh berkongsi dengan orang lain atau menghantar post ke profil ahli mereka sendiri, video, artikel atau Kandungan Murai termasuk Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda yang anda letakkan di Laman Web (TETAPI BUKAN Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna kepunyaan pihak ketiga/ Ahli lain) dari dan ke laman pihak ketiga, dan/atau pautan ke laman pihak ketiga, melalui Perkhidmatan Murai dan yang membolehkan Ahli menentukan siapa yang boleh melihat profil mereka. Tahap ini adalah: "Persendirian, dan "Awam." Sebagai Ahli, anda boleh memilih untuk membenarkan Profil Murai anda dilihat oleh mana-mana pelawat Laman Web dan akses sedemikian dikategorikan sebagai "awam." Anda harus sedar bahawa sesiapa yang mengakses Laman Web, sama ada mereka seorang Ahli atau tidak, akan dibenarkan melihat semua maklumat dalam profiil awam anda. Profil awam anda akan disediakan kepada sesiapa jua, tidak kira tahap akses yang telah anda pilih bagi profil Murai penuh anda. SEMASA MEMILIH PILIHAN INI, SILA PERTIMBANGKAN DENGAN HATI-HATI TAHAP AKSES YANG INGIN ANDA BENARKAN BAGI PROFIL MURAI ANDA SERTA SAMA ADA ANDA INGIN NAMA PENUH ANDA DIBERIKAN KEPADA ORANG RAMAI.

(i) Maklumat Profil Awam.

Tidak kira apakah maklumat peribadi yang anda pilih untuk dimasukkan ke dalam profil Murai anda, atau apakah tahap perkongsian profil yang anda pilih, maklumat tertentu tentang setiap Ahli Murai akan dimasukkan ke dalam “profil awam” Ahli tersebut. Profil awam Ahli adalah versi profil Murai biasa Ahli yang telah disingkatkan, mengandungi maklumat yang disenaraikan di bawah, yang akan disediakan kepada mana-mana pengguna Laman Web, serta orang ramai melalui, misalnya enjin carian seperti Yahoo! atau Google. Setiap profil awam Ahli individu merangkum maklumat berikut tentang Ahli:
      • Nama (pertama, atau pertama dan terakhir, bergantung kepada pilihan yang dipilih oleh Ahli)
      • nama pengguna (nama yang dipilih oleh pengguna sebagai pengenalan dirinya di halaman dan artikel berkaitan Ahli)
      • Jantina
      • Umur
      • Status Perkahwinan (atau balasan lain Ahli kepada kategori ini dalam profil Murai)
      • Orang yang ingin ditemui oleh Ahli (contohnya, "Dating Men," "Dating Women," "Friends," dll.)
      • Lokasi
      • Bandar Asal
      • Tarikh "Ahli Sejak "
      • URL bagi profil Murai Ahli
      • Rangkaian (senarai laman ‘networking’ sosial - – Friendster, Facebok, MySpace, dll yang mana pengguna adalah ahlinya dengan pautan ‘click-through’ ke halaman profil ini)
      • Rakan (senarai rakan ahli Murai dengan pautan ‘click-through’ ke halaman mereka)
      • Gambar (senarai ‘thumbnail’ foto Murai yang dikumpul daripada dalam laman Murai yang disimpan oleh pengguna)
      • Berita (senarai berita atau artikel gosip dari laman Murai yang disimpan oleh pengguna)
      • Komen (senarai komen pengguna sendiri terhadap bahagian artikel Murai yang disumbang oleh pengguna)
      • Pesanan (pesanan teks dari rakan dan ahli Murai lain) 

(ii) Maklumat Profil Peribadi

Di samping maklumat profil awam, setiap ahli Murai akan diberi akses kepada halaman Profil Persendirian. Dia perlu log masuk ke dalam sistem keahlian Murai (melalui E-PASS) untuk mengakses maklumat ini. Setiap profil persendirian Ahli individu mengandungi maklumat tambahan berikut tentang Ahli:
        • Nombor K/P Malaysia Pengguna
        • Tarikh Lahir
        • Nombor Telefon Mudah Alih
        • Nama pengguna
        • Kata laluan
        • Alamat e-mel
        (b) Pengeluaran Kandungan. Anda memahami dan bersetuju bahawa kami boleh mengkaji semula dan memadamkan sebarang Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang anda masukkan ke dalam profil anda, atau sebaliknya anda Postkan di mana-mana kawasan Laman Web (yang termasuk memadamkan keseluruhan profil anda) pada bila-bila masa tanpa notis dan atas apa-apa sebab jua, dan/atau yang kami, menurut pertimbangan tunggal kami, percaya (1) telah melanggar Perjanjian ini, (2) mungkin menjelikkan atau menyalahi undang-undang, atau (3) mungkin melanggar hak, membahayakan atau mengancam keselamatan mana-mana Ahli lain.

        (c) Identiti Ahli. Profil anda mesti menggambarkan anda, seorang individu. Contoh profil yang tidak sesuai termasuk tetapi tidak terhad kepada profil yang kononnya menggambarkan haiwan, tempat, benda tidak bernyawa, watak cereka, atau individu lain yang bukan anda. 

        (d) Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna Yang Dilarang. Di bawah ialah senarai separa jenis Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang menyalahi undang-undang atau dilarang di Laman Web. Mengepost sebarang jenis Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna sedemikian oleh anda mungkin, menurut budi bicara tunggal kami, mengakibatkan penamatan keahlian anda. Di samping itu, kami merizab hak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sesuai, menurut budi bicara tunggal kami, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tanpa had, mengeluarkan komunikasi yang melanggar tersebut dari Laman Web dan melaporkan pesalah sedemikian kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan. Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna Yang Dilarang termasuk tetapi tidak terhad kepada Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang menurut pertimbangan tunggal kami:
              • benar-benar menjelikkan masyarakat dalam talian, seperti Kandungan Murai yang menggalakkan perkauman, ketaksuban, kebencian atau kecederaan fizikal tidak kira apa jenisnya terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
              • mengganggu atau menggalakkan gangguan terhadap orang lain;
              • melibatkan penghantaran "mel sampah" "surat berantai," "mel spam," atau sebarang ‘mass mailing’, e-mel atau komunikasi lain yang tidak diminta;
              • termasuk sebarang maklumat yang (1) anda tahu adalah palsu dan memperdaya, (2) menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang atau kelakuan yang kesat, atau (3) adalah mengancam, cabul, memfitnah, atau melibel;
              • merangkum atau termasuk sebarang salinan haram atau tidak dibenarkan terhadap karya orang lain yang telah dihakcpita atau boleh dihakcipta termasuk tetapi tidak terhad kepada, (1) program komputer yang dicetak rompak atau pautan kepadanya, (2) maklumat yang memintas peranti perlindungan daripada salinan yang dipasang oleh pengeluar, (3) muzik, imej atau video yang dicetak rompak, atau pautan kepada fail muzik, imej atau video yang dicetak rompak, atau (4) Kandungan Murai yang sebaliknya melanggar terma-terma Seksyen 7.6 di atas;
              • memaparkan bahan lucah atau bersifat eksplisit seks tidak kira apa jenisnya;
              • merangkumi bahan yang mengeksploitasi orang di bawah umur 18 tahun dalam cara seksual atau ganas, atau bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada sesiapa yang di bawah umur 18 tahun;
              • menyediakan maklumat berbentuk arahan tentang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti membuat atau membeli senjata haram, mencabul privasi orang lain, atau memberikan atau mencpita virus komputer;
              • meminta kata laluan atau mengenal pasti secara peribadi maklumat bagi tujuan perdagangan atau tujuan yang menyalahi undang-undang daripada Ahli lain;
              • merupakan atau termasuk sebarang promosi, penjualan atau aktiviti perdagangan lain seperti peraduan, ‘sweepstakes’, barter, atau pengiklanan; atau
              • meminta orang yang tidak anda kenali agar memasukkan anda atau menerima anda sebagai kawan di Perkhidmatan.
              • meminta dan mengadakan perbincangan politik
              Meskipun semua Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna di atas benar-benar dilarang, terdapat kemungkinan kecil bahawa anda mungkin terdedah kepada bahan sedemikian semasa menggunakan Laman Web atau Perkhidmatan Murai. Jika begitu, kami atau mana-mana pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham, pengiklan atau rakan korporat kami tidak akan dalam apa-apa cara jua bertanggungjawab bagi sebarang gantirugi (kepada atau daripada mana-mana pihak) berkaitan dengan sebarang pendedahan sedemikian. Sila lihat Seksyen 9 di bawah bagi pembatasan lanjut terhadap liabiliti kami.

              (f) Sekatan Lanjut terhadap Penggunaan Laman Web dan Perkhidmatan oleh anda.

              1. Anda mesti menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan Murai dalam cara yang konsisten dengan sebarang dan semua undang-undang dan peraturan terpakai.

              2. Meskipun Astro tidak dapat memantau kelakuan Ahlinya di luar Laman Web, menggunakan sebarang maklumat yang diperolehi daripada Perkhidmatan atau Laman Web untuk menggangu, memaki, atau mencederakan mana-mana orang lain, untuk menghubungi, mengiklankan, meminta, atau menjual kepada mana-mana Ahli tanpa kebenaran nyata terdahulu daripada Ahli tersebut dan Astro merupakan pelanggaran Perjanjian ini. Untuk melindungi Ahli kami daripada kelakuan sedemikian, kami merizab hak untuk membataskan bilangan e-mel atau komunikasi lain yang boleh dihantar oleh Ahli kepada Ahli lain pada bila-bila masa dan menurut budi bicara tunggal kami.
              (g) Dasar Perlindungan Hakcipta. Sekiranya anda percaya bahawa karya anda telah ditiru dan Dipost di Laman Web tanpa kebenaran anda atau dalam sebarang cara yang merupakan pelanggaran hakcipta atau jika anda mempunyai sebarang bentuk aduan atau kilanan berhubung dengan Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang Dipost di Laman Web, sila hubungi kami  di webmaster@murai.com.my.        
                      
              (h) Pertikaian Ahli. Anda semata-mata bertanggungjawab bagi interaksi anda dengan Ahli lain. Kami merizab hak, meskipun kami tidak mempunyai obligasi, untuk memantau pertikaian antara anda dan Ahli lain, dan untuk mengambil sebarang tindakan yang kami anggap sesuai menurut budi bicara tunggal kami, yang konsisten dengan terma-terma Perjanjian ini, termasuk penamatan keahlian mana-mana seorang atau lebih daripada seorang Ahli. 

              8. PENAMATAN AKAUN / SEKATAN AKSES

              8.1 Tanpa membataskan apa yang terkandung di dalam ini, Astro merizab hak untuk menggantung atau menamatkan Laman Web, Keahlian anda dan/atau penggunaan Akaun E-PASS oleh anda pada bila-bila masa tanpa notis dan atas sebarang sebab jua.

              8.2 Di samping sebarang hak penamatan yang dipunyai oleh Astro di bawah TOU & Notis ini, Astro boleh menggantung atau menamatkan Akaun E-PASS anda, Keahlian anda dan/atau akses anda ke Laman Web tanpa notis dan menurut budi bicara tunggalnya jika:
              1245