MURAI.COM.MY


Sepanjang 2 tahun 'terbang' di dalam dunia hiburan, murai.com.my semakin gah serta dikenali ramai dalam menyebarkan berita sensasi tempatan mahupun antarabangsa.

Apa yang menarik, kewujudan murai.com.my juga dimantapkan dengan adanya ahli kelab komuniti GengMurai yang diwujudkan sejak hari pertama lagi.

Selain menghidangkan berita dan gosip, murai.com.my juga aktif menganjurkan pelbagai aktiviti atau ground event bagi mendekatkan artis dan GengMurai sendiri. Antara kejayaan acara anjuran murai.com.my adalah program Aksi Murai yang dihoskan oleh Ajieb (Razif), Skrin Amatur (pertandingan filem pendek online pertama), Hari Alam Sekitar Sedunia Bersama Zoo Negara (pertunjukan fesyen pertama dalam Zoo) dan Yok Sahur (bersahur dengan artis dan golongan istimewa di bulan Ramadan).


Kini, portal murai.com.my akan menjalankan proses pengubahsuaian dari segi reka letak dan kandungannya. Proses pengubahsuaian ini juga akan turut melibatkan laman komuniti GengMurai. Justeru, kami memohon kerjasama anda untuk mengemaskini dengan menyimpan semula data samada dalam bentuk artikel, foto dan video supaya semua data itu tidak akan hilang.

Anda boleh mula menjalankan proses kemaskini bermula dari sekarang sehinga 15 Febuari 2010.

Kami sangat menghargai kerjasama anda selama ini dalam menyokong murai.com.my untuk menjadi portal hiburan no 1 di Malaysia.

Teruskan menyokong murai.com.my!