Imam Muda Dilihat Sudah Mula Hilang Arah?

vaniti | Spotlight

Imam Muda Dilihat Sudah Mula Hilang Arah?

addthis kongsi icon

Media Galeri

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Photography

Penerbitan program Imam Muda yang telah disiarkan di Astro Oasis mendapat perhatian ramai. Malah, ada kajian mendapati, respon yang diterima Imam Muda sama seperti di awal kemunculan program realiti TV paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia (AF).

Namun, ada juga suara sinis yang menganggap bahawa masih terlalu awal untuk mengangkat Imam Muda ke tahap yang setinggi ini. Tiodak kurang juga yang beranggap bahawa program Imam Muda sudah nampak hilang arah sehingga ia disifatkan program komersil saja.

Apa kata pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar tentang isu soalan yang dibangkitkan terhadap Imam Muda ini? Dengarkan jawapan eksklusif Izelan...

MURAI: Selepas kejayaan Imam Muda, adakah Astro Oasis akan teruskan usaha menerbit program ini?

IZELAN: Insya-Allah, kami akan terus menerbitkan Imam muda ini. Pertama, ia program yang amat berkesan untuk menarik golongan remaja dalam mendekati agama. Selain itu, ia juga memberi pengajaran kepada penonton. Kedua, Imam Muda telah pun memecah tradisi dengan menarik minat pihak media antarabangsa memahami Islam dengan lebih dekat lagi. Ketiga, sememangnya ramai pemimpin muda yang begitu ramai serta mempunyai bakat perlu diketengahkan terutama sekali dari sudut ilimiah di negara ini.

MURAI: Selaku penggerak dan pengurus saluran Astro Oasis, apa komen Izelan apabila ada segelintir pihak berpendapat bahawa lahirnya Imam Muda hanyalah untuk tujuan komersil saja?

IZELAN: Dari mana komen ini datang? Kalau berdasarkan komen-komen di Facebook Imam Muda yang telah mencecah hampir 114, 000 peminat, tidak ada pula komen mengatakan Imam Muda bersifat komersil. Kalau benar ia diterbitkan untuk tujuan komersil, sudah tentu awal-awal lagi kami telah menetapkan undian SMS.

Seperti yang telah dimaklumkan pada sidang akhbar, tujuan utama Imam Muda adalah untuk memartabatkan status Imam dan mendekatkan agama kepada remaja kita. Saya rasa tujuan itulah yang menepati sasaranya apatah lagi ia telah meletakkan nama baik Malaysia dan Islam di mata dunia.Untuk mengetahui kebenaran ini, kita hanya perlu ke google dan yahoo dan taip Imam Muda. Anda boleh saksikan sendiri liputan luas dan positif untuk program ini.

MURAI: Apakah perancangan selanjutnya untuk pemenang Imam Muda serta finalis yang lain?

IZELAN: Insya-Allah dengan izin Allah, banyak program yang melibatkan kesemua 10 imam muda bakal kami terbitkan. Antaranya, Takbir Raya Imam Muda, Zikir Munajat Imam Muda dan Pesanan Imam Muda. Ada hampir 5 lagi program terbaru Astro Oasis yang akan melibatkan imam muda di bulan mendatang ini. Itu semau ada dalam perancangan kami.

MURAI: Adakah anda terima, setiap Imam Muda dianggap selebriti dan tahapnya sama seperti bintang Akademi Fantasia?

IZELAN: Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Apa yang penting, semua finalis Imam Muda ini diminati ramai terutama mereka yang kehausan isu-isu ilmiah. Sama ada secara kebetulan atau tidak, kesemua 10 Imam Muda ini tidak menang tangan untuk mengisi setiap undangan yang diterima.

Sejak brakhirnya program Imam Muda ini, hampir setiap hari Imam Muda mendapat jemputan memimpin solat sama ada solat Fardhu atau pun solat terawih di masjid-masjid dan surau surau di seluruh negara. Apa yang paling menarik, Imam muda turut mendapat jemputan memimpin solat terawih di sebuah masjid di Amerika Syarikat. Imam muda turut terlibat dengan tazkirah dan ceramah di pejabat korporat, sekolah, masjid dan surau di serata Malaysia.

MURAI: Adakah setiap Imam Muda mempunyai kontrak pengurusan yang sama seperti bintang AF?

IZELAN: Tidak. Astro Oasis hanya akan membimbing mereka ini selama 6 bulan mendatang ini dan selepas itu, kesmeua Imam muda bebas berdakwah dan bergerak serta menyambung pelajaran mereka.

MURAI: Memandangkan pemenang dan peserta Imam Mudaini mempunyai pengikut yang ramai, tidak terlintaskan untuk menerbitkan program istimewa rentetan dari kejayaan Imam Muda seperti program mengaji bersama Imam Muda?

IZELAN: Seperti saya maklumkan, kita tunggu dan lihat saja di Astro Oasis program dan kejutan yang bakal di buat Imam Muda hanya di saluran Inspirasi Sanubari.

MURAI: Selain berbakat dalam memberikan hujah-hujah berkaitan agama, kebanyakan finalis Imam Muda mempunyai suara yang bagus dalam mengaji, berzikir, azan dan berzanji. Adakah Astro Oasis mempunyai perancangan untuk menerbitkan album yang menampilkan mereka sebagai penyanyi nasyid atau qari?

IZELAN: Insya-Allah, kami akan menerbitkan album berkaitan zikir munajat, marhaban dan qasidah. Sebagai imam biarlah mereka tonjol kekuatan sebenar iaitu berdakwah dan memperbetulkan masyarakat remaja kita yang segelintirnya agak tenat ketika ini.

MURAI: Apakah program menarik yang bakal disiarkan sempena Syawal ini?

IZELAN: Seperti di makumkan di hari raya pertama dan kedua jam 10 pagi, kami akan menyiarkan program Pesanan Raya Imam Muda. Jangan lupa kita sama-sama menontonnya.

MURAI: Astro Oasis sering menjalankan aktiviti qiamullail, tidak mahukah menerbitkan program ini ke kaca TV dan khusus kepada remaja?

IZELAN: Insya-Allah, akan kami pertimbangkan pada masa akan datang.

MURAI: Siapakah ikon atau personaliti yang terbaru bagi Astro Oasis?

IZELAN: Buat masa ini tiada seseorang pun. Mungkin kami akan pertimbangkan dari kalangan Imam Muda. Insya-Allah.

Komen-Komen | 21

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Mungkin ada betul juga komen Amenk88 & Erry. Tapi saya bangga kepada pengurus saluran Astro OASIS yang mencipta rancangan Imam Muda. Inilah masanya untuk mengembangkan & memahami Islam melalui kepeminpinan. PS - Twitter/Myspace/FB saya = Dzhafqim
dzhafqimmurai - 3-Oct-2010

tetap menyokong program b'corak agama..jika bukan saluran komersial digunakan utk pencarian bakat yg m'amalkan dunia akhirat,saluran mane lg kite nk guna..
lynda12 - 3-Oct-2010

perkara elok mesti diteruskan. adat manusia perkara baik mmg nak suh stop..tp af tu masih lg diteruskan yg mmg terang2 adalah program yg menyesatkan.
suria - 2-Oct-2010

Aran comel ngan handsome la bila paakai spek !!!!
nida - 23-Sep-2010

imam muda ni lain dari program2 yg lain.. klu bab2 yg menyentuh agama rami plak yg mempertikaikan..
nash - 22-Sep-2010

1 2 3 4 5