Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2011: Pertama kali menukar bidang kepada penulisan skrip, Ketua Pegawai Eksekutif KRU, Norman Abdul Halim akui kisah yang ditulisnya dalam filem seram pertama terbitan syarikatnya, Karak adalah hasil dari pengalaman sebenar yang dia sendiri lalui dengan adiknya, Yusry Abdul Halim.
Bukan setakat itu saja, Norman juga turut menghasilkan skrip filem yang bergenre hardcore horror tersebut menerusi research daripada cerita-cerita serta pengalaman orang lain yang didengarinya.
"Saya percaya ramai yang mempunyai pengalaman seram ketika melalui highway Karak kerana saya dan Yusry sendiri juga pernah mengalami kejadian seram ketika melalui lebuh raya tersebut.
" Kejadian itu berlaku pada waktu malam dan kami benar-benar terkejut bila satu mahluk tiba-tiba muncul dan hampir menerkam cermin kereta kami tetapi kami sempat mengelak. Kami juga hampir-hampir terlibat dalam kemalangan pada malam kejadian itu.
"Namun, syukurlah kami bernasib baik kami juga tidak diapa-apakan. Jadi apa yang boleh saya katakan disini , kisah yang saya tulis ini hasil dari pengalaman saya sendiri serta reseacrh yang saya buat," katanya dalam sidang media filem Karak yang telah berlangsung di Hard Rock Café semalam.
Apa yang pasti, filem arahan Yusry ini telah menampilkan muka-muka baru dalam industri lakonan dan perfileman. Antaranya ialah seperti Shahir AF8, Sheera, Kilafairy dan Along Ezendy.
Yusry memberitahu pemilihan pelakon rata-ratanya yang terdiri daripada barisan pelakon baru itu adalah mengikut keperluan jalan cerita yang memerlukan elemen keaslian serta kementahan bagi menimbulkan perasaan seolah-oleh kejadian yang berlaku dalam filem tersebut benar-benar berlaku.
"Kami sengaja menampilkan muka-muka baru dalam filem ini supaya ianya diberi nafas baru. Biarpun mereka ini baru tetapi mereka juga melalui proses casting sebelum diambil berlakon.
"Mereka ini tidak kurang hebatnya. Saya ada melakukan workshop dan latihan juga kepada mereka supaya mereka tidak terperanjat bila berada dalam set penggambaran yang sebenar," jelas Yusry.
Tambah Yusry lagi, tiada bezanya mengarahkan filem seram ini dengan filem Cicak Man atau Merong Mahawangsa kerana baginya caranya masih sama. Cuma terdapat sedikit cabaran dari segi waktu pengambarannnya.
"Hampir 80 peratus pengambaran cerita ini dilakukan pada waktu malam. Jadi saya rasa itu yang menyukarkan dan memenatkan kami kerana tenaga pada waktu malam dan siang amat berbeza.
"Oleh itu kami terpaksa jadi burung hantu yang mana malam berjaga dan siang pula waktu tidur kami. Namun nasib kami baik, selain mengadakan penggambaran di luar seperti di Hulu Langat dan Branang, kami juga turut menggunakan studio kami untuk sebahagian lagi penggambaran," katanya.
Filem Karak yang memulakan penggambaran sejak Julai tahun lalu ini bakal mengisahkan tentang 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.
Mereka mengalami kesesakan yang laur biasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melaui jalan lama, tanpa menyedari keputusan mereka itu bakal meruabh kehidupan mereka untuk selama-lamanya.
Filem keempat arahan Yusry ini bakal merasuk di seluruh pawagam mulai 26 Mei 2011.





.jpg)
.jpg)



