Kenangan Jawapan Arwah Din Beramboi Di Era Sangat Lucu!

berita | Tempatan

Kenangan Jawapan Arwah Din Beramboi Di Era Sangat Lucu!

addthis kongsi icon


Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 2 DIS 2010: Pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali dengan nama Din Beramboi memberikan kejutan yang besar buat penggiat seni tempatan. Malah, gelak tawa lucu arwah masih lagi terngiang-ngiang buat peminat setia arwah yang menjadi pasangan pengacara Aznil Hj Nawawi untuk slot Pagi Di Era FM.

Apapun, hari ini genaplah 8 bulan arwah meninggalkan kita. Namun, penglibatan arwah masih lagi diingati sehinggakan banyak kenangan lama peninggalan arwah masih lagi menjadi bahan arkib Era FM.

Berkongsi sedikit kenangan bersama arwah, produser web Era FM, Raja Faraadiana Raja Muzaffar atau Fara secara eksklusif telah melampirkan sekeping kertas yang tertera beberapa soalan yang perlu dijawab arwah sewaktu arwah mula bekerja di Era FM.

"Soalan ini adalah soalan yang dijawab arwah pada hari kedua dia bekerja di Era FM. Soalan yang sama turut dijawab oleh penyampai Era yang lain termasuklah Pak Nil. Namun, jawapan yang diberikan arwah dilihat lebih kreatif.

"Jawapan-jawapan arwah ini pernah disiarkan di laman web Era FM. Namun, ini adalah jawapan sebenar yang ditaip sendiri arwah selepas dia tamat mesyuarat dengan Nazri Noran (bos besar Era)," ujar Fara.

Berikut adalah soalan dan jawapan tersebut:

Apakah yang akan anda ucapkan sekiranya diberi peluang berucap pada perhimunan sekolah lamaanda?
Tak berminat untuk berucap walaupun berbayar (Tapi, saya ingin ke sekolah semula untuk memulangkan buku pinjaman sekolah yang terlupa nak dikembalikan tu!)

Kekecewaan masa lampau yang telah anda atasi ialah...
Dapat berduet dalam satu album bersama penyanyi pujaan.

Perkara paling nakal yang pernah anda lakukan di sekolah dulu...
Makan nasi lemak di bawah meja dengan kawan. Sedap betul, walaupun bawah meja yang sempit! Emak kawan saya tu pandai betullah masak nasi lemak!

Buku cerita/novel apakah yang MESTI remaja baca sebelum meningkat dewasa?
Siri bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis

Siapakah superhero yang menjadi idola anda sewaktu zaman kanak-kanak dulu?
Faizal Tahir! Ha! Ha! Ha!

Sekiranya anda tidak bekerja di konti radio, apakah pekerjaan lain yang mungkin anda lakukan?
Pengurus besar AMP, itupun kalau Kudsia Kahar atau Jakeman dah pencenlah..mana boleh lawan tokei!

Komen-Komen | 7
Hantar Komen Anda
lawak nyer yg spontan menyebabkan saya gelak berdekah2..walupun din sudah tiada tapi lawak2 nya masih segar dn dia punyer cara tersendiri ..al fatihah utk arwah.
sabsit - 2-Dec-2010

Semua ingat satu perkara ganjil, yang dia hendak Alex ganti dia di radio Era
peminat - 2-Dec-2010

alfatihah..buat arwah din beramboi,lawaknya tidak dapat ditandingi mana-mana pelawak harini.
kak zah, Putrajaya - 2-Dec-2010

lawak dan kata kata arwah sentiasa membuat kite ketawa..aida sentiasa merindui lawak jenaka arwah sb pepagi dh dengar arwah bersama pak nil...
aida - 2-Dec-2010

penghuni2 syurga mesti gembira dgn lawak2 dia ;)
noname - 2-Dec-2010