www.murai.com.my : Maya Karin Tak Jadi Buat PC Pasal Isu Cerainya?



gosip | gosip kita

Maya Karin Tak Jadi Buat PC Pasal Isu Cerainya?


29 JULAI 2010: Murai Batu dapat tahu ramai wartawan hiburan yang kecewa apabila mereka tidak berpeluang untuk mewawancara aktes Maya Karin sejurus selepas dia disahkan bercerai talak satu dengan bekas suami iaitu Steven David Shorthose atau Muhammad Ali.

Apa tidaknya, bila dihubungi Maya langsung tidak mahu memberikan sebarang komen. Sebaliknya, dia hanya memberikan kenyataan media yang dihantar menerusi kiriman SMS. Kenyataan media itu dibuat bersama Steven.

Disebabkan menerima banyak panggilan yang mahu mewawancaranya secara terus, Maya khabarnya telah mengambil keputusan untuk mengadakan sidang media atau press conference (PC) tentang kes perceraiannya tersebut.

Sepatutnya sidang media itu dibuat dalam waktu yang terdekat selepas pihak mahkamah mengesahkan perceraiannya. Tapi, entah kenapa, Maya tak jadi pulak buat sidang media itu.

Agaknya Maya tak bersedia lagi kot dan memperkatakan tentang hal tersebut. Kalau tak pun, dia mungkin bimbang akan timbul beberapa soalan yang melibatkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh bekas suaminya sebelum ini. Atau pun dia cuba mengelak daripada diajukan pertanyaan dengan hubungannya dengan Remy Ishak.

Murai Batu tak pasti sampai bila Maya nak mengelak daripada memperkatakan tentang isu cerainya itu. Tapi, lambat-laun, wartawan akan tetap bertanya jugak. Dah jadi adat dan tugas wartawan hiburan, makin artis mengelak, makin itulah yang ditujunya. Kalau tak mengelak, wartawan pasti akan diam saja.

MURAIBATU: Apapun ramai yang suka tengok Maya Karin bertudung. Sangat manis...

Komen-Komen | 30
Hantar Komen Anda
yala...tak yah la sibuk sangat,sal tau perkembangan terbarunya, cukuplah. baik ko diam jer la Maya...mana2 yang menyakitkan ati tu jadikan la pedoman dimasa2 akan datang. life must go on....
Onong - 3-Aug-2010

kenapa wartawan nak tahu semua..suka sgt ke keluarkan aib org..udah udah la tu org dah bercerai..fahamlah hati org yg baru saja berpisah..ini tak sibuk sgt nak lakukan artikel..kena hentam ngan malaikat baru tau..
qarinna - 3-Aug-2010

kenapa wartawan nak tahu semua..suka sgt ke keluarkan aib org..udah udah la tu org dah bercerai..fahamlah hati org yg baru saja berpisah..ini tak sibuk sgt nak lakukan artikel..kena hentam ngan malaikat baru tau..
qarinna - 3-Aug-2010

Apasal lah manusia ni selalu nak tahu peribadi org? lantaklah dia tak nak bagi tahu pun.. itukan hak dia...mungkin dia pun rimas bila selalu didesak... letakkan diri kita pada tpt dia...
diknor - 3-Aug-2010

mmg pun, reporter banyak menyumbang kepada punca artis sesama artis bergaduh & bercerai sebab suka menyebarkan benda2 negative dan khabar angin untuk bagi sensasi...keep it moderate la..
ush - 2-Aug-2010