Yes, Akhirnya Si Cantik Aishwarya Rai Dah Pun Hamil

berita | Luar Negara

Yes, Akhirnya Si Cantik Aishwarya Rai Dah Pun Hamil

addthis kongsi icon

Teks: Wartawan GengMurai

MUMBAI, 22 JUN 2011: Setelah sekian lama menunggu, akhirnya bintang Bollywood Aishwarya Rai dilaporkan tengah hamil anak pertamanya. Khabar gembira itu telah disampaikan sendiri oleh bapa mertua Aishwarya Rai, Amitabh Bachchan yang juga seorang megastar Bollywood, kira-kira sejam yang lalu.

"Berita Berita Berita!! Saya akan jadi seorang datuk...Aishwarya sedang hamil...Sangat happy dan thrilled, " kata Amitabh Bachchan di dalam akaun twitter peribadinya.

Namun, masih belum ada keterangan lebih lanjut tentang usia kehamilan Aishwarya Rai. Malah, Aishwarya Rai yang telah berlakon dalam pelbagai filem Hindi iaitu Hum Dil Chuke Sanam, Taal, Josh, Mohabbatein, Devdas serta Doom 2 ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung kehamilannya itu.

Apapun seluruh keluarga Amitabh Bachchan dilaporkan amat gembira menerima berita tersebut.

Aishwarya Rai, 37, berkahwin dengan anak Amitabh iaitu Abhishek pada 14 Januari 2007. Pasangan ini kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin dalam sebuah majlis yang penuh privacy di Juhu, Mumbai pada 20 April 2007.

Sebelum bertemu jodoh dengan Abhishek, Aishwarya Rai sempat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Salman Khan. Namun, hubungan mereka putus sekitar tahun 2001.

Aishwarya memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan selepas diangkat sebagai Miss World pada 1994. Sejak itu, dia telah membintangi lebih daripada 40 filem buatan India yang mana hampir kesemuanya dihasilkan dalam bahasa Hindi.

Selain itu, dia juga pernah terlibat dalam filem yang bertaraf antarabangsa iaitu The Pink Panther 2, Bend It Like Beckham, Bride and Prejudice dan The Last Legion.

Kini, bintang L'oreal ini bakal muncul dalam filem terbarunya berjudul Heroin selepas filem dwibahasanya, Edhiraan yang dihasilkan dalam bahasa Tamil dan Hindi mencatatkan jualan box-office di seluruh sinema India.

Komen-Komen | 3

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Nak tunggu berita yang lebih menggembirakan....."Dato' Iti hamil pulak"...
- 23-Jun-2011

Tahniah !! ala...kalau dah rezeki...tua ke muda ok apa..Orang muda pun belum tentu ada rezeki nak ada zuriat....
NICE - 23-Jun-2011

iskkk dah dekat umo 40 baru mengandung. dah tua la
mek jah - 22-Jun-2011