Azlin: Sah! AF9 Adalah AF Yang Terakhir

af9 | Cerita

Azlin: Sah! AF9 Adalah AF Yang Terakhir

addthis kongsi icon

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2011: Desas-desus mengatakan bahawa Akademi Fantasia 9 (AF9) bakal menjadi program realiti AF yang terakhir sudah pun terjawab pada sewaktu majlis pelancaran pengumuman AF9 berlangsung di Restoran Delicious, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, petang tadi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi mengesahkan bahawa program realiti hiburan itu tidak akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Penganjuran AF yang terakhir bukanlah disebabkan faktor SMS yang kurang mendapat sambutan. Malah, ia juga tiada kena mengena dengan faktor bajet tinggi atau pun rating TV. Keputusan ini dibuat disebabkan kami mahu cuba membuat program baru yang lain.

"Untuk pengetua, setakat ini saya tidak boleh memberi sebarang komen. Namun, sekiranya dia adalah bukan orang Malaysia, ianya bukanlah disebabkan kami memandang orang tempatan kurang berbakat besar.

"Yang penting sekarang, segalanya masih belum ada keputusan muktamad lagi sama ada pengetua adalah orang Indonesia atau pun Malaysia," katanya kepada murai.com.my.

Azlin turut mengumumkan bahawa musim AF yang terakhir ini juga akan menampilkan kelainan yang mana, ia bakal menggamit nostalgia AF dari musim pertama sehingga musim ke-8 tetapi uji bakat AF9 juga nanti buat pertama kalinya akan dibuat secara online.

Menurut Azlin, uji bakat ini dibuat kerana pihaknya mahu memberikan peluang kepada mereka yang berada di luar kawasan lokasi uji bakat untuk turut sama menyertainya.

"Kami mahu lebih ramai lagi yang menyertai uji bakat ini. Sebab itulah kami mengadakan uji bakat secara online bermula 13 Januari 2011 ini. Bagi yang melepasi uji bakat online nanti, mereka tidak perlu berdepan dengan ujian stage pertama.

"Sebaliknya, mereka perlu menjalani stage kedua hingga keempat di 2 lokasi uji bakat kami iaitu Sabah dan Kuala Lumpur. Konsep uji bakat ini juga membuktikan kami menyokong teknologi terkini.

"Setakat ini, juri yang terlibat untuk 2 lokasi uji bakat kami ini nanti adalah Cikgu Shafi, Cat Farish dan Edry Hashim. Bagi peserta yang mahu menyertai uji bakat secara online pula, kami harap mereka tidak tipu dari segi wajah, butir dan vokal," ujarnya.

Lokasi uji bakat:

Sabah: Hotel Promenade, Kota Kinabalu/28, 29 dan 30 Januari 2011
Kuala Lumpur: Stadium Nasional, Bukit Jali/11, 12 da13 Februari 2011

Anda boleh menghantar video uji bakat anda secara menerusi langkah- langkah dibawah:

  1. Pilih lagu yang di senaraikan di laman web ini.
  2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
  3. Muat naik video anda di www.youtube.com
  4. Muat turun borang uji bakat yang terdapat di laman web ini.
  5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
  6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.
  7. Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.
  8. Tempoh uji bakat secara ONLINE, 13 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011

Untuk maklumat lanjut, layari www.akademifantasia.com.my

Syarat uji bakat:
1. Peserta lelaki dan wanita
2. Umur 18-45 tahun (pada Januari 2011)
3. Terbuka buat warganegara Malaysia, Singapura dan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: