24 FEB 2011: Rasa Murai Batu, dah ramai yang tahu bahawa penyanyi yang comel dan genit dari Indonesia iaitu Rossa sudah pun menemui cinta yang baru selepas bercerai dengan bekas suaminya yang juga pemain drum kumpulan Padi.
Namun, bila ditanya, siapa si jejaka bertuah yang berjaya menakluk hatinya itu, Rossa hanya tersenyum dan tak mahu mengulas apa-apa. Malah, dia lebih senang membuatkan wartawan tertanya-tanya akan hal tersebut.
Pun begitu, ada juga wartawan yang dapat menghidu kisah cinta si penyanyi berusia 32 tahun dengan kekasihnya yang misteri itu. Khabarnya dia seorang usahawan. Lebih tepat lagi dia adalah seorang promoter tinju.
Wah! Kelas Rossa...Pun begitu, di saat wartawan cuba mengorek lagi cerita tentang hubungannya dengan si promoter tinju ini, tiba-tiba penyanyi yang hits dengan lagu Pudar, Tegar dan Aku Bukan Untukmu ini telah meletakkan status yang cukup mengejutkan di akaun twitter peribadi miliknya itu, hari ini.
"Seharian baca gosipku..padahal aku udah gak pacaran sama yg digosipin :)." tulis Rossa.
MURAIBATu: Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Pakistan dengan jaringan gol 2-0!





.jpg)
.jpg)



