www.murai.com.my
Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

Gengmurai

mazaha shy henrich mRjaCk mashimaro8185 moon asbestos ae86 azroydahlan zalzue aien93 almari exale CASTELLO ifahyfa syimacute90 d3wi92 syaffinnuha SEPILA Qimie


DASAR PRIVASI MURAI

10 PILIH-KELUAR, PERUBAHAN PENGEMASKINIAN DAN AKSES KEPADA MAKLUMAT ANDA
10.1 Anda akan diberi peluang untuk memilih agar maklumat anda tidak digunakan bagi tujuan yang tidak berkait secara langsung dengan Perkhidmatan Murai dan Laman Web semasa Astro meminta maklumat. Jika anda tidak mahu menerima berita promosi terkini kami anda boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi ini dengan membalas dan meletakkan perkataan UNSUBSCRIBE di garis subjek dalam e-mel yang dihantar atau dengan menghantar e-mel kepada kami di akaun Webmaster .

 

10.2 Jika anda ingin membetulkan, mengubah atau mengemaskinikan butir-butir anda dalam Akaun E-PASS anda, sila klik “Epass” untuk berbuat demikian. Anda perlu menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.

 

10.3 Anda boleh menamatkan dan menutup Akaun E-PASS anda dengan log masuk ke dalam “Epass” dari alamat e-mel yang diberikan oleh anda semasa anda membuka Akaun E-PASS anda dan mencipta ID pengguna dan kata laluan anda. E-mel anda mesti menyatakan ID pengguna, dan menyatakan dengan jelas bahawa anda ingin menamatkan Akaun E-PASS anda.

 

10.4 Anda boleh menulis kepada kami pada bila-bila masa untuk mendapatkan butir-butir tentang maklumat peribadi yang disimpan oleh Astro tentang anda. Sila tulis kepada:
Akaun Webmaster.
Sila sebutkan nama, alamat, ID pengguna dan nombor Akaun E-PASS. Jika boleh, nyatakan dengan ringkas salinan maklumat apakah yang ingin anda perolehi. Astro mungkin mengenakan jumlah yang munasabah yang dibenarkan oleh undang-undang sedia ada untuk menampung kos pentadbiran kami.

 

10.5 Astro merizab hak untuk enggan memberikan salinan maklumat peribadi kepada pelawat kami, namun akan memberikan sebab mengapa kami enggan berbuat demikian.

 

11. KESELAMATAN
11.1 Internet bukanlah perantara yang selamat, dan komunikasi melalui Internet boleh dipintas oleh pihak ketiga. Astro tidak boleh bertanggungjawab bagi sebarang akses tanpa kebenaran atau kehilangan maklumat peribadi, melainkan selaras dengan  Terma-terma Penggunaan & Notis Laman Web  Murai.

 

11.2 Astro telah melaksanakan dasar keselamatan, peraturan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi maklumat Akaun E-PASS anda daripada akses tanpa kebenaran, penggunaan atau pendedahan yang tidak wajar, modifikasi tanpa kebenaran, pemusnahan yang salah atau kehilangan yang tidak disengajakan. Semua pekerja dan pemproses data kami, yang mempunyai akses dan dikaitkan dengan pemprosesan maklumat peribadi, mempunyai tanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan maklumat Akaun E-PASS anda.

 

11.3 Meskipun Astro tidak dapat menjamin bahawa kehilangan, penyalahgunaan atau perubahan data tidak akan berlaku, Astro sentiasa melakukan usaha yang munasabah untuk menghalang kejadian yang tidak diingini sedemikian.

 

11. 4 Maklumat peribadi yang dikumpul oleh Astro daripada anda akan disimpan dan disandar dengan selamat di lokasi yang dikawal persekitarannya. Hanya mereka yang dibenarkan dengan ID pengguna dan kata laluan daripada Astro boleh mendapat akses kepada maklumat ini.

 

11.5 Anda mesti ingat untuk log keluar daripada Akaun E-PASS anda dan menutup tetingkap penyemak seimbas selepas digunakan supaya pihak yang tidak mempunyai kebenaran tidak boleh mengaksesnya. Anda tidak boleh pada bila-bila masa mendedahkan ID pengguna dan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga.

 

12. MEMINDAHKAN MAKLUMAT ANDA KE LUAR MALAYSIA
Situasi mungkin berbangkit apabila maklumat peribadi anda perlu dipindahkan ke syarikat kumpulan atau penyedia perkhidmatan lain yang terletak di negara di luar Malaysia. Ini mungkin berlaku apabila Pihak Ketiga Dibenarkan berada di luar Malaysia atau apabila anda menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan Murai dari negara di luar Malaysia. Dalam keadaan ini Astro akan mengambil langkah untuk memastikan hak-hak privasi anda dihormati selaras dengan Dasar ini.

 

13.MENGHUBUNGI LAMAN WEB
13.1 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Dasar ini atau urusan anda dengan Laman Web Murai, sila tulis kepada: Akaun Webmaster

 

123