Erra Fazira Tak Layan Gosip Suami Curang

berita | Tempatan

Erra Fazira Tak Layan Gosip Suami Curang

addthis kongsi icon

Teks Oleh:zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR 31 JAN 2011: Enggan bertindak melulu dan mempercayai gosip suaminya, Engku Emran yang dikatakan bermain kayu tiga, penyanyi dan aktres jelita Erra Fazira sebaliknya lebih senang berdiam diri dan menantikan kesahihan berita tersebut.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, ibu kepada Engku Aleesya ini enggan mempercayai cerita berkenaan selagi tanpa diberikan sebarang bukti.

"Saya tak nak bertindak tak tentu pasal. Memang saya pernah dengar cerita ini dan selagi tak ada bukti saya tak mahu ambil serius. Bukan apa, pengalaman sudah mengajar saya bahawa cerita seumpama ini boleh direka-cipta.

"Kalau saya percaya terus, ia akan membuatkan hubungan kami bermasalah. Wujud pula pergaduhan dan sebagainya. Jadi yang terbaik ialah tunggu bukti, kalau ada bukti barulah saya akan bertindak," katanya ketika diminta mengulas mengenai khabar angin suaminya yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja.

Sebelum ini, gosip berhubung rumah tangga pasangan popular berkenaan pernah bertebaran, bagaimanapun kemudian hilang seketika. Namun berita berkenaan mula bertiup semula, memandangkan kelibat kedua-dua pasangan itu jarang ditemui bersama.

Malah jelas Erra, dia tidak mahu memeningkan kepalanya hanya untuk memikirkan perkara tersebut kerana fokus kehidupannya kini hanya tertumpu kepada cahaya matanya saja.

"Malas nak fikir macam-macam. Bagi saya, anak adalah sumber kekuatan saya untuk terus hidup. Dia penyeri, dialah segalanya dan fokus saya lebih padanya. Anak semakin membesarkan jadi tumpuan hanya pada dia dan segala benda lain akan kita lupakan.

"Daripada saya melayan gosip liar sebegini yang boleh membuatkan kami suami isteri bergaduh, adalah lebih baik saya diamkan saja. Sebaliknya jika ada bukti barulah saya akan bertindak," katanya yang juga sudah bersedia untuk memiliki anak kedua.

Mengharapkan yang terbaik pada rumahtangganya, pelantun lagu Pertemuan ini berkata, sebagai insan biasa, dia bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal menghampirinya.

"Apabila kita sayang seseorang itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kita semua sedia maklum segala makhluk yang hidup akan mati jua akhirnya dan itulah putaran kehidupan. Jadi apa yang akan terjadi masa depan saya nanti, saya bersedia untuk menghadapinya," ujarnya dengan penuh kerelaan.

Komen-Komen | 14

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





kepada k.erra,hrp jgn tlalu tertekan dgn bnda ni.percaya kpd jodoh yg telah dtntukan oleh Allah.Jika dtkdirkan,suami jodoh akak,smpai hujung nyawa dia ttap akn jdi suami akak tp jika sbliknya,Allah lbih mgetahui mn yg tbaik utk akak.
min - 3-Feb-2011

hrp erra sentiasa bersikap pro dan tk melatah..aminn
wynona - 2-Feb-2011

harap2 ini cuma gosip je..kuatkan iman erra..tk de manusia yg sempurna tp selagi tmampu,jaga anak n suami sebaik mungkin..hidup kita tk lepas dr ujian..hadapinya dgn bijak & tenang disamping berdoa pd allah
nona - 2-Feb-2011

to ida..aku pun sibuk gak laki bini keje dr pagi balik dah senja,tp alhamdulillah,ok je ngan anak2 sumer..tp kalo laki jenis tk guna,bini dok umah pun dia bole carik pompuan lain..yg penting muafakat n tau tanggungjawab masing2..
nona - 2-Feb-2011

banyak2 bersabar dan jangan cepat pangaruh mulut orang yang xsuka tengok kamu bahagia.saya doakan rumah tangga kamu kekal selamanya demi alesya.
princesskathy - 2-Feb-2011

1 2 3