Siapa Punca Justin Timberlake & Jessica Biel Putus Cinta?

gosip | Gosip luar

Siapa Punca Justin Timberlake & Jessica Biel Putus Cinta?

addthis kongsi icon

14 MAC 2011: Murai Batu percaya, ramai yang sudah maklum tentang hubungan cinta yang terjalin di antara penyanyi internasional, Justin Timberlake dengan aktres Jessiba Biel.

Namun, dengan tidak semena-mena, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah pun mengakhiri kisah cinta mereka. Dengan kata lain, kedua-dua mereka dah pun putus cinta.

Sebab-musababnya pula adalah disebabkan kehadiran orang ketiga yang dipercayai berpunca daripada aktres Mila Kunis.

Khabarnya, sejak Justin Timberlake dan Mila Kunis menjayakan penggambaran filem Friends With Benefits bersama-sama, hubungan kedua-dua mereka bukan saja dilihat begitu akrab dan mesra.

Malah, mereka juga saling memuji setiap kali diwawancara oleh pihak media.

Tidak cukup dengan itu, Justin Timberlake dan Mila Kunis juga dikatakan sering menggoda di antara satu sama lain. Adakah ini disebabkan penangan adegan seks yang mereka lakonkan bersama dalam filem tersebut?


Apapun, sumber memberitahu Justin memang cukup tertarik dengan Mila. Malah, dia juga merupakan peminat kepada Mila Kunis. Mungkin, atas dasar itulah, Justin Timberlake tidak kisah untuk memutuskan hubungannya dengan Jesicca Biel, walaupun mereka sudah menjalinkan hubungan secara serius bermula sejak 2007.

MURAIBATU: Simpati dengan nasib mereka yang ditimpa bencana Tsunami di Jepun. Mudah-mudahan Tuhan melindungi dan merahmati mereka semua. Amin...

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: