Krisdayanti: Raul Bakal Umum Tentang Perkahwinan

berita | Luar Negara

Krisdayanti: Raul Bakal Umum Tentang Perkahwinan

addthis kongsi icon



JAKARTA, 27 DIS 2010: Hubungan penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti atau KD dengan teman lelakinya, Raul Lemos kini sudah tidak mempunyai apa-apa halangan lagi.

Ini kerana setelah menanti dengan begitu lama untuk Raul memiliki status sebagai seorang duda, impian KD yang selama ini dituding sebagai perampas suami orang itu akhirnya tercapai juga.

Sebabnya, Raul secara rasminya telah sah menjadi duda.


"Ya, pada tanggal 21 Disember, Raul telah rasmi berpisah dengan isterinya. Ya, memang prosesnya memang cukup lama dan setiap perpisahan itu pastinya akan membawa hikmah," katanya sewaktu ditemui di The Plaza Semanggi, Jakarta sempena konsert Harmoni yang dijayakannya.

Perpisahannya itu sememangnya melegakan hati bekas kepada janda komposer dan penyanyi Anang Hermansyah ini. Namun, KD mengakui tidak mahu campur tangan dengan masalah Raul dengan mantan isterinya. Apa saja kesepakatan di antara mereka, KD tidak mahu ambil tahu.

"Ya, saya tidak mahu ambil tahu tentang kesepakatan yang telah di ambil di antara Raul dengan mantan isterinya, tapi buat saya dia pastinya adalah calon lelaki yang mampu membimbing saya dengan baik," katanya.


"Harapan saya, dia mampu menjalani proses menuju ke arah kedewasaan bersama-sama dengan saya kerana kami pernah melalui kondisi dalam melalui trauma yang sama

"Jadi kondisinya, tubuh kita, jiwa kita, sudah lahir menjadi jiwa yang pemaaf. Jadi kami merasakan segalanya adalah sesuatu yang menjadi jauh lebih ringan," sambung ibu dua anak ini.

Lalu, bila KD dan Raul akan bernikah?

KD sambil tersenyum memberitahu: "Ya, Insya Allah, Januari nanti Raul akan menjelaskan ke mana arahnya hubungan kami nanti," jawabnya lagi.

Komen-Komen | 13
Hantar Komen Anda
mmg jodoh d tangan allah tp masa suntik botok ingat kah dia padaNYA?
tompok - 28-Dec-2010

jodohhh???????????apsal jodoh dorang mesti cerai bini dulu pastu sebulan terus kahwin..jodoh d rancang @ jodoh kerana $$$$$$$
c3 - 28-Dec-2010

aku setuju dgn sardine 10000000000%..dah buat onar rmah tangga org,kalau Dato K tu penoreh getah & c raul tu jual ikan nak ke dorang..tepuk dada tanya selera la
kiroro - 28-Dec-2010

astinie:kalau anda di tempat isteri yang suaminya di rampas apa perasaan anda???kalau t'kena batang hidung sendiri baru tau apa rasanya..mmg jodoh d tangan tuhan tp kita sbg manusia perlu menilai sblum bertindak
sardine - 28-Dec-2010

dasar perampas suami orang.yang si lelaki tu pun lemah sangat.macam mana nak jadi pembimbing?orang lelaki memang ramai yang begini kan..tak de tanggung jawab.kat malaysia pun ramai yang mudah tergoda.perempuan indonesia memang jahat2 kan??
siti - 27-Dec-2010

1 2 3