Teks Oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 9 SEPT 2010: Biarpun tahun ini merupakan tahun kedua Primadona Melayu, Erra Fazira menyambut lebaran bersama cahaya matanya, Engku Aleesya Engku Imran. Namun kali ini dia nyata lebih teruja menyiapkan segala persiapan raya untuk puteri kecilnya itu yang kini sudah menjangkau usia satu setengah tahun.
"Memang excited! Kalau tahun lalu saya tak dapat pakaikan dia baju kurung kerana dia masih kecil, tapi kali ini saya akan pastikan Aleesya memakai baju kurung pada pagi raya.
"Baju raya Aleesya untuk raya tahun ini semuanya ada 6 pasang termasuk baju gaun dia. Saya memang suka tengok baby perempuan. Semuanya nampak comel-comel dan saya sendiri tidak akan teragak-agak untuk membelinya
"Lagipun saya tidak akan manjakan Aleesya dengan barang-barang branded cukuplah kalau ianya memberi keselesaan pada Aleesya bila dia memakainya,"kata Erra.
Erra yang akan hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja pada tahun ini bagaimanapun telah memilih lebih daripada satu warna tema sempena sambutan raya tahun ini.
"Biasanya Erra akan pakai baju tema yang sama dengan suami dan anak tapi bukan boria. Masing-masing termasuk suami saya ada empat warna tema semuanya iaitu kuning, merah jambu, hijau dan royal blue.
"Bezanya untuk baju raya Imran, dia sendiri yang akan mencari dan membelinya kerana dia mahukan begitu supaya baju itu mengikut cita rasanya.
"Memandangkan tahun ni giliran saya untuk beraya bersama kelurga suami, saya akan beraya di sini sahaja kerana tahun ni semua keluarga mertua di Penang akan datang ke Kuala Lumpur beraya di sini.
"Jadi pagi raya itu saya akan bersama dengan keluarga Imran kemudian dalam tengah hari baru saya sekeluarga akan ke rumah mak saya di Gombak," jelasnya lagi.
Erra yang mengorbakan korbankan raya keduanya itu untuk bersama program pagi di TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) itu sempat lagi memberikan ucapan raya untuk semua pembaca portal murai.com.my.
"Saya ingin menyusun jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua dan harap semua dapat meraikan hari raya ini dengan kesyukuran dan kegembiraan hendaknya," ucapnya.





.jpg)
.jpg)



