OMG, Penyanyi Alyah Melecur Terkena Air Panas?

gosip | Gosip kita

OMG, Penyanyi Alyah Melecur Terkena Air Panas?

addthis kongsi icon

10 JUN 2011: Kalau korang terkejut bila baca tajuk ni, Murai Batu lagi lah terkejut beruk. Apa tidaknya, berita ni baru saja teman Murai Batu terima daripada pengurus kepada penyanyi comel, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan yang khabarnya sedang dirawat di klinik sekarang ini.

Ceritanya begini, teman Murai Batu cuba telefon Alyah pagi tadi sebab nal bertanyakan kesahihan gosip yang mengatakan dia sedang bercinta dengan pengarah muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS.

Tiba-tiba teman Murai Batu telah dikejutkan dengan berita gempar yang menggemparkam ini. Menurut pengurus kepada penyanyi lagu Kisah Hati ini, Alyah terkena air panas sehingga menyebabkan dirinya melecur hampir separuh badannya iaitu dari paras pinggang hingga ke kaki.

Ish ish, kasihan betul Murai Batu kepada Alyah, macam manalah agaknya keadaan Alyah bila berhadapan dengan insiden begini ya?

Namun, teman Murai Batu tak sempat nak bertanyakan bagaimana keadaan Alyah dan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku. Sebab belum sempat perkara tersebut diajukan, pengurus Alyah telah memutuskan talian kerana mahu menguruskan Alyah yang baru sahaja dimasukan ke klinik tersebut yang mana lokasinya tdiak sempat untuk diberitahu.

Tetapi tak apa, korang semua jangan risau, Murai Batu akan cuba mendapatkan maklumat yang selanjutnya bila keadaan Alyah sudah kembali stabil. Apa-apa, pun marilah kita berdoa agar Alyah cepat pulih dan tak seteruk seperti yang kita sangka. Amin...

Komen-Komen | 21

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





kesian nya dia....muga cepat sembuh
rossnani@yahoo.com - 10-Jun-2011

ksiannyer kak alyah,, semoga cpt sembuh yer,,,
kina_gurlz56 - 10-Jun-2011

peringatan allah agar belajarlah menutup badan
me - 10-Jun-2011

alA..keciannya akak alyah!!so sympathy!!bnyak kan nsabar..jgn ptus asa...Allah x akan mnguji umatnya d luar kmampiwannya..
VanessaLunaCornetto - 10-Jun-2011

salam...kak alyah hrs sabar ye...semoga cpat sihat
fika - 10-Jun-2011

1 2 3 4 5