JAKARTA, 25 FEB 2011: Sejak pihak pemerintah di Indonesia bercadang untuk menaikkan duti kemasukan filem import ke negara itu, Motion Pictures Association (MPA) yang bertanggungjawab mengedarkan filem-filem terbitan Hollywood telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Kenaikan duti tersebut dianggap cukup membebankan kerana nilainya lebih tinggi daripada duti yang perlu dibayar ketika ini.
Sebagai tindak balas rasa tidak puas hati, MPA telah mengambil keputusan untuk menghentikan serta-merta edaran filem Hollywood ke negara seberang itu. Tindakan MPA itu telah mengundang kejutan di kalangan masyarakat Indonesia terutama sekali pencinta filem Hollywood.
Malah, ianya juga menjadi isu yang cukup hangat di perkatakan di Indonesia ketika ini. Ada yang tidak kisah jika filem Hollywood lenyap terus dari pawagam Indonesia. Namun, ada juga yang menganggap bahawa tindakan itu sebagai sesuatu yang merugikan dari sudut jangka masa panjang.
Apakah komen segelintir artis Indonesia terhadap isu ini?
Jessica Iskandar (Pelakon)
"Saya tidak kisah kalau tiada filem Hollywood di pawagam Indonesia. Sebabnya, masih banyak lagi filem-filem Indonesia yang bagus-bagus untuk ditonton oleh masyarakat di negara ini. tentang soal kenaikan duti kemasukan filem import pula, kalau ianya digunakan untuk membangunkan negara kita, apa salahnya...".
Rachel Maryam (Pelakon dan ahli politik DPR)
"Tindakan yang dibuat oleh pihak pemerintah ini pastinya akan memberi semula ruang kepada industri filem tempatan untuk menjadi raja di rumah sendiri. Ia stau tindakan yang cukup positif. Namun, pihak pemerintah juga harus mengambil kira hak masyarakat. Seperkara lagi tindakan pihak pemerintah menaikkan duti kemasukan filem import ini haruslah dilakukan secara telus. Janganlah nanti, ianya hanya dinikmati oleh segelintir pihak saja".
Arie Kuncoro (Pelawak)
"Kalau Hollywood mengancam untuk menghentikan edaran filem mereka ke Indonesia, saya pasti tidak akan pergi ke panggung lagi. Buat apa saya nak pegi ke panggung, kalau filem-filem tempatan yang dihidangkan nanti adalah filem seram yang entah apa-apa maksudnya. Kalau tidak ada filem Hollywood di Indonesia, macam mana karyawan filem ni negara ini hendak memajukan filem tempatan. Tiada daya saing dengan filem buatan luar hanya akan merugikan indsutri filem tempatan kita".
Raffi Ahmad (Hos TV)
"Saya yakin dan pasti, kalau pun Hollywood menghentikan edaran filem mereka ke negara ini disebabkan soal kenaikan duti kemasukan filem import, ianya pasti tidak akan membuatkan kebanyakan pengusaha panggung gulung tikar. Cuma panggung akan terasa sepi dengan ketiadaan filem-filem dari Hollywood. Secara peribadi, saya memang agak kecewa dengan keadaan ini, tapi dari sudut lain, ia mungkin mampu memberikan kesan yang positif terhadap dunia perfileman tempatan kita".
Deddy Mizwar (Pelakon)
"Saya percaya masih banyak lagi filem-filem import lain yang berkualiti selain datipada filem-filem Hollywood yang diedarkan oleh MPA. Malah, waktu berdepan dengan zaman revolusi dulu, rakyat memang tidak berpeluang untuk menonton filem barat. Jadi, ianya bukan satu masalah yang besar buat kita semua. Namun, tindakan yang dibuat oleh MPA seolah-olah seperti mahu mengadu domba di antara pihak pemerintah dengan rakyat".
Terry Putri (Hos TV)
"Kalau filem Hollywood sudah tiada di panggung Indonesia lagi, itu tidak menjadi masalah. Sebab, saya boleh terbang ke Singapura untuk menonton filem Hollywood di sana. Lebih puas lagi menonton filem Hollywood di layar lebar berbanding DVD. Lepas menonton, boleh jalan-jalan di sekitar Kota Singapura nanti".





.jpg)
.jpg)



