www.murai.com.my



TERMA DAN SYARAT PERADUAN



PERADUAN

1. Pengenalan

1.1 Peraturan-peraturan am ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peraturan-Peraturan ini”) adalah terpakai dan berkuatkuasa ke atas semua peserta-peserta (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta-Peserta”) yang memasuki sebarang peraduan atau pertandingan (selepas ini dirujuk sebagai “Peraduan”) yang dianjurkan, diuruskan atau diadakan oleh murai.com.my.

1.2 Pihak Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda Peraturan-Peraturan ini pada bila-bila masa di bawah budibicara mutlaknya.

1.3 Terma-terma dan syarat-syarat khas (selepas ini dirujuk sebagai “Terma-terma dan syarat-syarat khas”) adalah berkemungkinan terpakai dan berkuatkuasa terhadap mana-mana Peraduan, yang mana Terma-terma dan syarat-syarat khas hendaklah dinyatakan dan diterangkan di dalamnya dan Terma-terma dan syarat-syarat khas tersebut hendaklah dibaca sebagai sebahagian penub daripada Peraturan-Peraturan ini. Di dalam keadaan di mana terdapat Terma-terma dan syarat-syarat khas yang tidak konsisten dengan Peraturan-Peraturan ini, Terma-terma dan syarat-syarat khas tersebut adalah terpakai dan berkuatkuasa terhad hanya terhadap ketidakkonsisten terma tersebut.

1.4 Penyertaan dan/atau pengambil bahagian di dalam mana-mana Peraduan adalah dianggap sebagai penerimaan tanpa syarat oleh Peserta-Peserta terhadap keseluruhan Peraturan-Peraturan. Peserta-Peserta dengan ini bersetuju untuk bekerjasama dan mengikuti segala permintaan munasabah Pihak Penganjur berkaitan dengan Peraduan dan penyiarannya.

1.5 Semua keputusan Pihak Penganjur dalam apa-apa perkara berkenaan Peraturan-Peraturan di dalam ini adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

1.6 Kegagalan Pihak Penganjur untuk menguatkuasa sebarang Peraturan Am Peraduan dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak.

1.7 Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan dan/atau membatalkan sebarang Peraduan pada bila-bila masa di bawah budibicara mutlaknya. Dalam situasi penamatan atau pembatalan sebegini, Pihak Penganjur berhak di bawah budibicara mutlaknya memilih untuk tidak memberikan sebarang hadiah (selepas ini dirujuk sebagai “Hadiah”)berkaitan Peraduan yang telah dibatalkan atau ditamatkan tersebut.


2. Kelayakan

Melainkan dinyatakan secara spesifik di dalam Terma-terma dan syarat-syarat khas, individu-individu yang menyertai sesuatu Peraduan: -

2.1 hendaklah merupakan warganegara Malaysia/mempunyai status penduduk tetap Malaysia;

2.2 hendaklah menyertai sesuatu Peraduan dengan menghantar satu penyertaan sahaja dan penyertaan berganda adalah dengan sendirinya terbatal;

2.3 

(a) hendaklah berusia lebih 18 tahun untuk menyertai sebarang Peraduan; ATAU

(b) dalam situasi di mana seseorang peserta adalah di bawah umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga peserta tersebut boleh, tertakluk kepada budibicara mutlak Pihak Penganjur dikehendaki untuk menandatangani satu indemniti dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur sebagai salah satu pra syarat kelayakan penerimaan Hadiah peserta dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga terbabit.
2.4 Para Peserta dengan ini mengesahkan dan bersetuju bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan seseorang Peserta atau pemenang di dalam situasi di mana Penganjur mendapat tahu tentang ketidaklayakan peserta atau pemenang tersebut selepas memberikan hadiah kepada kepada peserta atau pemenang terbabit. Dalam situasi bekenaan, Pihak Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran wang tunai yang bersamaan dengan nilai Hadiah daripada peserta yang tidak layak tersebut/ibubapa/penjaga.

3. Ketidaklayakan

Seseorang individu adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi sesuatu Peraduan jika individu tersebut: -

3.1 adalah pekerja kepada Pihak Penganjur, ASTRO ALL ASIA NETWORKS plc, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd dan/atau anak-anak syarikat dan/atau syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Pihak Penganjur, ASTRO ALL ASIA NETWORKS plc, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd, penaja-penaja, agensi-agensi, pengedar-pengedar, pekedai-pekedai dan/atau mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan sebarang Peraduan dan/atau ahli keluarga terdekat individu terbabit;

3.2 telah memenangi sebarang Hadiah yang apabila dijumlahkan secara individu dan/atau berkumpulan mencapai nilai RM100.00 keseluruhannya daripada Pihak Penganjur dalam tempoh tiga puluh (30) hari pada atau sebelum penyertaan Peraduan;

3.3 telah memenangi sebarang Hadiah yang apabila dijumlahkan secara individu dan/atau berkumpulan mencapai nilai RM101.00-RM500.00 keseluruhannya daripada Pihak Penganjur dalam tempoh enam puluh (60) hari pada atau sebelum penyertaan Peraduan;

3.4 telah memenangi sebarang Hadiah yang apabila dijumlahkan secara individu dan/atau berkumpulan mencapai nilai RM501.00-RM1,000.00 keseluruhannya daripada Pihak Penganjur dalam tempoh sembilan puluh (90) hari pada atau sebelum penyertaan Peraduan;

3.5 telah memenangi sebarang Hadiah yang apabila dijumlahkan secara individu dan/atau berkumpulan mencapai nilai RM1,001.00-RM9,000.00 keseluruhannya daripada Pihak Penganjur dalam tempoh dua ratus empat puluh (240) hari pada atau sebelum penyertaan Peraduan;

3.6 telah memenangi sebarang Hadiah berjumlah RM10,000.00 atau lebih daripada Pihak Penganjur dalam tempoh dua belas (12) bulan pada atau sebelum penyertaan Peraduan;

3.7 telah dikenalpasti atau didapati menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu (1) nama untuk melayakkan diri/menyertai/memenangi Peraduan; ATAU

3.8 adalah ahli keluarga dan/atau ahli serumah kepada individu yang pernah dan/atau telah memenangi sesuatu Peraduan dalam tempoh tiga puluh (30) hari pada tarikh atau sebelum penyertaan Peraduan tersebut.

4. Jaminan

Peserta dengan ini memberi jaminan dan dengan sesungguhnya menyatakan bahawa beliau: -

4.1 mempunyai hak, autoriti dan kuasa untuk menyertai Peraduan yang mana adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan, dan perlu menunjukkan bukti-bukti perlu yang dikehendaki oleh Pihak Penganjur;

4.2 mempunyai hak, autoriti dan kuasa untuk menggunpakai hak-hak yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan dan telah memperolehi atau mendapat segala kebenaran dan kelulusan yang perlu berkaitan dengan hak-hak berkenaan;

4.3 tidak mempunyai sebarang rekod atau pensabitan jenayah dan tidak pernah melakukan sebarang perbuatan dan/atau tingkahlaku yang boleh menjatuhkan reputasi dan/atau nama baik Pihak Penganjur dan/atau penaja-penajanya.

5. Reputasi

5.1 Peserta dengan ini memahami dan memperakui bahawa kepentingan dan reputasi baik Pihak Penganjur adalah amat perlu untuk diutamakan. Pihak Penganjur dengan ini mempunyai hak untuk membatalkan sesorang Peserta daripada sesuatu Peraduan, dan/atau untuk menarikbalik Hadiah jika Pihak Penganjur sesungguhnya berpendapat bahawa Peserta tersebut melanggar sebarang obligasi dan/atau jaminan di bawah Peraturan-Peraturan.

5.2 Peserta adalah tidak dibenarkan sama ada melalui perbuatan dan/atau kegagalan dalam melaksanakan sesuatu, sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung menjatuhkan reputasi dan nama baik Pihak Penganjur.

6. Peraduan

6.1 Peraduan melalui pos dan/atau faksimili

6.1.1 Sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak boleh dibaca dalam sebarang Peraduan adalah terbatal dengan sendirinya.

6.1.2 Sesalinan Peraturan-Peraturan ini hendaklah ditandatangani dan diindorskan oleh mana-mana Peserta yang memenangi sesuatu Peraduan (selepas ini dirujuk sebagai “Pemenang”) apabila diminta oleh Pihak Penganjur.

6.1.3 Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan melalui pos dan/atau faksimili yang hilang, rosak, tersalah hantar dan/atau lewat dalam penghantarserahan kepada Pihak Penganjur, dan Pihak Penganjur juga adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan/atau permasalahan dan/atau kegagalan fungsi ke atas peralatan komputer, peralatan mesin faksimili dan/atau talian telefon mesin faksimili. 

6.2 Peraduan Melalui Telefon

6.2.1 Tiada liabiliti diletakkan ke atas Pihak Penganjur terhadap sebarang permasalahan komunikasi telefon dan/atu masalah-masalah teknikal yang dialami oleh para pemanggil talian telefon seperti kerosakan, tersalah transkrip, tersalah arah dan/atau kesilapan mendail semasa bahagin penggilan telefon sesuatu Peraduan.

6.2.2 Sekiranya dalam perlaksanaan sesuatu Peraduan: -

6.2.2.1 talian telefon terputus dan/atu terganggu; dan/atau

6.2.2.2 terdapat perbalahan/keraguan yang timbul hasil daripada penggunaan talin-talian telefon di dalam sesuatu Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana talian terlefon berganda digunakan); dan/atau

6.2.2.3 dua (2) talian telefon terlintang di antara satu sama lain (‘crossline’) semasa Peraduan melalui panggilan telefon;

Pihak Penganjur berhak, di bawah budibicara mutlaknya, membatalkan penyertaan pemanggil dan/atu pemanggil-pemanggil, dan Penganjur tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberi Hadiah kepada pemanggil dan/atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberi Hadiah yang berkenaan kepada individu lain menurut budibicara mutlak Pihak Penganjur.

6.2.3 Dalam keadaan di mana lebih daripada satu (1) suara pemanggil kedengaran melalui talian telefon, Peserta atau Pemenang yang paling berhak akan menjadi individu pertama bercakap dan ini adalah tertakluk kepada keputusan penuh hakim-hakim Pihak Penganjur. Sekiranya hakim-hakim tidak berupaya untuk memastikan pemanggil pertama, undian secara rawak akan dilakukan untuk mengenalpasti Pemenang. 

6.2.4 Sebarang penyertaan yang didapati menggunakan pertukaran telefon (‘telephone switching’) atau peralatan aturcara (‘programming equipment’) adalah terbatal dengan sendirinya.

6.2.5 Dalam Peraduan melalui panggilan telefon, “isyarat untuk memanggil” adalah efektif hanya apabila kedengaran melalui penyiaran radio ke udara, dan pelayaran melalui internet adalah tidak sah kerana kemungkinan terjadinya siaran tertunda di dalam transmisi audio atau ralat di dalam internet.

6.3 Peraduan Melalui Internet

Segala penyertaan melalui internet adalah dihantar di atas risiko Pemanggil sendiri dan sekiranya terdapat permasalahan teknikal yang dialami melalui internet dan/atau daripada sebarang peralatan berkaitan dengannya dan/atau keselamatan internet dikompromi, Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan budibicara mutlaknya membatalkan keseluruhan penyertaan tersebut dan tidak akan menanggung sebarang liabilti dengan berbuat sedemikian.

6.3.1 Pihak Penganjur akan membatalkan sebarang penyertaan sekiranya perserta dicurigai menggunakan sebarang penipuan, mengodam atau penggunaan apa-apa juga peralatan atau aplikasi untuk menaikkan jumlah undian atau yang berkaitan dengannya di dalam apa-apa juga peraduan yang membabitkan undian di atas talian di laman web kami.

6.4 Peraduan Melalui Servis Pesanan Ringkas (selepas ini dirujuk sebagai “SMS”)

6.4.1 Penyertaan di dalam sebarang Peraduan SMS adalah terbuka kepada para Peserta yang terdiri daripada para pelanggan operator-operator telefon mudah alih/telefon bimbit dengan perkhidmatan SMS yang berikut:-

§ Perkhidmatan prabayar dan selepas bayar Maxis;
§ Perkhidmatan prabayar dan selepas bayar DiGi;
§ Perkhidmatan prabayar dan selepas bayar Celcom.

6.4.2 Para Peserta dengan ini adalah hanya dibenarkan untuk menyertai Peraduan dengan menggunakan telefon mudah alih/telefon bimbit masing-masing. Penggunaan komputer-komputer peribadi, alat-alat pembantu digital peribadi dan/atau sebarang alat-alat lainnya bagi tujuan penyertaan Peraduan adalah dilarang sama sekali dan sekiranya berlaku, akan mengakibatkan Peserta berkenaan dibatalkan penyertaannya daripada Peraduan secara automatik.

6.4.3 Untuk menyertai Peraduan, para Peserta hendaklah mendaftar nama berserta nombor kad pengenalan masing-masing dan menghantar SMS berkenaan kepada nombor pendaftaran SMS yang telah diperuntukkan. Pendaftaran nama penuh adalah dikehendaki untuk dilakukan sekali sahaja dan tidak boleh ditukar.

Peserta dengan ini hanya perlu mendaftar sekali sahaja menggunakan nombor telefon mudah alih/telefon bimbit masing-masing.

6.4.4 Setiap SMS yang dihantar oleh Peserta adalah tertakluk kepada bayaran premium. Bayaran premium ini adalah tambahan kepada yuran SMS seragam (‘standard’) yang dikenakan oleh operator telefon mudah alih/ telefon bimbit Peserta terlibat.

6.4.5 Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang masalah, kerugian dan/atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak di atas kelewatan dan/atau kegagalan dalam penerimaaan dan/atau penghantaran sesuatu SMS hasil daripada ralat sebarang jaringan (‘network’), komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh operator telefon mudah alih/telefon bimbit yang mengambil bahagian dan/atau oleh Penganjur dan/atau hasil daripada penyertaan dan/atau hasil daripada pemuatturunan sebarang bahan di dalam Peraduan. Di dalam situasi ralat, gangguan dan/atau kegagalan, pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan untuk sebarang kegagalan Peserta untuk menyertai Peraduan terbabit pada bila-bila masa sekalipun.

6.4.6 Pihak Penganjur adalah tidak bertangungjawab dan/atau bertanggungan terhadap sebarang ralat, kegagalan untuk melaksanakan sesuatu, pencelahan/gangguan, pemadaman (‘deletion’), kecacatan (‘defect’), kelewatan dalam operasi dan/atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, perubahan/alterasi terhadap, dan/atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, dan/atau kehilangan penyertaan atau kelewatan penyertaan sama ada timbul semasa operasi atau transmisi hasil fungsi-funsi server, virus-virus, pepijat-pepijat dan/atau sebab-sebab lain ayang mana adalah di luar kawalan Penganjur.

7. Hadiah-Hadiah

7.1 Tuntutan-tuntutan

7.1.1 Kesemua Hadiah mesti dituntut dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan (selepas ini dirujuk sebagai “Jangkamasa Tuntutan”). Para Pemenang adalah bertanggungjawab secara sendiri untuk menuntut Hadiah masing-masing, dan pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab untuk memberi sebarang notis mengenai tarikh tutup tuntutan Hadiah. Hadiah-Hadiah yang gagal untuk dituntut dalam tempoh Jangkamasa Tuntutan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur dan pihak Penganjur, agen-egennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap Pemenang dalam sebarang aspek sekalipun.

7.1.2 Kesemua Hadiah hendaklah dituntut secara sendiri oleh Pemenang melainkan pihak Penganjur menyatakan sebaliknya. Bukti pengenalan diri yang mempunyai sesalinan gambar di dalamnya (sebagai contoh, termasuk tetapi tidak terhad kepada kad pengenalan, lesen memandu, paspot, dan sebagainya yang mana mempamerkan sesalinan gambar Pemenang). Dalam situasi di mana pihak Penganjur memilih untuk mengepos sesuatu Hadiah kepada seseorang Pemenang, tiada tanggungjawab adalah diletakkkan kepada pihak Penganjur terhadap keselamatan dan penghantaran pos yang efektif Hadiah berkenaan kepada Pemenang.

7.1.3 Dalam situasi-situasi khas dan tertakluk kepada budibicara mutlak pihak Penganjur, seseorang Pemenang boleh melantik wakil yang ditetapkan untuk menuntut Hadiah. Wakil tersebut hendaklah mengemukakan kebenaran bertulis daripada Pemenang dan mengemukakan bersama-samanya bukti tanda pengenalan diri kedua-dua Pemenang dan wakilnya.

7.1.4 Dalam situasi di mana seseorang Pemenang memilih untuk tidak menerima sesuatu Hadiah, Pemenang berkenaan terlucut segala hak dan tuntutan terhadap Hadiah berkenaan, yang mana akan diuruskan oleh pihak Penganjur menurut budibicara mutlaknya.


7.2 Penggunaan dan pindahmilik Hadiah-Hadiah

7.2.1 Hadiah-Hadiah adalah tidak boleh dipindahmilik, dan di mana ianya adalah terpakai, hendaklah digunakan dalam tempoh masa dan/atau tarikh yang ditetapkan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan/atau alternatif-alternatif lain.

7.2.2 Segala Hadiah adalah diterima di bawah risiko Pemenang secara sepenuhnya dan pihak Penganjur dengan ini mengesahkan bahawa ia tidak bertanggungan terhadap sebarang Hadiah selagi mana ianya dibenarkan di bawah undang-undang.

7.2.3 Sekiranya sesuatu Hadiah yang ditetapkan menjadi tidak ada atas sebab-sebab tertentu, pihak Penganjur berhak menggunakan budibicara mutlaknya untuk menukar Hadiah tersebut dengan Hadiah lain sebagai gantinya.

7.3 Had terhadap liabiliti

7.1.3 Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang Hadiah yang defektif dan/atau penyalahgunaan sebarang Hadiah, dan/atau terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, kerugian dan/atau kerosakan yang timbul dan/atau berkaitan dengan sebarang Peraduan yang dipromosi oleh pihak Penganjur.

7.2.3 Kesemua Peserta adalah dilepaskan daripada, dan bersetuju untuk mengindemniti pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang liabiliti, kos, kerugian dan/atau perbelanjaan yang timbul hasil daripada sebarang Hadiah dan/atau penglibatan di dalam sebarang Peraduan termasuk, tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi dan/atau kerosakan terhadap harta benda sama ada secara terus atau tidak langsung, secara patut nampak (‘foreseeable’), yang timbul hadil daripada perbuatan cuai dan/atau kegagalan untuk melaksanakan sesuatu perkara dan/atau sebaliknya.

7.3.3 Para Pemenang adalah bertanggungjawab terhadap sebarang dan kesemua cukai yang perlu dibayar hasil daripada sesuatu Hadiah yang diberi atau diterima.

7.3.4 Para Pemenang sebarang Hadiah boleh, di bawah budibicara mutlak pihak Penganjur dikehendaki untuk menandatangani perjanjian pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang disediakan oleh pihak Penganjur untuk penerimaan sebarang Hadiah.

7.4 Hadiah-Hadiah Percutian/Pelancongan

7.4.1 Segala Hadiah hendaklah diambil menurut tarikh dan destinasi serta bilangan penumpang yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Tiada alternatif wang tunai di dalam sebarang keadaan. Tiada juga terdapat sebarang alternatif berkenaan destinasi. 

7.4.2 Hadiah-hadiah percutian/pelancongan (selepas ini dirujuk sebagai “Hadiah-Hadiah Percutian”) adalah tidak boleh dipindahmilik. Hadiah-Hadiah Percutian adalah tertakluk kepada adanya/wujudnya Hadiah-Hadiah Percutian tersebut. Para Pemenang hendaklah memegang paspot yang sah dengan sekurang-kurangnya enam (6) bulan tempoh lanjutan. Sekiranya tidak, penyertaan Peraduan akan menjadi tidak sah.

7.4.3 Sebarang perjalanan di bawah Hadiah-Hadiah Percutian oleh individu di bawah umur adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat syarikat pengangkutan terbabit.

7.4.4 Di dalam situasi di mana keadaan-keadaan yang tidak dijangka atau keadaaan-keadaan di luar kawalan pihak Penganjur berlaku, pihak Penganjur mempunyai hak untuk menawarkan Hadiah alternatif yang bernilai sama. Tiada wang tunai akan ditawarkan.

7.4.5 Kesemua Hadiah-Hadiah Percutian hendaklah diambil dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya, dan sekiranya tidak dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan, tuntutan di luar tempoh masa tersebut akan dikira sebagai tidak sah. 

7.4.6 Para Pemenang hendaklah menurut dan mematuhi segala terma-terma dan had-had sebarang polisi insurans berkenaan Hadiah-Hadiah Percutian.

7.4.7 Para Pemenang hendaklah menurut dan mematuhi segala terma-terma dan syarat-syarat syarikat penerbangan dan/atau lain-lain syarikat pengangkutan dan tempat-tempat yang berkaitan dengan Peraduan dan/atau Hadiah-Hadiah Percutian. Secara khususnya para Peserta hendaklah menurut segala garis panduan keselamatan dan kesihatan, dan arahan-arahan serta segala syarat-syarat undang-undang dan peraturan-peraturan. 

7.4.8 Para Pemenang adalah tidak berhak mahupun mempunyai sebarang autoriti dalam apa-apa situasi untuk melibatkan pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang kontrak/perjanjian, perbelanjaan dan/atau kos yang dimasuki atau dibelanjakan. Tiada variasi terhadap Terma-terma ini adalah efektif melainkan diluluskan oleh wakil yang diberi kuasa oleh pihak Penganjur secara bertulis.

7.4.9 Penguatkuasa paspot dan pihak-pihak berkuasa dalam negara yang berkenaan berhak untuk menafikan sebarang penyertaan. Sekiranya seseorang Pemenang Hadiah-Hadiah Percutian adalah dinafikan perjalanannya dan/atau kemasukan/keluar dan/atau dari negara yang dilawati, sebarang kos tambahan yang dibelanjakan dan/atau dikeluarkan adalah di bawah kos dan/atau tanggungjawab penuh Pemenang terbabit.

7.4.10 Sebarang penerbangan, kenderaan-kenderaan lain, butir-butir lapangan terbang, tempat penginapan, atau lain-lain aspek Hadiah-Hadiah Percutian, tarikh dan masa yang dinyatakan oleh pihak Penganjur adalah tertakluk kepada pertukaran tanpa sebarang notis, dengan tiada sebarang liabiliti yang timbul. Para Pemenang hendaklah memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk berhadapan dengan sebarang komitmen kewangan yang berkemungkinan timbul berkaitan dengan Hadiah-Hadiah Percutian melampaui apa yangdisediakan di dalam Hadiah-Hadiah Percutian itu sendiri, yang mana adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada penghantaran dari dan kepada sebarang lapangan terbang di Malaysia yang dinyatakan di dalam Hadiah-Hadiah Percutian, makanan dan minuman.

7.4.11 Para Pemenang hendaklah menurut dan mematuhi dan adalah bertangungjawab untuk menghadiri dan melaksanakan apa yang perlu bagi tujuan mendapatkan sebarang inokulasi/imunisasi/vaksinasi/suntikan dan peraturan/regulasi yang diperlukan untuk perjalanan mereka.

7.4.12 Adalah menjadi tanggungjawab para Pemenang untuk memperolehi visa dan/atau segala dokumen perjalanan yang perlu di bawah perbelanjaan dan kos sendiri. Tiada pampasan dalam sebarang bentuk akan diberikan sekiranya Pemenang gagal untuk memperolehi dokumen-dokumen yang berkenaan, tanpa mengambil kira situasi. 

7.4.13 Melainkan dinyatakan sebaliknya, kelas penerbangan untuk Hadiah-Hadiah Percutian adalah kelas ekonomi.

7.5 Pemberian-pemberian Tiket Percuma

Di dalam situasi di mana Hadiah adalah di dalam bentuk tiket percuma:

(a) Para Pemenang tiket-tiket tersebut adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat promoter acara dan juga adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang tertera di atas tiket serta terma-terma dan syarat-syarat tempat berkenaan.

(b) Para Pemenang adalah dikehendaki untuk mengambil tiket-tiket percuma di tempat-tempat yang mana akan diberitahu kepada Pemenang oleh pihak Penganjur.

8. Publisiti

8.1 Para Peserta adalah dikehendaki oleh pihak Penganjur untuk menyertai sesi temuramah, sesi bergambar, sesi video dan/atau filem dan para Peserta dengan ini memperakui bahawa pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan temuramah-temuramah, gambar-gambar publisiti, video dan/atau filem tersebut dalam sebarang medium dan dalam sebarang keadaaan yang pihak Penganjur fikir bersesuian, tanpa sebarang bayaran pampasan dalam apa bentuk sekalipun diberikan.

8.2 Penyertaan Peraduan dan material (selepas ini dirujuk sebagai “Material”) yang dihantar berkenaan sebarang Peraduan, sama ada dalam bentuk penulisan, audio, elektronik dan/atau berbentuk visual, dan.atau adalah satu kombinasi mana-mana Material yang disebut di dalam ini, atau sebarang gambar, video dan/atau rakaman filem yang diambil oleh Peserta adalah menjadi hakmilik pihak Penganjur yang mana mungkin menggunakan Material tersebut dalam sebarang Medium dan/atau dalam sebarang keadaan pihak Penganjur fikirkan sesuai. Hakcipta Material tersebut dimiliki sepenuhnya oleh pihak Penganjur.

8.3 Pihak Penganjur berhak untuk mewujudkan/membuat infomasi daipada para Peserta di dalam sebarang pangkalan data untuk tujuan penggunaan di dalam urusan harian biasa pihak Penganjur.

8.4 Para Peserta tidak boleh tanpa kebenaran bertulis secara khusus daripada pihak Penganjur untuk mencetak dan/atau mendedahkan sebarang informasi berkenaan Peraduan dan/atau Hadiah, yang mana adalah tidak terhad kepada wakil-wakil media dalam apa jua bentuk sekalipun. Para Peserta adalah tidak berhak untuk memberi temuramah dan/atau terlibat di dalam sebarang artikel dan/atau laporan berkenaan Peraduan dan/atau Hadiah dengan mana-mana pihak ketiga.

8.5 Para Peserta dengan ini memberi kuasa dan menyerahhak kepada pihak Penganjur keseluruhan hakcipta dan/atau sebarang hak ‘intellectual property’ di dalam Peraduan dan penglibatan para Peserta di dalam Peraduan dalam segala media dan teknologi.

9. Had terhadap liabiliti dan indemniti

9.1 Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/awatu wakil-wakilnya adalah tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun terhadap sebarang kos, perbelanjaan, kerugian, liabiliti, dan/atau kecederaan yang timbul hasil daripada dan/atau berkaitan dengan Peraduan dan/atau Hadiah selain daripada kos-kos dan/atau perbelanjaan-perbelanjaan yang dinyatakan secara khusus di dalam Hadiah.

9.2 Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak menerima sebarang liabiliti dan dengan ini menafikan sebarang liabiliti di atas sebarang kehilangan keuntungan, perniagaan, kontrak-kontrak/perjanjian-perjanjian, modal-modal dan/atau simpanan yang dijangka atau untuk sebarang kerugian khusus, secara terus/langsung dan/atau kerugian secara tidak langsung yang timbul dalam apa jua cara sekalipun. 

9.3 Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak bertanggungjawabuntuk melaksanakan sebarang obligasi mereka di dalam Peraduan dan/atau berkaitan dengan Hadiah dalam keadaan di mana mereka adalah tidak berkeupayaan untuk melaksanakan obligasi-obligasi tersebut yang timbul hasil daripada keadaan di luar kawalan mereka dan adalah tidak bertanggungan untuk memberi pampasan kepada Pemenang dalam situasi-situasi berkenaan.

9.4 Para Pemenang dengan ini memperakui dan mempersetujui bahawa masing-masing melibatkan diri di dalam Peraduan di atas risiko sendiri dan juga dengan ini bersetuju untuk menanggungrugi pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang kos, kerugian, kehilangan, perbelanjaan dan/atau liabilti, yang mana termasuk kehilangan nama baik, reputasi dan/atau yuran-yuran penasihat-penasihat profesional, dan juga sebarang tuntutan yang timbul hasil daripada tindakan para Pemenang itu sendiri berkaitan dengan Peraduan, Hadiah dan/atau hasil daripada perlanggaran obligasi-obligasi para Pemenang di dalam ini.

10. Am

10.1 Para Peserta adalah bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah-langkah munasabah untuk memastikan amalan keselamatan biasa dan aktiviti-aktiviti bersesuaian am yang diterima umum diambil dan dilaksanakan semasa Peraduan dan dengan ini memperakui bahawa segala aktiviti adalah dilaksanakan di bawah risiko masing-masing.

10.2 Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan tempat seseorang Peserta di dalam Peraduan dan/atau keberhakkannya terhadap sesuatu Hadiah (tanpa liabilti dan/atau pampasan) jika, di dalam pendapat pihak Penganjur Peserta tersebut mungkin mendedahkan diri Peserta tersebut sendiri dan/atau pihak-pihak lain terhadap risiko penyakit dan/atau kecederaan dan/atau terhadap pembatalan, gangguan dan/atau pengurangan Peraduan.

10.3 Peraturan-Peraturan di dalam ini adalah tertakluk kepada dan perlu ditafsir menurut undang-undang Malaysia.

10.4 Melainkan dinyatakan secara khusus di dalam ini, segala syarat, jaminan dan/atau representasi nyata dan/atau tersirat di bawah undang-undang adalah tidak terpakai. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan/kesangsian, tiada informasi dalam sebarang bentuk mengenai Peraduan dan/atau Hadiah dan/atau sebarang Peraturan di dalam ini perlu digunapakai melainkan dinyatakan secara bertulis oleh pihak Penganjur. Sebarang ketidaksahan, kepenyalahan undang-undang dan/atau tidakboleh penguatkuasaan keseluruhan dan/atau sebahagian daripada Peraturan-Peraturan di dalam ini tidak akan menjejaskan dan/atau merosakkan/melemahkan/mengurangkan penguatkuasaan berterusan Peraturan-Peraturan lain di dalam ini.

10.5 Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengenakan bayaran, meminda, membuang dan/atau menambah Terma-terma dan Syarat-Syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis awal diberi pada bila-bila masa dan para Peserta adalah dengan ini tertakluk kepada sebarang bayaran, pindaan, pembuangan dan/atau penambahan tersebut.