4. KELAKUAN ANDA - PENGGUNAAN AM LAMAN WEB
Astro dengan ini memberi kebenaran kepada anda untuk mengakses dan menggunakan Laman Web seperti yang dibentangkan di dalam TOU & Notis ini, dengan syarat:4.1 Anda bersetuju untuk menggunakan Laman Web hanya bagi tujuan yang sah dan menurut TOU & Notis ini dan dalam cara yang tidak melanggar hak, membataskan atau menyekat penggunaan dan kenikmatan Laman Web oleh orang lain. Kelakuan yang dilarang termasuk mengganggu atau menyebabkan kesedihan atau kesulitan kepada mana-mana orang, menghantar kandungan lucah atau kesat atau mengganggu aliran lazim dialog di dalam Laman Web.
4.2 Anda bersetuju untuk (a) memaklumkan Astro dengan serta-merta tentang sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan atau sebarang pelanggaran keselamatan lain, dan (b) memastikan bahawa anda keluar darpada Akaun E-PASS anda pada penghujung setiap sesi. Astro tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau kerosakan berbangkit daripada kegagalan anda untuk mematuhi peruntukan ini.
4.3 Akaun E-PASS anda tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diserah hak kepada mana-mana pihak ketiga. Laman Web disediakan kepada anda untuk penggunaan dalaman dan persendirian oleh anda seorang sahaja. Anda tidak boleh membenarkan mana-mana orang lain untuk: (a) menjual semula, ‘timeshare’, sublesen, atau sebaliknya memindah milik semua atau mana-mana bahagian Laman Web kepada mana-mana pihak lain; atau (b) menggunakan Laman Web bagi maksud perdagangan tanpa kebenaran bertulis nyata daripada Astro.
4.4 Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan, negeri, negara dan antarabangsa yang terpakai dan anda semata-mata bertanggungjawab bagi semua tindakan atau peninggalan yang berlaku semasa penggunaan anda, termasuk kandungan komunikasi anda melalui Perkhidmatan Murai. Oleh kerana anda memahami sifat global Internet, anda bersetuju mematuhi semua peraturan tempatan berhubung dengan kelakuan dalam talian. Secara khususnya, anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang terpakai berhubung dengan komunikasi dalam talian di negara kediaman anda.
4.5 Anda tidak boleh menggunakan Laman Web dalam sebarang cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, terlalu membebani, atau menjejaskan Laman Web (atau rangkaian yang dihubungkan dengan laman-laman web Kumpulan Astro, Perkhidmatan Murai dan perkhidmatan Astro.tv (jalur lebar)) atau mengganggu penggunaan dan kenikmatan Perkhidmatan Murai oleh mana-mana pihak lain. Anda tidak boleh cuba mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada Laman Web dan Akaun E-PASS lain, sistem komputer atau rangkaian yang dihubungkan kepada Laman Web, melalui ‘hacking’, perlombongan kata laluan (‘password mining’) atau sebarang cara lain. Anda tidak boleh mendapatkan atau cuba mendapatkan sebarang bahan atau maklumat melalui apa-apa cara yang dengan tidak sengaja disediakan melalui Laman Web.
4.6 Anda bersetuju bertanggungjawab bagi pembayaran semua caj yang dikenakan yang ditanggung disebabkan oleh penggunaan Perkhidmatan Murai oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan atau penyalahgunaan oleh sebarang pihak ketiga yang
tidak dibenarkan, atau sebarang kesilapan, penggunaan secara tidak sengaja atau kerugian.
4.7 Anda bersetuju untuk tidak mengedarkan dalam sebarang perantaraan mana-mana bahagian Laman Web, termasuk tetapi tidak terhad kepada Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna, tanpa kebenaran bertulis terdahulu Astro.
4.8 Anda bersetuju untuk tidak mengubah atau mengubah suai mana-mana bahagian Laman Web, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemain terbenam atau mana-mana teknologi berkaitan.
4.9 Anda bersetuju untuk tidak mengakses Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna atau Kandungan Murai melalui sebarang teknologi atau cara melainkan pemain terbenam atau cara lain yang dibenarkan dengan nyata yang mungkin ditentukan oleh Astro.
5.0 Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Laman Web, termasuk pemain terbenam bagi sebarang tujuan perdagangan tanpa kebenaran bertulis terdahulu Astro.
5.1 Astro merizab hak untuk memberhentikan mana-mana aspek Laman Web pada bila-bila masa.
6. PENGGUNAAN KANDUNGAN DI LAMAN OLEH ANDA
Di samping sekatan am di atas, sekatan dan syarat berikut terpakai secara khusus kepada penggunaan kandungan di Laman Web oleh anda.
6.1 Kandungan Murai, melainkan semua Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna, termasuk tanpa had, teks, perisian, skrip, foto, bunyi, muzik ,video, ciri-ciri interaktif dan sebagainya dan cap dagang, cap perkhidmatan dan logo yang terkandung di dalamnya (“Cap”) dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Astro, tertakluk kepada hak cipta dan hak harta intelek lain di bawah undang-undang. Kandungan Murai disediakan kepada anda atas dasar “SEPERTI SEADANYA” bagi maklumat dan kegunaan peribadi anda sahaja dan tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, diedarkan, dihantar, disiarkan, dipamerkan, dijual, dilesen atau sebaliknya dieksploitasi bagi sebarang tujuan lain pun jua tanpa kebenaran bertulis terdahulu pemilik masing-masing kecuali dan melainkan seperti yang dibenarkan oleh Astro. Astro merizab semua hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam dan kepada Laman Web dan Kandungan Murai.
6.2 Anda boleh mengakses Kandungan Murai tertentu termasuk Kandungan Pratonton
hanya dalam cara dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah Perjanjian ini. Sebagai bukan Ahli, anda tidak boleh mengakses sebarang Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna, melainkan setakat mana kandungan tersebut disediakan sebagai sebahagian daripada Kandungan Pratonton oleh Astro.
6.3 Anda bersetuju untuk tidak menggunakan, menyalin, atau mengedarkan sebarang atau semua Kandungan Murai melainkan apa yang dibenarnkan dengan nyata di dalam ini termasuk sebarang penggunaan, penyalinan atau pengedaran mana-mana bahagian Kandungan Murai bagi sebarang tujuan perdagangan.
6.4 Anda bersetuju bahawa apabila anda menggunakan Laman Web, anda juga mungkin terdedah kepada Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna daripada pelbagai sumber, dan bahawa Astro tidak bertanggungjawab bagi ketepatan, kebergunaan, keselamatan, perlindungan atau keutuhan atau hak harta intelek berkaitan dengan Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna tersebut. Anda selanjutnya memahami dan mengakui bahawa anda mungkin terdedah kepada Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang tidak tepat, kesat, cabul, atau menjelikkan, dan anda bersetuju untuk menepikan, dan dengan ini menepikan, sebarang hak atau remedi undang-undang atau ekuiti yang dipunyai oleh anda terhadap Astro terhadapnya, dan bersetuju untuk menanggung rugi dan menjadikan Astro, Pemiliknya, Pengendalinya, anggota gabungan, dan/atau pemberi lesennya, tidak bertanggungjawab sehingga tahap penuh yang dibenarkan oleh undang-undang berhubung dengan semua perkara berkaitan penggunaan Laman Web oleh anda.
7. KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA UANG DIHASILKAN OLEH ANDA DAN KELAKUAN ANDA
7.1 Sebagai Ahli, anda boleh mendapat akses kepada Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna tetapi akses sedemikian adalah semata-mata:
- Untuk maklumat dan penggunaan peribadi anda;
- Seperti mana yang dirancang melalui kefungsian normal Perkhidmatan Murai;
- Untuk Strim. Mengakses karya audiovisual dalam Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang terdiri daripada bagi apa-apa tujuan atau dalam sebarang cara melainkan Strim adalah dilarang dengan nyata. Karya audiovisual disediakan “seperti seadanya”.
7.2 Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna disediakan kepada anda bagi maklumat dan penggunaan peribadi anda semata-mata seperti yang dirancang melalui kefungsian normal
Perkhidmatan Murai. Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna disediakan “seperti seadanya”, dan tidak boleh digunakan, disalin, dihasilkan semula, diedarkan, dihantar, disiarkan, dipamerkan, dijual, dimuat turun atau sebaliknya dieksploitasi dalam apa-apa cara yang tidak dirancang oleh kefungsian normal Perkhidmatan Murai atau sebaliknya seperi yang dilarang di bawah Perjanjian ini.
7.3 Sebagai Ahli, anda mungkin dipelawa Mengepost sebarang Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna di dalam atau kepada Laman Web (termasuk di dalam atau kepada profil anda) dan anda bersetuju, dengan menyerahkan sumbangan anda, untuk memberikan kepada Astro hak kekal tanpa royalti yang bukan eksklusif dan boleh dilesen serta lesen untuk menggunakan, menghasilkan semula, menyunting, mengubah suai, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah, mewujudkan karya derivatif daripadanya, mengedar, mempersembahkan, memainkan menyediakan kepada orang ramai, dan melaksanakan semua hak hakcipta dan publisiti berkaitan dengan sumbangan anda di seluruh dunia dan/atau untuk menggabungkan sumbangan anda ke dalam karya lain dalam sebarang media yang kini diketahui atau kemudiannya dihasilkan bagi tempoh penuh sebarang hak yang mungkin wujud dalam sumbangan anda, dan menurut sekatan privasi yang dibentangkan dalam Dasar Privasi Astro.
7.4 Anda juga dengan ini memberikan setiap Ahli Laman Web lesen bukan eksklusif untuk mengakses KANDUNGAN DIHASILKAN PENGGUNA yang dihasilkan oleh anda melalui Laman Web, dan untuk menggunakan KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA tersebut HANYA seperti yang dibenarkan melalui kefungsian Laman Web seperti yang dihuraikan dalam klausa 7.1 di atas hanya di bawah TOU dan Notis ini.
7.5 Anda memahami dan bersetuju bahawa Astro boleh mengekalkan dan menyimpan, tetapi tidak mempamerkan, mengedarkan atau memperseMbahkan, salinan pelayan KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA yang telah dikeluarkan atau dipadamkan. Lesen di atas yang diberikan oleh anda kepada Astro bagi KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA adalah tidak boleh batal.
7.6 Berikutan perenggan 7.3 di atas, dengan menyerahkan Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda kepada Laman Web, anda
7.6.1 menjamin bahawa:
(a) Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda adalah karya asli anda atau anda mempunyai lesen, hak, kebenaran dan keizinan yang perlu untuk
menggunakannya dan memberi kuasa Astro untuk menggunakan semua hak paten, cap dagang, rahsia dagangan, hakcipta atau hak keempunyaan lain di dalam dan kepada sebarang dan semua KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA untuk membolehkan KANDUNGAN YANG DIHASILKAN PENGGUNA tersebut dimasukkan dan digunakan dalam cara yang dibayangkan oleh Laman Web dan TOU dan Notis ini dan bahawa anda mempunyai hak untuk menyediakannya kepada Astro bagi semua tujuan yang dinyatakan di atas;
(b) Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda tidak memfitnah;
(c) Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda tidak melanggar sebarang undang-undang;
(d) anda semata-mata bertanggungjawab bagi Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda dan akibat Mengepost atau menerbitkannya
(e) anda tidak akan menyerahkan bahan yang dihakcipta, dilindungi oleh rahsia dagangan atau sebaliknya tertakluk kepada hak keempunyaan pihak ketiga, termasuk hak privasi dan publisiti, melainkan anda pemilik hak tersebut atau mempunyai kebenaran daripada pemilik sahnya untuk mengepost bahan tersebut dan untuk memberikan kepada Astro semua hak lesen yang diberikan di dalam ini;
(f) anda hendaklah menanggung rugi Astro terhadap semua fi undang-undang, gantirugi dan perbelanjaan lain yang mungkin ditanggung oleh Astro disebabkan kemungkiran waranti di atas oleh anda; dan
(g) menepikan sebarang hak moral dalam Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda bagi tujuan penyerahannya dan penerbitannya di Laman Web dan tujuan yang dinyatakan di atas.
7.4 Anda memahami bahawa sama ada Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna tersebut Dipost atau tidak, Astro tidak menjamin sebarang kerahsiaan terhadap sebarang Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna.
Murai Quick Links