1. KENYATAAN
1.1 Kenyataan berikut menjelaskan Dasar Privasi Murai (“Dasar ini”) berhubung dengan maklumat peribadi yang dikumpul oleh Astro tentang anda. Apabila anda mendaftar dan dari semasa ke semasa, anda akan diminta menyerahkan maklumat peribadi tentang diri anda (contohnya nama dan alamat e-mel dll.) agar dapat menggunakan Perkhidmatan Murai di Laman Web. Dengan memberikan butir-butir anda di dalam medan yang diminta kepada Astro, anda membolehkan Astro menyediakan Perkhidmatan Murai kepada anda. Kami akan memperlakukan maklumat peribadi sedemikian menurut Dasar ini. Dasar ini juga merangkum Astro dan laman webnya www.murai.com.my.
1.2 Perkhidmatan Murai disediakan kepada anda tertakluk kepada Terma-terma Penggunaan & Notis Laman Web Murai dan menurut undang-undang Malaysia. Astro akan bertindak menurut perundangan semasa Malaysia terhadap perlindungan maklumat peribadi dalam Dasar ini dan sejauh mana yang praktis, berhajat untuk mencapai amalan terbaik Internet semasa.
1.3 Istilah Pihak Ketiga Yang Dibenarkan merangkum kontraktor, agen dan pembekal pihak ketiga yang memasuki perjanjian dengan Astro atau ahli Kumpulan Astro yang lain dari semasa ke semasa dan orang yang mungkin memasuki kontrak dengan Astro atau ahli Kumpulan Astro yang lain untuk menyediakan Perkhidmatan Murai.
Bagi tujuan di dalam ini, semua kata-kata dan ungkapan mempunyai makna yang sama seperti di dalam Terma-terma Penggunaan & Notis Laman Web Murai, melainkan dengan nyata diperuntukkan sebaliknya.
Dengan menyerahkan maklumat anda, anda menyetujui penggunaan maklumat peribadi anda yang dikumpul oleh kami, dalam cara seperti dibentangkan dalam Dasar ini.
2. PERUBAHAN KEPADA DASAR INI
2.1 Astro boleh mengubah dan mengemaskinikan Dasar ini pada bila-bila masa. Apabila Astro mengepost perubahan kepada dasar ini, anda dapat melihat perkataan "dikemaskinikan" bersebelahan dengan pautan dasar ini di Halaman Rerumah Laman Web. Anda harus menyemak Dasar ini secara berkala untuk melihat sekiranya ada sebarang perubahan. Penggunaan berterusan dan akses Perkhidmatan Murai dan Laman Web oleh anda bermakna anda menerima perubahan tersebut.
3. PENGGUNA DI BAWAH UMUR 18 TAHUN
3.1 Laman Web bukan ditujukan kepada pihak di bawah umur 18 tahun. Jika anda berusia di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga anda terlebih dahulu setiap kali anda memberikan maklumat peribadi kepada Laman Web. Pengguna tanpa kebenaran ini tidak dibenarkan memberi maklumat peribadi kepada Astro.
4. MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL
Pengumpulan Maklumat Peribadi
4.1 Astro mengumpul maklumat peribadi anda (iaitu maklumat peribadi anda yang mengenal pasti anda, contohnya nama dan alamat pos, tarikh lahir, jantina, nombor telefon dan faks, alamat e-mel, dan maklumat kad kredit/debit anda; gaya hidup; foto, video atau kandungan dikongsi lain yang dimuat naik setakat mana bahan ini merangkum maklumat peribadi) hanya dengan pengetahuan dan kebenaran anda semasa anda menggunakan Laman Web, Perkhidmatan Murai, menggunakan pertanyaan produk dan perkhidmatan kami, atau apabila anda membalas komunikasi daripada Astro (seperti peraduan, borang soal selidik, atau tinjauan) dan maklumat lain yang dikumpul semasa pendaftaran atau melalui tinjauan, di mana kebenaran dianggap telah diberikan jika tujuan pengumpulan jatuh ke dalam skop Dasar ini. Astro menggunakan maklumat peribadi yang dikumpul bagi tujuan yang dinyatakan semasa maklumat sedemikian diminta dan/atau tujuan lain yang dinyatakan di dalam Dasar ini.
4.2 Apabila anda meminta halaman daripada pelayan Laman Web, pelayan secara automatik mengumpul maklumat tentang pilihan anda, termasuk alamat IP anda. Astro menggunakan maklumat ini bagi pembuatan bil dalam talian dan untuk membantu mendiagnosis masalah dengan Laman Web dan pelayan, untuk mentadbir Laman Web dan bagi tujuan yang dibentangkan dalam Seksyen 5 di bawah.
Maklumat Yang Tidak Dikenal Pasti Secara Kediri
4.1 Astro secara automatik mengumpul maklumat agregat dan demografik tentang penggunaan Laman Web, termasuk halaman yang paling kerap dilawati, berapa ramai pelawat yang melawat Laman Web setiap hari, berapa lama masa yang dihabiskan oleh pengguna di setiap halaman, halaman pilihan anda dan laman serupa lain berdasarkan aktiviti semak seimbas (‘click-stream’) anda. Maklumat ini mungkin termasuk, contohnya. halaman yang disemak seimbas oleh anda dan produk dan perkhidmatan yang dilihat atau dipesan. Ini membantu Astro meningkatkan keupayaannya untuk menyediakan perkhidmatan dan pengalaman yang lebih menyeronokkan dan disesuaikan khas untuk anda di masa hadapan.
4.2 Astro menggunakan maklumat yang ada untuk mewujudkan profil pangkalan pengguna Laman Web. Astro mungkin memberikan maklumat profil agregat penggunanya kepada pengiklan untuk membantu menyesuaikan maklumat daripada pengiklan kepada minat anda. Misalnya, Astro mungkin memaklumkan pengiklan bahawa Astro mempunyai sebilangan pengguna Akaun E-PASS yang berminat tentang sesuatu topik dan berminat menerima maklumat tentang topik tersebut.
Maklumat Pihak Ketiga.
4.3 Astro tidak memantau atau menyimpan secara kekal maklumat pihak ketiga melainkan bagi tujuan perakaunan, pembuatan bil atau penyimpanan rekod, atau melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.
Murai Quick Links