Teks: Wartawan GengMurai
MUMBAI, 23 JUN 2011: Selepas 4 tahun mendirikan rumahtangga, akhirnya pasangan selebriti Bollywood terkemuka, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan bakal menjadi ayah dan dan ibu.
Berita yang cukup menggembirakan itu telah diumumkan sendiri oleh bapa Abhishek Bachchan iaitu Amitabh Bachchan yang juga seorang megastar Bollywood menerusi akaun peribadinya pada hari tanggal 21 Jun 2011 yang lepas.
Amitabh Bachchan menulis:"@SrBachchan: T 410 -NEWS NEWS NEWS !! I AM GOING TO BECOME A GRANDFATHER .. AISHWARYA EXPECTING .. SO HAPPY AND THRILLED!!!"
Tidak lama selepas itu, berita kehamilan Aishwarya Rai itu terus tersebar dengan lebih meluas. Keluarga Bachchan tidak henti-henti menerima panggilan telefon daripada sanak saudara serta kaum keluarga yang terdekat.
Manakala, beberapa rakan yang cukup rapat dengan keluarga Bachchan yang cukup berpengaruh dalam industri perfileman India ini pula sanggup datang ke kediaman mereka di Jalsa, Mumbai untuk menziarah.
Kata Abhishek: "Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Sebolehnya, kami cuba untuk memberitahu rakan-rakan kami yang cukup rapat dengan sebanyak mungkin. Dan, kalau anda tanyakan, apakah perasaan saya pada ketika ini, saya tidak tahu. Sebab, saat ini, kami sekeluarga masih sibuk untuk berkongsi berita gembira ini pada semua kawan-kawan kami.
"Mungkin selepas ini, barulah saya akan menyedari bagaimana perasaan saya yang sebenar setelah mengetahui tentang kehamilan Aishwarya. Saat ini saya rasa macam masih lagi blur. Tetapi, saya akui ini adalah satu momen yang cukup indah," kata anak lelaki Amitabh ini.
Manakala Aishwarya Rai pula memberitahu: "Saya tahu, saya tidak mungkin akan dapat merahsiakan tentang berita kehamilan saya ini. Sebab itulah, saya cuba untuk mendiamkan diri serta tidak terlalu banyak tampil di hadapan masyarakat.
"Saya sendiri masih berusaha untuk menerima hakikat bahawa saya telah pun hamil. Sebaik saja menerima berita yang menggembirakan ini, saya dan Abhishek sangat-sangat happy. Dan, kegembiraan ini turut dikongsi bersama ahli keluarga yang lain," katanya.
Difahamkan Aishwarya sudah pun hamil sejak sebulan yang lalu. Namun, keluarga Bachchan hanya menanti masa dan waktu yang sesuai untuk mengumumkan berita yang menggembirakan itu.
Menariknya, berita kehamilan Aishwarya Rai itu telah diumumkan pada saat The International Indian Film Academy atau IIFA bakal berlangsung di Toronto in Ontario, Canada bermula hari ini, 23 Jun 2011 sehingga 25 Jun 2011.
Dengan pengumuman tersebut, Aishwarya juga dilaporkan akan menyiapkan pembikinan filem terbaru lakonannya, Heroine arahan Madhur Bhandarkar dengan secepat mungkin sebelum dia mengambil keputusan untuk berehat demi menjaga kandungannya tersebut.





.jpg)
.jpg)



