Skrin Amatur @ Murai 2008
| Berkenaan SKRIN AMATUR | Peraturan Rasmi | Kategori & Penjurian | Hadiah | Penapisan | Galeri | Acara |
|
SKRIN AMATUR @ Murai 2008
Selepas 4 bulan berlalu, kini pertandingan Skrin Amatur@Murai 2008 sudahpun sampai ke peringkat akhir.
Lebih 50 filem pendek mengambil bahagian. Bagaimanapun hanya satu saja yang akan dipilih sebagai Juara, tempat ke-2 dan ke-3. Keputusannya terletak ditangan 3 juri profesional.
Kini hanya tinggal seminggu saja lagi untuk anda mengundi 7 Filem Pendek Popular untuk memilih filem pendek manakah yang paling popular. Pengundi paling aktif juga akan menerima hadiah eksklusif daripada pihak penganjur.
[Klik di sini untuk mengundi]
|
 |
|
Peraturan Rasmi
SKRIN AMATUR membuka penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia.
Adakah anda layak menyertai Skrin Amatur?
Untuk menyertai, anda mestilah berusia 18 tahun. Juga terbuka kepada pelajar universiti, kolej dan individu perseoranga. Semua peserta mestilah bertaraf amatur yakni BUKAN pengarah filem komersial atau professional.
Kriteria penting yang diperlukan
1. Karya boleh berbentuk fiksyen.
2. Setiap karya mestilah sepanjang 5- 10 minit termasuk kredit dan tajuk.
3. Boleh diterima dalam format Mini DV atau DVD.
4. Hanya filem-filem yang asli dan tidak pernah ditayangkan pada mana-mana stesen TV atau laman web.
5. Penganjur akan membatalkan penyertaan jika didapati karya tidak asli dan pernah ditayangkan di mana-mana stesen TV atau laman web.
6. Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan. (satu borang untuk satu judul filem). |
Apa yang perlu dihantarkan bersama?
Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan dan sertakan bersama
*Nama pengirim
*Umur
*No Kad Pengenalan
*Identiti GengMurai (contoh: farah.geng.murai.com.my)
*2 salinan filem dalam format Mini DV atau DVD
*Sinopsis
Perlu diingat?
Setiap penyertaan mestilah mendaftar sebagai GengMurai terlebih dahulu. Kegagalan mendaftar sebagai ahli GengMurai menyebabkan penyertaan anda dibatalkan serta-merta.
Untuk mendaftar sebagai GengMurai. Klik di sini
Kiriman video mestilah?
Setiap penyertaan dan kiriman video mini DV atau DVD mestilah menggunakan
format WMV atau Mpeg dalam saiz.
Setiap video yang bukan berbahasa Melayu mestilah hadir dengan sari kata Bahasa Malaysia. Jika tidak penyertaan akan terbatal serta merta.
Bagaimana untuk menghantar penyertaan?
Kirimkan setiap kiriman video penyertaan anda ke:
Murai.com.my – SKRIN AMATUR
Multimedia Interactive Technology (MIT),
Unit 2.2 (Tingkat 2),
Enterprise 3A,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sungai Besi,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Hakcipta
Anda (dan ahli kumpulan, sekiranya hasil kerja berkumpulan) harus
bertanggungjawab dengan elemen yang ada di dalam video penyertaan anda dan
perlu mendapatkan keizinan hakcipta terlebih dahulu untuk sebarang elemen yang
terdapat di dalam penyertaan anda. Di sini terdapat beberapa bahagian tertentu
yang memerlukan anda meminta keizinan hakcipta.
• Penggunaan muzik (yang dicipta oleh pihak lain seperti animasi, rekaan grafik dan sebagainya)
• Pelepasan kemunculan (bagi pelakon yang digunakan)
• Penggunaan sebagai aset visual yang bukan dicipta oleh anda sendiri.
Apa yang boleh anda menangi?
Pihak juri profesional akan memilih pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga bagi kategori Filem Terbaik untuk memenangi hadiah yang disediakan. Manakala bagi kategori Filem Popular ianya bergantung kepada jumlah undian terkumpul secara online.
» Klik di sini untuk kategori & penjurian Skrin Amatur.
» Klik di sini untuk panduan Penapisan. |
| |
|
|
Geng Murai
Setiap penyertaan mestilah mendaftar sebagai GengMurai terlebih dahulu.
Daftar di sini.
|
|
|
| *Baca terma dan syarat peraduan di sini!! |
| |
Murai Quick Links