Cinta Maya Karin Dan Remy Ishak Lahir Dalam Cun

berita | Tempatan

Cinta Maya Karin Dan Remy Ishak Lahir Dalam Cun

addthis kongsi icon

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR 10 MAC 2011: Bayangkan seorang selebriti popular mampu jatuh cinta dengan seorang pemuda kampung. Macam tak logikkan? Satu lagi, mana mungkin berlaku situasi yang macam tu....

Namun, itulah yang cuba digambarkan dalam filem ketiga arahan Osman Ali berjudul Cun. Yang mana, segala perkara tersebut dianggap tidak mustahil boleh berlaku dan sememangnya berlaku.

Osman Ali juga cuba menukarkan mimpi-mimpi indah seorang pemuda kampung yang ingin memiliki cinta artis popular menjadi kenyataan.

Tidak sama dengan dua buah filem arahan lalunya iaitu Puaka Tebing Biru dan Anak Halal yang lebih serius dan sarat dengan isu disebaliknya, Osman Ali berkata, Cun digarapnya secara ringkas dan santai bagi menyentuh hati khalayak filem tempatan.

"Sememangnya Cun tak sama dengan dua buah filem terdahulu saya. Saya hasilkan Cun dalam bentuk filem bergenre komedi romantik agar lebih dekat dengan hati penonton masa kini.

"Memang Cun lebih mudah dibuat tapi secara dalamannya ia memang agak sukar untuk dihasilkan. Sebabnya, bagi saya, nak bikin filem yang mampu menyentuh hati orang ramai, tak semudah yang disanggka.

"Namun, saya cuba sedaya-upaya untuk rangkumkan segala ilmu yang ada pada diri saya untuk hasilkan sebuah filem yang komedi dan lebih santai," katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton Cun yang diadakan di GSC, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur semalam.

Dibintangi oleh Maya Karin, Remy Ishak, Jehan Miskin, Faezah Elai, Kartina Aziz dan ramai lagi, Cun dilihat sesuai ditontonan oleh semua lapisan umur .

Meskipun mengetengah jalan cerita yang ringkas namun, Osman Ali memberitahu, sama seperti filem yang lain, Cun juga tidak terlepas daripada cabaran dan dugaan sewaktu penghasilannya.

Paling ketara ialah sewaktu mencari pasangan yang sesuai untuk digandingkan bersama aktres jelita Maya Karin serta mencetuskan rasa cinta antara mereka berdua dalam filem tersebut.

"Masa pilih pelakon kita kena cari pelakon yang benar-benar sesuai untuk Maya. Selepas pilih Remy Ishak, timbul pula isu untuk mencipta keserasian. Saya perlu memastikan cinta antara mereka berdua benar-benar wujud dalam filem tersebut.

Sebab saya tak mahu nampak di layar perak keserasian mereka itu tak asli dan hanya dibuat-buat. Mujur, latihan yang dibuat secara kerap banyak membantu untuk mewujudkan keserasiandi antara mereka berdua," katanya.

Bagi Maya Karin pula, sewaktu digandingkan bersama Remy Ishak, ketika itu, mereka masih tidak begitu mengenali di antara satu sama lain. Namun keserasian tercipta selepas kedua-dua mereka banyak menghabiskan masa bersama menerusi beberapa projek termasuk menjayakan pementasan teater Natrah.

"Kami tak berapa kenal masa mula-mula digandingkan. Masa tu, memang saya juga ragu-ragu juga tentang soal keserasian kami bersama. Saya bimbang, kami tak dapat nak cipta keserasian tersebut.

"Sebabnya masa ujibakat dia tak nak pandang pun muka saya. Dia malu-malu sangat. Selepas menjayakan ujibakat bakat yang kedua baru keakraban mula tercipta. Tapi masa itu, kami juga terlibat dalam pementasan Natrah. Jadi, ia membantu kami menjadi lebih rapat lagi," jelasnya kepada murai.com.my.

Menyambung perbualan, ucap pencinta alam sekitar ini, dia membawakan watak sebagai Luna dalam filem ini iaitu seorang selebriti yang kecewa ditipu tunang yang kemudian telah membawa diri ke kampung.

"Watak ini dekat dengan diri saya dan tak terlalu sukar. Pendek kata, ia agak mudah untuk direalisasikan. Namun, sepanjang menjalani penggambaran di sebuah kampung yang melibatkan babak saya bersama kerbau, ia memang agak mendebarkan. Saiz kerbau itu sebenarnya sangat besar.

"Selain itu, wujud juga beberapa adegan yang melucukan iaitu adegan saya berada dalam lumpur. Tapi, ia tak beri masalah pada saya. Malah, saya seronok menjayakan babak tersebut," katanya yang mengakui turut pernah membesar di kawasan kampung sewaktu menginap di Indonesia.

Sementara itu, jelas Remy, bergandingan bersama Maya Karin membuatkannya dia gementar sewaktu berada di lokasi pengambaran.

"Maya adalah senior saya. Malah, saya sendiri pernah tengok dia berlakon dulu di pawagam. Jadi, apabila pertama kali digandingkan dengannya dalam filem ini, pastinya perasaan gugup akan ada.

"Selain itu, saya sangat menghormatinya sebagai seorang pelakon yang berpengalaman dan susah untuk saya menghilangkan rasa hormat itu.. Tapi selepas dua, tiga kali bekerjasama akhirnya perasaan takut itu mula hilang," katanya.

Membawakan watak sebagai seorang pemuda kampung yang bernama Atan, anak muda kelahiran Negeri Sembilan ini mengakui, ia tugas itu tidaklah terlalu sukar buat dirinya. Namun, Remy Ishak akui menjayakan babak romantis memang agak menguji kewibawaannya.

"Babak romantik memang susah sikit untuk saya lakukan. Babak macam itu kena berlaku secara semula jadi. Tak boleh dibuat-buat jadi agak sukar untuk saya nak lakukan pada mulanya. Tapi dengan sokongan Maya dan pengarah ia dapat dilakukan dengan baik,"ujarnya.

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Nuansa Sdn Bhd ini akan membuka tayangannya di 45 buah pawagam tempatan bermula 31 Mac ini.

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





tk mustahil org kota leh jth cinta ngan org kmpung sbb org kmpg still padat dgn kasih sayang smada sesama manusia or haiwan serta hormat org tua or muda. Sikap ini dh smkn menipis secara automatik bila berada di bandar. Cinta itu kan BLIND....
FARZ'S HAMA - 15-Mar-2011

selepas ini buat lah drama "CUN" pulak,kekalkan perlakon maya dan remy
mizi - 14-Mar-2011