www.murai.com.my
Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

Gengmurai

putradarulkhusus napi98 zarul mazaha izz naholla shima shy henrich mRjaCk azroydahlan ciSkyMoO69 mashimaro8185 moon gee 8287 asbestos ae86 zalzue aien93


DASAR PRIVASI MURAI

7 PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN.
7.1 Laman Web dari semasa ke semasa mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Astro tidak bertanggungjawab bagi amalan privasi atau kandungan laman web tersebut atau mana-mana pihak ketiga. Anda harus menyemak dasar privasi laman web sedemikian apabila anda ingin melawatinya. Dasar ini terpakai semata-mata kepada maklumat yang dikumpul oleh Laman Web.

 

8 COOKIE
Apakah ‘Cookie’?

 

8.1 Apabila anda memasuki sesuatu laman web satu ‘cookie’ akan secara automatik dikeluarkan kepada komputer anda. ‘Cookies’ merupakan fail teks yang diletakkan di dalam pemacu keras komputer anda untuk mengenal pasti komputer anda kepada pelayan kami. Biasanya, ‘cookies’ hanya merekodkan kawasan laman yang dilawat oleh komputer tersebut dan tempoh lawatan. Banyak laman web yang berbuat demikian apabila pengguna melawat laman mereka untuk mengesan aliran trafik.

8.2 Bergantung kepada jenis penyemak seimbas yang anda gunakan, anda boleh menetapkan agar komputer anda menerima semua ‘cookies’, memaklumkan anda apabila ‘cookie’ dikeluarkan, atau untuk tidak menerima ‘cookies’ sama sekali pada bila-bila masa. Pilihan terakhir ini bermakna perkhidmatan peribadi tertentu tidak dapat disediakan kepada anada.
‘Cookies’ Astro

8.3 Astro menggunakan  “cookies” untuk menyimpan dan mengesan maklumat tentang anda dan penggunaan Laman Web oleh anda. Melainkan anda mempunyai Akaun E-PASS, ‘cookies’ Astro secara sendirinya tidak akan mengenal pasti pengguna individu, tetapi hanyalah komputer yang digunakan. Anda boleh semak seimbas Laman Web tanpa identiti anda dikenali sehingga anda mendaftar sebagai Pemegang Akaun E-PASS .

 

8.4 ‘Cookie’ Astro dan maklumat yang didapati daripada ‘cookie’ Astro digunakan selaras dengan penggunaan yang dibentangkan dalam Seksyen 5 di atas dan lebih khususnya:
• untuk membantu menyimpan dan mendapatkan kembali kata laluan yang digunakan di Laman Web. Dengan cara ini anda tidak perlu memasukkan kembali maklumat setiap kali anda melawat Laman Web.
• untuk mengesan maklumat seperti kekerapan dan tempoh penggunaan Laman Web oleh anda,  jalinan-klik (‘click-stream’) anda sambil anda melawat Laman Web, laman kegemaran  anda, dan membantu kami menentusan sama ada anda datang ke Laman Web daripada pautan Internet khusus atau iklan banner;
• untuk menganalisis profil pelawat Laman Web dan pengguna untuk membantu Astro menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda dan mempertingkatkan perkhidmatan kami;
• untuk menyesuaikan kandungan, banner dan promosi yang dapat anda lihat di Laman Web.

8.5 Kebanyakan ‘cookies’ adalah "session cookies," yang bermakna ‘cookies’ ini dipadamkan secara automatik dari pemacu keras komputer anda pada penghujung setiap sesi. Anda bebas untuk menolak ‘cookies’ Laman Web jika penyemak seimbas anda membenarkan anda berbuat demikian, meskipun dalam keadaan demikian anda mungkin tidak dapat menggunakan ciri-ciri tertentu di Laman Web dan anda mungkin perlu memasukkan semula kata laluan anda dengan lebih kerap di dalam sesuatu sesi.

Cookies’ Pihak Ketiga
8.6 Astro menggunakan syarikat pengiklanan pihak ketiga lain untuk menyediakan  iklan apabila anda melawat Laman Web. Semasa menyediakan  iklan ke Laman Web, pengiklan pihak ketiga kami mungkin meletakkan atau mengenali ‘cookie’ unik di komputer anda. Syarikat-syarikat ini boleh menggunakan maklumat yang didapati daripada ‘cookies’ mereka untuk menyediakan iklan di Laman Web dan laman-laman web lain tentang barangan dan perkhidmatan yang menarik minat anda.

 

9 ASTRO TIDAK MEMPUNYAI AKSES ATAU KAWALAN TERHADAP ‘COOKIES’ PIHAK KETIGA DAN MEREKA TIDAK TERTAKLUK KEPADA DASAR PRIVASI MURAI. SILA SEMAK DASAR PRIVASI LAMAN-LAMAN WEB PIHAK KETIGA INI UNTUK MENDAPATKAN BUTIR-BUTIR LANJUT.

9.1 Jika anda ingin menghalang syarikat pihak ketiga ini daripada menghantar dan membaca ‘cookie’ di komputer anda, anda perlu melawat setiap laman web mereka secara individu untuk meminta agar anda dikeluarkan daripada sistem tersebut.


12 4