Skrin Amatur @ Murai 2008
| Berkenaan SKRIN AMATUR | Peraturan Rasmi | Kategori & Penjurian | Hadiah | Penapisan | Galeri | Acara |
|
SKRIN AMATUR @ Murai 2008
Selepas 4 bulan berlalu, kini pertandingan Skrin Amatur@Murai 2008 sudahpun sampai ke peringkat akhir.
Lebih 50 filem pendek mengambil bahagian. Bagaimanapun hanya satu saja yang akan dipilih sebagai Juara, tempat ke-2 dan ke-3. Keputusannya terletak ditangan 3 juri profesional.
Kini hanya tinggal seminggu saja lagi untuk anda mengundi 7 Filem Pendek Popular untuk memilih filem pendek manakah yang paling popular. Pengundi paling aktif juga akan menerima hadiah eksklusif daripada pihak penganjur.
[Klik di sini untuk mengundi]
|
 |
|
Berkenaan Skrin Amatur
SKRIN AMATUR merupakan inisiatif portal hiburan murai.com.my bersama-sama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Astro Kirana sebagai Saluran Filem Rasmi serta Metrowealth International Group Production (MIG) sebagai Penaja Rasmi dan Lemon Restaurant (Restoran Rasmi).
Bertujuan bagi menggalakkan rakyat Malaysia menghasilkan lebih banyak filem pendek bercitarasa tempatan sekali gus memenangi hadiah wang tunai dan berpeluang untuk mengikuti Latihan Perfileman.
Mekanisma
Pertandingan bermula pada 13 Jun sehingga 14 September 2008 dan SKRIN AMATUR merangkumi:
1. Tayangan filem pendek di portal murai setiap dua minggu bermula
23 Julai hingga 31 Ogos 2008.
2. Lima peserta mingguan yang mendapat undian tertinggi atau paling digemari akan layak untuk ke peringkat akhir bagi mengenal pasti juara bagi kategori Filem Popular. (Bermula 1 hingga 14 September)
3. Kesemua filem yang layak menyertai pertandingan SKRIN AMATUR akan diadili oleh 3 juri professional bagi pemilihan pemenang kategori Filem Terbaik.
4. Pengumuman pemenang.
|
Undian
Perhatian! Setiap undian adalah penting bagi memastikan filem pendek kegemaran anda bergelar Filem Popular di peringkat mingguan dan layak mara ke peringkat akhir bagi memenangi kategori Filem Paling Popular.
Malah sebagai Pengundi Paling Aktif, anda layak memenangi baucer makanan bernilai RM50 setiap dua minggu.
Adakah anda layak mengundi?
Ahli GengMurai dan ahli ePass layak mengundi. Daftar di sini.
Bagi mengenal pasti status undian dan memilih Pengundi Paling Aktif, setiap pengundi diwajibkan mendaftar sebagai ahli GengMurai dan ePass terlebih dahulu. (Lihat mekanisma undian di bawah)
*MEKANISMA UNDIAN
| |
Had Undian
/Sehari |
Jumlah Undian
/klik |
| Ahli GengMurai |
5 Kali |
10 |
| Ahli ePass |
3 Kali |
1 |
Cara pemilihan Filem Popular
• Kategori Filem Popular hanya dinilai menerusi undian pengunjung portal murai.com.my yang mendaftar sebagai ahli Geng Murai dan ePass.
• Setiap dua minggu, terdapat beberapa filem pendek akan dipertandingkan dan hanya filem pendek yang menerima undian paling tinggi akan dinobatkan sebagai Filem Popular minggu berkenaan.
Cara pemilihan Filem Terbaik
Klik di sini untuk melihat Penjurian Filem Terbaik
» Klik di sini untuk kategori & penjurian Skrin Amatur.
» Klik di sini untuk peraturan Rasmi Skrin Amatur.
» Klik di sini untuk panduan Penapisan.. |
| |
|
|
Geng Murai
Setiap penyertaan mestilah mendaftar sebagai GengMurai terlebih dahulu.
Daftar di sini.
|
|
|
| *Baca terma dan syarat peraduan di sini!! |
| |
Murai Quick Links