Nouri Tekad Tidak Mahu Kembali Menyanyi

gosip | Gosip kita

Nouri Tekad Tidak Mahu Kembali Menyanyi

addthis kongsi icon

KL, 22 SEPTEMBER 2010: Seronok betul Murai Batu dengar perkhabaran yang dibawakan oleh beberapa wakil media yang telah diundang ke sambutan ulang tahun pertama Hard Rock Hotel Penang hujung minggu lalu.

Mana tidaknya, pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak tuan rumah dari siang hinggalah ke lewat malam sebagai satu cara menghargai sokongan tidak berbelah-bagi di kalangan pengunjung hotel bergaya tepi pantai berkenaan.

Apa pun Murai Batu difahamkan, salah seorang pengunjung yang telah turut sama memeriahkan acara berkenaan adalah penyanyi Nouri Ramli yang pernah popular dengan irama Latin suatu ketika dulu.

Kalau tak silap Murai Batu dia pernah memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia. Kemudian namanya sepi begitu saja, tanpa sebarang khabar berita.

Walau apapun Nouri, janganlah tersinggung atau tersentap bila Murai Batu menulis pasal Nouri, sebab Murai Batu percaya mungkin ramai penggemar industri muzik tempatan yang ingin tahu perkembangan terkini Nouri.

Daripada perkhabaran yang Murai Batu dengar, Nouri masih seperti dulu. Orangnya cantik, kulitnya halus, tubuhnya langsing dan genit dan ramah-tamah. Khabarnya, ligat juga Nouri menari kala muzik rancak dimainkan. Maklum sajalah, namapun penyanyi lagu rentak Latin.

Murai Batu dengar juga, Nouri kini sedang berbahagia dengan perkahwinannya bersama seorang jejaka penyayang. Bukan Mat Salleh atau saudagar kaya dari Timur Tengah, tapi pilihan hatinya adalah jejaka Melayu.

Kata Nouri, "biarlah dia tak kacak tapi hatinya baik. Bila Nouri sakit, dialah yang selalu menjaga Nouri. Susah nak jumpa lelaki seperti ini pada masa sekarang". Alamak cemburu pula Murai Batu dengar.

Khabarnya juga, Nouri kini tidak mahu kembali aktif sebagai penyanyi rakaman kerana tidak sanggup berhadapan dengan pelbagai gossip dan kontroversi yang dianggapnya tidak tepat, apatah lagi adakalanya menjatuhkan maruahnya.

Amboi, ini nasihat Murai Batu kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Jadi pilihan Nouri untuk terus berhenti menyanyi sememangnya tepat sekali. Lagipun keputusan itu adalah kerelaan hatinya. Tiada paksaan daripada sesiapa.

Cuma Murai Batu kesal, kerana sekarang ini tidak ada lagi penyanyi sebagus Nouri yang bukan saja boleh menyanyi dan menari, tapi bergaya hebat. Bagi Murai Batu Nouri miliki gaya citarasa bak penghibur antarabangsa. Propa tak Murai Batu?

Daripada khabar sah yang Murai Batu dengar, Nouri kini sedang sibuk mengusahakan perniagaannya iaitu sebuah perniagaan pemakanan berkhasiat daripada susu lembu yang diimport jauh nun dari New Zealand.

Wah, wah, wah. Sejuk hati Murai Batu dengar. Setidak-tidaknya Nouri membuat pilihan yang tepat. Walaupun tidak lagi menyanyi, tapi tetap aktif berniaga apatah lagi Murai Batu difahamkan pendapatan bulanan daripada perniagaannya itu sangat menguntungkan.

Syukurlah. Murai Batu tumpang bahagia.

Apapun Nouri, Murai Batu bagi pihak Murai.com.my ingin mengucapkan selamat maju jaya dan rajin-rajinkanlah menghubungi Murai Batu bila berpeluang membaca serlahan rasa Murai Batu ini.

Murai Batu: Percaya dengan pilihan kedua atau ketiga. Kerana adakalanya pilihan pertama itu pahit untuk ditelan.

Komen-Komen | 6

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





nouri ni sape? x knl la... die glamer lagu ape?
safe - 22-Sep-2010

1 2