Salam buat semua pelayar murai.com.my,
Hari ini genaplah 13 hari bagi seluruh umat Islam di Malaysia dan negara yang sewaktu dengannya khususnya Singapura, Brunei dan Indonesia menjalankan ibadat berpuasa.
Macamana dengan puasa korang setakat ini? Masih boleh bertahan lagi atau pun tak? Bagi aku, Alhamdulillah. Setakat ini masih belum lagi tinggal. Tanda-tanda bendera merah akan dinaikkan pun belum lagi nampak.
Aku harap sangat tahun ini aku akan dapat berpuasa penuh. Sebab biasalah, perempuan selalunya jarang dapat kesempatan yang macam tu. Tapi, yang aku pelik, ada juga segelintir umat Islam di negara kita ini yang malas nak berpuasa.
Aku tak faham betullah. Susah sangat ke nak berpuasa ni? Kalau disebabkan terlalu uzur, kesihatan tak mengizinkan atau melakukan kerja-kerja yang terlalu berat seperti membuat rumah atau bangunan tu, aku boleh fahamlah. Ini tidak. Saja-saja pulak tak nak puasa.
Sepanjang puasa ni jugak, aku dengan semua editor kat murai.com.my iaitu Ajieb, Thani, Ika dan Helmi sibuk menganjurkan program Yok Sahur 3 Murai Bersama Maggi yang diadakan di 3 lokasi.
Lokasi yang pertama di Rumah Nuruk Qana'ah di Taman Greenwood Gombak pada 13 Ogos 2010 dan lokasi yang kedua iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa pula baru saja selesai dianjurkan pada 20 Ogos 2010 yang lalu.
Kehadiran semua selebriti pada kedua-dua acara yang dianjurkan ini sungguh di luar dugaan sekali. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengepalai portal hiburan murai.com.my ini, aku rasa benar-benar terharu. Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan aku pada saat itu.
Sebab, Yok Sahur 3 Murai Bersama Maggi bukanlah sebuah acara yang diadakan dengan penuh glamor. Jauh sekalilah mendapat publisiti yang berdentam-dentum hebat. Tetapi ia ternyata mendapat sokongan hebat daripada semua pihak. Bukan hanya setakat daripada golongan selebriti saja tetapi juga penaja, pihak media serta golongan individu.
Tapi, mungkin ramai yang sedar bahawa penganjuran ini adalah atas usaha dan inisitiaf murai untuk meneruskan kempen untuk mewujudkan budaya masyarakat yang prihatin dan penyayang terutama di kalangan insan-insan yang memerlukan serta kurang bernasib baik.
Mungkin ada juga yang tertanya sejauh mana keikhlasan mereka yang terlibat dengan penganjuran acara ini terutama golongan artis yang terlibat, yang ini aku memang tak boleh jawab. Sebab, keikhlasan itu datangnya dari nawaitu seseorang individu itu sendiri.
Tapi, bukan senang tau nak ajak orang membuat kebaikan. Tapi, bila orang nak buat kebaikan dengan kerelaan mereka sendiri, itu adalah satu petanda yang cukup baik sekali.
Apapun, terima kasih kepada semua yang mempercayai usaha murai.com.my ini. Kini, aku dan editor-editor murai yang lain termasuklah Ayie yang baru pulang daripada bercuti di Europe akan bertungkus-lumus untuk menjayakan program Yok Sahur 3 Murai Bersama Maggi di lokasi yang ketiga iaitu di Meru, Klang pula.
Disebabkan sibuk dengan program Yok Sahur 3 Murai Bersama Maggie serta tugas-tugasan harian yang lain, aku sendiri pun sampai dah takde masa nak membuat persiapan raya. Dan, sampai saat ini pun, aku masih tak tahu keluarga aku nak beraya di mana. KL atau Johor?
Tapi mood aku nak beraya memang dah ada. Mood nak membeli-belah dah ada. Mood nak dengar lagu raya pun dah ada. Mood nak menghias rumah pun dah ada. Cuma time yang belum ada dan planning je yang belum buat lagi.
Actually raya kali ini amat bermakna buat aku. Sebab, tahun inilah, aku dapat menyatukan balik seluruh keluarga aku. Syukur, Alhamdulillah sebab memang itulah yang aku harap-harapkan sejak 2 tahun kebelakangan ini. Raya akan rasa tak bermakna kalau semua tidak ada.
Dengan kehadiran semua kaum keluarga dan sanak-saudara, aku harap raya kali ini akan jadi raya yang happening buat aku. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak saudara aku, Hana Sofea.
Cuma satu saja yang aku kena tahan. Hehehehe. Tahan telingalah sebab mesti ramai yang nak tanya bila aku akan berkeluarga serta mendirikan rumahtangga. Itulah jawapan yang tak mampu aku jawab.
Manusia hanya boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jawapan itu agak klise tapi itulah hakikatnya. Dan, setiap manusia mempunyai episod kehidupannya sendiri. Banyak yang aku lalui. Ada yang menyenangkan dan ada yang tidak. Ada yang memberikan kemanisan dan ada juga yang pahit.
Tapi aku sentiasa positif tentang hidup, tentang kehidupan. Aku juga positif menerima apa yang aku lalui tentang hidup dan kehidupan ini. Kerana aku percaya Tuhan lebih mengetahui segala-galanya.
Ramadan ini juga membuatkan aku insaf banyak perkara. Aku juga merindui banyak perkara. Antara yang akui rindui adalah tart nenas tradisional yang arwah nenek aku buat. Yang ada bunga V di tengah-tengah dan dikelilingnya disepit dengan penyepit khas.
Sehingga ke saat ini masih tidak ada siapapun yang boleh challenge tart nenas arwah nenek aku. Kadang-kadang aku yang bantu dia parut nenas untu dijadikan jem. Menunggu jem nenasnya masak mengambil waktu yang berjam-jam lamanya. Tapi, hasilnya, superb!
Dan, selalunya arwah jugalah yang akan menjahit baju kurung Johor aku. Jahit tangan okey, Siap buat leher tulang belut lagi. Sekarang ni nak carik orang jahit tangan untuk buat baju kurung Johor pun susah.
Persiapan korang macam mana. Dah okey? Mudahan-mudahan apa yang korang harapkan pada tahun ini akan didapat ditunaikan Allah SWT.
Okeylah, aku nak undur diri dulu. Sambil-sambil tu nak dengar lagu raya. Banyak tau lagu raya yang aku suka. Antaranya Balik Kampung daripada Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Seloka Di Aidilfitri (Uji Rashid & Hail Amir), Baju Kurung Biru (Khairil Johari Johar), Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat Exisit) dan Nostalgia Aidilfitri (Datuk Sharifah Aini).
Lagu raya favourite korang apa dia? Nanti aku citer kenapa aku minat lagu-lagu ni ek... Sampai di sini dulu..
Wassalam...
Elly





.jpg)
.jpg)

.jpg)

