MM Raziff-MM Ariz Bakal Ke Final MM?

muzik | Pentas

MM Raziff-MM Ariz Bakal Ke Final MM?

addthis kongsi icon

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPURm 27 OKT 2010: Persembahan pembukaan pencak silat dari juri dan penasihat Mari Menari (MM), Zulhuzaimi pada Malam MM minggu yang kedua bukanlah sesuatu yang boleh disifatkan sebagai luar biasa atau berada di luar jangkaan.

Ini kerana sebelum ini pun, pelakon kacak tersebut pernah menampilkan persembahan yang serupa dalam drama mahu pun teater yang melibatkan dirinya. Namun, tidak dapat dinafikan langkah Zulhuzaimi menerusi persembahan tersebut benar-benar mengkagumkan penonton, lebih-lebih lagi bila dia menampuilkan gerakan yang tajam persis seorang pahlawan.

Apapun, pasangan yang mendapat perhatian ramai pada minggu pengenalan MM iaitu pasangan Jaya-Shoba telah diberi penghormatan untuk memulakan persembahan pada minggu ini menerusi lagu Joget Toleh Menoleh yang dipopularkan oleh kumpulan Senario.

Bagaimanapun, persembahan mereka boleh dilabelkan tidak sebaris dengan populariti yang diterima pasangan ini kerana langkah mereka tidak mengikut tempo lagu tersebut dan agak berterabur. Pun begitu, penonton nyata terhibur dengan jenaka yang dipersembahkan oleh Jaya. Malah, boleh dikatakan dia lebih mendapat perhatian berbanding pasangannya Shoba yang juga anaknya kerana telah melakar sejarah dengan menyertai MM pada usia yang sudah mencecah 60 tahun.

Seterusnya, pasangan yang mengalami tekanan emosi pada minggu tersebut gara-gara anak sakit adalah pasangan Yat hingga ia mengheret mereka ke dalam kancah persembahan yang kurang memuaskan. Apa tidaknya, cara gerak tari yang ditonjol Yat kurang lembut dan reaksi wajanya tiada feel. Malah, penulis dapat melihat senyuman yang diberikan Yat seperti dibuat-buat. Mungkin, Yat tidak dapat membuang masalah anaknya sakit dalam persembahannya itu.

Pasangan Zarin pula dilihat seperti bukan peserta amatur MM kerana gaya yang ditampilkan pasangan ini saling tidak tumpah seperti penari profesional. Lebih-lebih lagi pada si suami iaitu Fazizul yang wajahnya kerap kali mengiringi persembahan artis terutama sekali menerusi konsert Akademi Fantasia.

Apapun, purata persembahan pasangan Zarin tidak menonjol kerana isterinya iaitu Zarin agak takut-takut dan selalu sangat melihat ke bawah. Mungkin juga Zarin terlalu berhati-hati dan mengira langkah untuk bergerak. Di sebabkan inilah juga, pasangan ini hampir terjatuh pada akhir persembahan mereka.

Pasangan adik-beradik iaitu MM Nita ternyata menghiburkan dan sekali pandang mereka ini boleh diibaratkan pro kerana kareografi yang diberikan kepada pasangan ini telah dilakukan dengan begitu baik sekali. Tambahan pula, mereka dapat menghayati setiap detik gerak tari itu dengan baik walaupun pada sesi latihan mereka sering bertelagah idea.

Pun begitu, penulis dapat melihat si kakak Nita begitu teragak-agak dengan gerakannya dan ia dikaburi dengan kelincahan adiknya, Fadzli yang begitu bersemangat menari. Namun, stamina yang ada pada Fadzli kurang memuaskan kerana pada pertengahan hingga akhir, dia dilihat sudah kelihatan pancit dan tercungap-cungap.

Pasangan yang tersingkir pada minggu ini iaitu pasangan Shai terpaksa akur dengan keputusan berkenaan, lebih-lebih lagi bila si isteri iaitu Rafidah sering saja terlupa step tariannya. Namun, Shai mampu menutup kelemahan isterinya itu dengangaya joget yang bersahaja dan santai. Shai turut menampilkan karektor yang dingini dalam lagu tersebut.

Jika pasangan Yat bersedih dengan anaknya yang sakit, pasangan Zul pula bersedih kerana terpaksa berpisah seketika dengan ibu Zul yang baru saja berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu haji. Namun, mereka yang mendapat undian tertinggi sebelum menjelang malam MM tetap mempamerkan persembahan yang menghiburkan.

Pun begitu, penulis melihat persembahan mereka berterabur dan kareografi yang diberikan pada mereka langsung tidak sesuai dengan lagu. Mungkin gerak tari yang direncanakan itu bersesuaian pada peserta yang betul-betul boleh menari saja.

Siaran langsung Malam MM tambah havoc dengan persembahan yang ditampilkan pasangan Rosdi si abang lori. Walaupun mereka bukanlah pasangan yang betul-betul handal menari tetapi persembahan mereka tetap mencuit hati.

Sekalung pujian buat mereka kerana penulis melihat gerakan mereka sama dan seiring dari mula persembahan sehinggalah ke akhir. Ia disokong dengan pendapat juri profesional iaitu Joseph Ganzelos yang mengatakan bahawa kareografi yang diberikan pada pasangan ini cukup kreatif. Tahniah buat Ray yang bertindak sebagai kareografer mereka pada minggu tersebut.

Sungguhpun pasangan Fahmi boleh dikategorikan sebagai penari profesional tetapi persembahan mereka agak mengecewakan kerana kareografi yang dipamerkan agak membosankan. Namun, penulis merasakan mereka mampu menari dengan baik dengan postur yang lebih tajam. Pun begitu, isteri Fahmi iaitu Norazlin masih berkira-kira langkah.

Mungkin Azlin perlu lebih banyak belajar dari Fahmi yang kelihatan bersahaja menari. Apapun, pasangan ini memerlukan aura dan kareografi yang lebih kreatif untuk memikat hati penonton.

Pasangan Dita dilihat terlalu over dalam menari. Penulis dapat melihat pasangan ini terlalu mencuba untuk menjadi yang terbaik sehingga mencacatkan persembahan mereka dengan tempoh yang bercelaru. Malah, tarian mereka dilihat tiada penghujungnya. Kenapa boleh jadi sebegini?

Masalah yang timbul pada pasangan Masri pula dilihat sama seperti pasangan Dita iaitu menari tidak mengikut tempo. Lenggok tari yang diperlihatkan tidak seiring dengan lagu Lancang Kuning yang begitu bertenaga dan ada dinamik. Oleh kerana itu, penulis menilaikan persembahan mereka sebagai lembik dan tidak bermaya.

Pasangan tentera iaitu Ariz dan isterinya Rasyikah kembali menggamatkan pentas Malam MM dengan persembahan yang memukau. Gerakan mereka sangatlah bertenaga dengan menguasai pentas dengan baik. Namun, mereka hampir pancit pada akhir persembahan. Pun begitu, jika ini bukanlah program MM, mesti ramai menyangka mereka bekerja sebagai penari dan bukanlah sebagai tentera.

Kehangatan malam itu diteruskan lagi dengan persembahan yang memikat dan menonjol dari pasangan Raziff dan isterinya Alia. Penulis tidak dapat mencari kelemahan mereka kerana gerak tari dan ekspresi mereka tersangatlah bagus. Ia dipersetujui Joseph yang menyatakan produksi kareografi yang diberikan pada pasangan ini sangat mantap.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti informasi-informasi terkini dan pelbagai kandungan muat turun menarik mengenai peserta-peserta Mari Menari dengan hanya melayari laman web rasmi Mari Menari di www.astro.com.my/marimenari & www.facebook.com/marimenari & www.twitter.com/marimenari

SMS: Taip MM atau MM<3/5/10/20> untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999; Contoh: MM5 ke 32999

kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

Komen-Komen | 12

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





ariz N syika bezZZZZZZZZZZZZZZZZZ
oioi_94 - 29-Nov-2010

peh sy sokong mm ariz... best wok...psngan yg same pdn
bidbid - 27-Nov-2010

alarh..mmg COMFIRM yg MM Raziff n MM Ariz akn ke final..x caye..tunggu jer...
dani04 - 25-Nov-2010

psgn razif mmg lyk ke final
farah - 22-Nov-2010

saya mmg meramalkan razif dan ariz yg akan layak ke final MM . .
neena - 19-Nov-2010

1 2 3