PENGENALAN
Murai.com.my adalah sebuah laman web hiburan Malaysia yang sebahagian besarnya memberi tumpuan kepada kandungan tempatan dari segi muzik, selebriti, filem, berita dan gosip hiburan. Laman ini juga menyediakan perkhidmatan ‘networking’ sosial yang membolehkan Ahli mewujudkan profil peribadi unik di dalam talian untuk mencari dan berhubung dengan selebriti, blogger jemputan, kumpulan pengarang Murai dan rakan lama serta baru. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Murai termasuk Laman Web, perkhidmatan pesanan Internet Murai, dan sebarang ciri, kandungan, atau penggunaan lain yang ditawarkan dari semasa ke semasa oleh Murai (secara kolektif “Perkhidmatan Murai”) yang ditakrifkan dengan lebih lanjut di bawah. Perkhidmatan Murai dihos di Malaysia.
Perkhidmatan Murai dikendalikan oleh Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (“Astro”). Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma Penggunaan & Notis (“TOU & Notis”) ini. Di samping itu, sekiranya anda seorang individu yang ingin menjadi Ahli, berhubung dengan Ahli lain, dan menggunakan Perkhidmatan Murai, anda mesti membaca TOU & Notis ini dan tandakan penerimaan anda terhadap terma-termanya dengan mematuhi arahan di halaman “Pendaftaran”, dan menanda kotak yang dilabel “Saya bersetuju dengan Terma-terma Penggunaan & Notis Murai”.
PENTAKRIFAN
Dalam TOU dan Notis, melainkan tidak konsisten dengan konteks atau dinyatakan sebaliknya, ungkapan berikut mempunyai makna yang dibentangkan berikutnya:
“Kandungan Astro” bermakna semua bentuk teks, grafik, video dan/atau audio yang disediakan di dalam atau melalui Laman Web oleh Astro.
“Kumpulan Astro” bermakna Astro All Asia Networks plc. (“AAAN plc.”) dan mana-mana orang atau entiti yang dikawal oleh, atau di bawah kawalan bersama AAAN plc. "Kawalan" bermakna pemilikan saham yang membawa lima puluh peratus (50%) atau lebih undi yang boleh dilaksanakan di mesyuarat agung (atau mesyuarat yang bersamaan dengannya) sesebuah syarikat.
“Perkhidmatan Astro” bermakna perkhidmatan televisyen berbayar satelit dan perkhidmatan
interaktif lain yang disediakan kepada anda oleh Kumpulan Astro.
“E-PASS” bermakna perkhidmatan keahlian yang disediakan oleh Astro yang membenarkan ahli berdaftar menyertai perkhidmatan yang disediakan khusus untuk ahli seperti peraduan dan perkhidmatan dalam talian di laman web tertentu Kumpulan Astro TERTAKLUK kpeada terma-terma dan syarat-syarat setiap laman web Kumpulan Astro masing-masing melalui pendaftaran sekali sahaja, dan “Akaun E-PASS” merujuk kepada akaun yang diwujudkan untuk ahli yang mendaftar bagi perkhidmatan E-PASS.
“Pemegang Akaun E-PASS” bermakna orang yang mendaftar untuk dan merupakan ahli perkhidmatan E-PASS
“Perjanjian Lesen” bermakna lesen dan terma-terma dan syarat-syarat bagi penggunaan Perisian
“Laman Web Dipaut” bermakna pautan dari Laman Web ke laman web pihak ketiga.
“Ahli” bermakna Pemegang Akaun E-PASS yang telah mengisi maklumat yang diperlukan bagi perkhidmatan relevan di Laman Web termasuk perkhidmatan yang dikenali sebagai “Geng Murai” dan “Keahlian” akan ditafsirkan sewajarnya
“Kandungan Murai” bermakna semua bentuk, teks, grafik, video dan audio yang disediakan didalam atau melalui Laman Web, termasuk Kandungan Astro dan Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna.
“Perkhidmatan Muat Turun Mudah Alih Murai” bermakna pilihan muat turun mudah alih melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan Murai termasuk, tanpa had, pesanan, fail, data, imej, foto, perisian, nada dering, gambar, logo dan bahan lain yang boleh dimuat turun ke telefon mudah alih.
“Profil Murai” bermakna maklumat peribadi Ahli yang dimasukkan khusus untuk mendapatkan perkhidmatan di Laman Web yang buat sementara waktu dipanggil “Geng Murai” yang terdiri daripada maklumat profil “Peribadi” dan “Awam” seperti yang dihuraikan di Seksyen 7.6 di bawah.“Perkhidmatan Murai” bermakna penyediaan perkhidmatan seperti akaun peribadi, alat dalam talian, langganan kandungan premium, keahlian eksklusif, pesanan segera, penyiaran web, strim, pemain terbenam (‘embedded player’), perkhidmatan muat turun mudah alih
dan perkhidmatan lain yang diwujudkan oleh Astro dari semasa ke semasa.
“Kandungan Pratonton” bermakna Kandungan Astro dan Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna terpilih yang telah disunting oleh Astro dan Dipost di Laman Web untuk dibaca dan disemak seimbas oleh pelawat ke Laman Web
“Post” bermakna menerbitkan, mempamerkan, dan/atau memuat naik.
"Anda" bermakna mana-mana pengguna Laman Web yang termasuk Pemegang Akaun E- PASS dan Ahli.
“Perisian” bermakna sebarang perisian yang digunakan berhubung dengan Laman Web yang dihasilkan oleh atau dilesenkan kepada Astro, tidak termasuk Pemain Terbenam.
“Strim” bermakna penghantaran digital sezaman bagi karya audiovisual melalui internet daripada Perkhidmatan Murai kepada peranti pengguna dalam sedemikian cara di mana data tersebut dirancang ditonton secara masa nyata dan bukannya bertujuan untuk dibuat salinan, disimpan, dimuat turun secara kekal atau diedarkan semula oleh pengguna.
“Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna” bermakna sumbangan (termasuk sebarang teks, pautan, foto, grafik, video atau audio atau data atau maklumat lain) yang Dipost oleh Pemegang E-PASS di Laman Web.
“Laman Web” bermakna laman web yang dimiliki dan/atau dikendalikan oleh ASTRO di bawah URL www.murai.com.my mengandungi Kandungan Murai dan menawarkan Perkhidmatan Murai
DATA PERIBADI DAN PRIVASI
Untuk meengetahui bagaimana Astro mengumpul & melindungi data peribadi anda, sila rujuk kepada
Dasar Privasi kami. Sebarang maklumat atau bahan bukan peribadi yang dihantar kepada Astro oleh anda secara amnya TIDAK akan diperlakukan sebagai sulit.
1. KELAYAKAN DAN PENERIMAAN TERMA-TERMA - AM
1.1 Jika anda berusia di bawah umur lapan belas (18) tahun, anda mesti meminta kebenaran ibu bapa dan/atau penjaga sebelum mengakses Laman Web dan/atau menggunakan Perkhidmatan Murai. Astro menganggap ibu bapa dan/atau penjaga bertanggungjawab
memantau penggunaan Laman Web dan Perkhidmatan Murai oleh anak mereka. Penggunaan Laman Web dan keahlian Perkhidmatan Murai adalah batal sekiranya dilarang. Dengan menyetujui terma-terma ini atau dengan menggunakan Laman Web, anda membuat representasi dan menjamin bahawa anda mempunyai hak, kuasa dan keupayaan untuk memasuki perjanjian ini yang terdiri daripada TOU & Notis dan untuk mematuhi semua terma dan syarat TOU & Notis.
1.2 Penggunaan dan akses Laman Web adalah tertakluk kepada TOU & Notis ini. Dengan mengakses dan menggunakan Laman Web anda bersetuju untuk terikat oleh TOU ini, dan sebarang Notis (terma yang mana termasuk garis panduan dan peraturan) yang mungkin dipost oleh Astro di Laman Web dari semasa ke semasa.
1.3 Anda bersetuju bahawa Astro boleh mengubah dan meminda TOU & Notis ini pada bila-bila masa tanpa notis. Melainkan dinyatakan dengan jelas sebaliknya, sebarang perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Astro adalah tertakluk kepada TOU ini. Sebarang Notis sedemikian dengan ini digabungkan secara rujukan ke dalam TOU. Anda bertanggungjawab untuk menyemak TOU & Notis yang dipost di Laman Web dengan tetap. Dengan terus menggunakan Laman Web, anda dianggap bersetuju untuk terikat oleh sebarang pengubahsuaian dan pindaan kepada TOU & Notis ini.
1.4 Anda boleh mengakses halaman rerumah Laman Web dan menyemak seimbas Laman Web tanpa mendedahkan data peribadi anda. Perkhidmatan dan pautan di Laman Web mungkin termasuk pautan ke laman web pihak ketiga dan tertakluk kepada Seksyen 11 di dalam ini.
1.5 Disebabkan sifat global infrastruktur internet, maklumat yang anda berikan mungkin dipindahkan dalam transit ke negara yang tidak mempunyai perlindungan yang serupa berhubung dengan data anda dan penggunaannya sepertimana dibentangkan dalam terma-terma dan syarat-syarat ini. Dengan menyerahkan maklumat anda, anda bersetuju kepada pemindahan ini.
2. LAMAN WEB
2.1 TOU dan Notis ini terpakai kepada semua pelawat dan pengguna Laman Web melainkan dinyatakan terpakai kepada Pemegang E-PASS dan/atau Ahli.
2.2 Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang tidak dimiliki atau dikawal oleh Astro. Astro tidak mempunyai kawalan dan tidak
bertanggungjawab terhadap kandungan, dasar privasi, atau amalan mana-mana laman web pihak ketiga. Di samping itu, Astro tidak akan dan tidak boleh menapis atau menyunting kandungan mana-mana laman pihak ketiga. Dengan menggunakan Laman Web, anda dengan nyata melepaskan Astro daripada sebarang dan semua liabiliti berbangkit daripada penggunaan sebarang laman web pihak ketiga oleh anda.
2.3 Oleh itu, kami menggalakkan agar anda menyedari saat apabila anda meninggalkan Laman Web dan untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat dan dasar privasi setiap laman web lain yang anda lawati.
3. PENDAFTARAN, PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN
3.1 Untuk mengakses sesetengah ciri Laman Web, anda harus mendaftar terlebih dahulu sebagai Pemegang Akaun E-PASS. Untuk mendaftar sebagai Pemegang Akaun E-PASS, anda mesti memberikan maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran Akaun E-PASS. Anda harus menyediakan kata laluan dan ID pengguna yang unik apabila menyiapkan proses pendaftaran Akaun E-PASS. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan ID pengguna, dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan atau ID pengguna anda sama ada dibenarkan dan/atau digunakan dengan benar atau nyata oleh anda atau pun tidak. Anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat lanjut dan mengisi borang pendaftaran yang diperlukan untuk mengakses sesetengah atau semua Perkhidmatan Murai di Laman Web.
3.2 Astro merizab hak untuk menamatkan sebarang Akaun E-PASS yang dorman yang tidak digunakan bagi tempoh enam bulan atau lebih.
3.3 Maklumat di Laman Web mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau kesilapan menaip. Maklumat mungkin diubah atau dikemaskinikan tanpa notis. Astro juga boleh memperbaik dan/atau mengubah Laman Web dan fi dan kadar Perkhidmatan Murai, pada bila-bila masa tanpa notis.
3.4 Anda bersetuju untuk: (a) memberikan maklumat yang benar, tepat dan terkini tentang diri anda seperti yang diminta oleh borang pendaftaran Akaun E-PASS; (b) mengekalkan dan dengan segera mengemaskinikan data pendaftaran tersebut agar data tersebut tepat, terkini dan lengkap; dan (c) anda tidak boleh menggunakan akaun orang lain tanpa kebenaran. Jika anda memberikan sebarang maklumat yang tidak benar, tidak tepat, bukan terkini atau tidak lengkap, atau Astro mengesyaki bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, bukan terkini atau tidak lengkap, Astro mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan Akaun E-PASS anda dan menolak sebarang dan semua penggunaan semasa atau masa hadapan terhadap Laman Web (atau mana-mana bahagian daripadanya).
3.5 Laman Web mungkin tidak boleh disediakan kepada semua peranti yang dihubungkan ke Internet. Anda menanggung semua tanggungjawab berhubung dengan peralatan pengguna akhir dan perisian yang perlu untuk mengakses Laman Web dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengannya.
3.6 Laman Web mungkin tidak dapat diakses dari semua wilayah dan negara di dunia. Astro merizab hak, menurut budi bicara tunggalnya, untuk membataskan atau menamatkan keupayaan anda untuk mengakses Laman Web dari wilayah atau negara tertentu, dan anda menanggung semua risiko berhubung dengan keupayaan untuk mengakses Perkhidmatan Murai, Laman Web dari sebarang wilayah atau negara tertentu di dunia.
3.7 Astro merizab hak untuk membataskan atau melarang anda daripada memasuki laman webnya menurut budi bicara tunggalnya dan tidak bertanggungjawab bagi pembatasan atau larangan sedemikian.
3.8 Organisasi, syarikat dan/atau perniagaan tidak boleh menjadi Pemegang Akaun E-PASS atau menjadi ahli berdaftar Laman Web dan tidak harus menggunakan Laman Web atau Perkhidmatan Murai bagi apa-apa tujuan jua. Di samping itu, anda tidak boleh membenarkan, membolehkan atau sebaliknya memberikan, kepada sebarang orang, organisasi, syarikat atau perniagaan lain, akses terhadap Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna yang dihasilkan oleh anda atau Profil Murai yang diwujudkan di bawah perkhidmatan “Geng Murai” atau kandungan lain yang dimuat naik di Laman Web bagi tujuan memetik maklumat atau kandungan lain tersebut.
Murai Quick Links