5. PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
5.1 Maklumat Peribadi anda akan digunakan oleh Astro, Kumpulan Astro atau Pihak Ketiga Yang Dibenarkan, untuk menyokong tujuan yang dinyatakan semasa maklumat tersebut diberikan atau diminta, dan/atau bagi tujuan berikut:
• Bagi tujuan pentadbiran teknikal Laman Web;
• Bagi penyelidikan dan pembangunan;
• Analisis statistik;
• Pentadbiran pelanggan;
• Memprofil pilihan perkhidmatan;
• Operasi dan aktiviti kewangan dan pemasaran dan/atau sepertimana diperlukan dalam penyediaan perkhidmatan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kawalan kredit;
• Untuk mematuhi sebarang obligasi kawal selia, statutori atau undang-undang yang dikenakan ke atas kami oleh mana-mana pihak berkuasa relevan;
• Untuk memberi khidmtan sokongan terhadap akaun langganan Astro anda (“Akaun Astro”) dan sebaliknya mengendalikan dan menyediakan Perkhidmatan Murai kepada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada mewujudkan Akaun E-PASS dan akaun dompet pilihan;
• Untuk menyokong soalan anda tentang pembuatan bil atau penggunaan Perkhidmatan Murai;
• Untuk mengesan dan menghalang aktiviti memfraud;
• Untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan lain oleh Astro atau wakil dan/atau rakan kongsi perniagaannya yang ditetapkan kepada anda atau pihak yang ditetapkan oleh anda dan hal-hal sampingan kepadanya;
• Untuk menentusahkan dan memproses pembayaran apabila anda menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan Murai atau membeli barangan dan perkhidmatan daripada Astro;
• Untuk menentusahkan dan merekodkan butir-butir peribadi anda termasuk membandingkannya dengan sumber lain dan menggunakan maklumat ini untuk berhubung dengan anda;
• Untuk menjalankan penyelidikan pasaran tentang pengguna Laman Web dan Perkhidmatan Murai termasuk bilangan pengguna, kekerapan penggunaan, profil pengguna dan menggunakan analisis tersebut bagi rancangan perniagaan kami, mempertingkatkan produk dan perkhidmatan kami, iklan yang disasarkan dan menyampaikan maklumat sedemikian secara am kepada pihak ketiga yang mempunyai urusan perniagaan atau bercadang menjalankan urusan perniagaan dengan Astro;
• Menghantar maklumat, promosi dan maklumat terkini kepada anda termasuk bahan pemasaran dan pengiklanan berhubung dengan barangan dan perkhidmatan kami dan barangan dan perkhidmatan organisasi pihak ketiga yang dipilih oleh Astro;
• Untuk mematuhi sebarang perintah mahkamah atau arahan daripada pihak berkusa yang menyiasat sebarang kesalahan, salah laku dan/atau penyalahgunaan yang didakwa atau menguatkuasakan mana-mana terma di dalam Terma-terma Penggunaan & Notis Laman Web atau di mana tindakan sedemikian perlu untuk melindungi dan membela hak atau harta Astro.
5.2 Sekiranya Astro ingin menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan baru, Astro akan menawarkan cara kepada anda untuk memberi kebenaran bagi tujuan baru ini dengan menghantar e–mel kepada akaun Webmaster.
6. PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
6.1 Astro tidak akan menjual atau menyewa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Melainkan seperti yang diperuntukkan di dalam ini, Astro tidak akan mendedahkan maklumat peribadi tentang anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
6.2 Astro boleh dari semasa ke semasa menghubungi anda bagi pihak rakan kongsi perniagaan luar tentang barangan, tawaran atau perkhidmatan tertentu yang mungkin menarik minat anda. Dalam keadaan sedemikian, maklumat peribadi yang mungkin mengenal pasti anda tidak akan dipindahkan kepada pihak ketiga. Semua komunikasi sama ada daripada Astro atau rakan kongsi perniagaan kami akan dihantar kepada anda oleh Astro.
6.3 Walau bagaimanapun Astro mungkin harus bekerjasama dengan Pihak Ketiga Yang Dibenarkan untuk menyediakan sebahagian atau semua Laman Web, Perkhidmatan Murai dan/atau perkhidmatan lain kepada anda atau menjalankan penyelidikan pasaran dan analisis statistik. Dalam situasi sedemikian, Astro akan berkongsi maklumat peribadi anda setakat yang perlu agar Pihak Ketiga Yang Dibenarkan dapat melaksanakan perkhidmatan ini, atas dasar benar-benar sulit dan rahsia. Pihak-pihak ini tidak dibenarkan menggunakan maklumat peribadi anda yang didedahkan kepada mereka melainkan bagi tujuan terhad iaitu menyediakan perkhidmatan khusus untuk Astro. Dengan menggunakan dan terus menggunakan Laman Web anda dianggap telah bersetuju dengan pendedahan sedemikian.
6.4 Tanpa membataskan perkara di atas, Astro boleh mendedahkan maklumat peribadi anda dan/atau Akaun E-PASS anda kepada syarikat di dalam Kumpulan Astro bagi tujuan perakaunan atau pelaporan, tertakluk kepada terma-terma Dasar ini.
6.5 Astro boleh mendeahkan maklumat peribadi anda kepada anak syarikat di dalam Kumpulan Astro atau organisasi lain bagi tujuan yang digariskan di dalam Bahagian 6 ini. Astro boleh juga mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga yang dipilih dengan hati-hati yang mana produk dan perkhidmatannya mungkin menarik minat anda. Jika anda tidak mahu Astro mendedahkan maklumat anda, sila hantar e-mel ke akaun Webmaster
Murai Quick Links