Rumah Hadiah Perkahwinan Buat Rebecca Nur Islam

berita | Tempatan

Rumah Hadiah Perkahwinan Buat Rebecca Nur Islam

addthis kongsi icon

Teks: zyzamani
Foto: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR 10 DIS 2010: Setelah menyulam cinta selama tiga tahun, akhirnya hati aktres Rebecca Nur-Al Islam telah terbuka untuk menerima lamaran duda anak dua, Nor Azam Datuk Sulaiman sebagai pasangan hidupnya.

Memilih tanggal 14 Januari 2011 untuk mengakhiri noktah cinta mereka, Rebbeca terharu dan gembira apabila dipertemukan Ilahi bersama duda berusia 42 tahun itu.

"Alhamdulillah setelah tiga tahun mengenali dia, saya terbuka hati untuk menerima lamarannya. Sikapnya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak-anak dan diri saya membuatkan hati saya terpaut. Saya yakin dia yang terbaik untuk saya," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya di butik Harrods, KLCC.

Dilamar pada 25 Ogos 2010 yang lalu, kata aktres berusia 24 tahun ini, pengumuman perkahwinan tersebut diharapkan mampu melupuskan khabar angin yang mengatakan cintanya milik golongan VIP ataupun Datuk.

"Bakal suami saya hanyalah seorang peguam dan bukan seorang Datuk atau golongan VIP yang acapkali diperkatakan. Harapan saya dengan pengumuman ini akan menutup segala spekulasi yang sering kali melanda diri saya," katanya tenang.

Malah katanya, sebelum ini dia lebih selesa menyembunyikan identiti teman lelakinya kerana khuatir percintaan yang dibina terlerai di tengah jalan.

"Dulu orang tanya, saya tak suka nak dedah siapa teman lelaki saya sebab kita tak tahu sama ada percintaan itu akan berakhir dengan perkahwinan atau tak.

Macam-macam boleh berlaku jadi eloknya saya rasa lebih baik saya tak beritahu siapa teman lelaki saya. Apabila dah pasti, seperti hari ini saya umumkan kepada semua siapa bakal suami saya," tegasnya.

Teruja membilang hari istimewanya itu, jelas anak ketujuh daripada lapan beradik ini, dia sudah bersedia untuk menempuhi fasa baru dalam kehidupannya sebagai isteri serta ibu tiri kepada anak-anak Nor Azam.

"Saya sendiri dah ada anak angkat, Nor Adam Daniel jadi saya dah biasa dengan kehidupan seorang ibu. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua anaknya.Tentang cabaran dalam rumahtangga, biasalah pastinya akan ada pasang dan surut serta cabaran, tapi saya yakin mampu mengendalikannya dengan sempurna," katanya yang tidak akan berhenti berlakon selepas mendirikan rumahtangga.

Malah jelas Rebecca, dia bersyukur dan berterima kasih kepada bakal suaminya kerana menghadiahkan sebuah rumah buat dirinya sempena perkahwinan tersebut.

"Dia mengotakan janji mahu membeli rumah sebagai hadiah perkahwinan kami. Rumah itu masih lagi dalam proses ubahsuai kerana lokasi pernikahan kami kelak akan diadakan di rumah tersebut," ujarnya yang memilih London sebagai destinasi berbulan madu.

Berbicara mengenai perkahwinannya kelak, Rebecca sambil tersenyum memberitahu, perkahwinannya itu akan akan diadakan selama tiga hari.

"Saya akan bernikah pada 14 haribulan Januari di Ampang, sehari selepas itu kami akan bersanding di Hotel Flamingo dan keesokkan harinya,kami akan mengadakan resepsi di Menara Kuala Lumpur," katanya.

Komen-Komen | 14

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





dah selalu sgt tayang tubuh badan.. elok2 lah kawin... nampak sgt galaknye....
abc - 13-Dec-2010

sya tk kenal dia ni tp apa2 pn smoga bhagia keakhr hyat..tp bila kata"Dia mengotakan janji mahu membeli rumah sebagai hadiah perkahwinan kami"..i nk jugak mcm tu dpt "request" hadiah!-"ni tngh curious"!@ 'maaf'!if dia tk kasi..nk tk!?$%^#@@!
NakTau - 13-Dec-2010

kl0 de j0doh adela...wtpe nk tak0t trlerai r ape la... 3rd:dye ckp laki sy hnyela pguam...aii cm nk yg lg kaye je?? 4th:s0al rmh 2...dye ckp bkl suami dye k0takan jnji...nmpk sgt yg dye ttpkn syarat b4 kawen ngan dye... laz:bkn men kawen bgai nk rak.
ape cer?? - 13-Dec-2010

byk prs0alan tmbul.... 1st:bkl husband dye 2 ank datuk...bknke dkire g0longan vip gak 2?? 2nd:dia ckp dia lebih selesa smbunyikn identiti bkal suami dye 2...knpe prlu smpai cm2 skli?? tak0t kna rmpas ke??nmpk sgt cm ade kpntingn laki 2 pde dye...
ape cer?? - 13-Dec-2010

alaa dah jodoh dia dgn org tu nak buat cammana...jodoh kan ditangan tuhan...tapi kalau duda miskin nak kaa dia kawin...hehehe renung renungkan
adik tiri miss propa - 12-Dec-2010

1 2 3