www.murai.com.my : Kenapa Upin dan Ipin Lebih Diiktiraf Di Luar?



gosip | gosip kita

Kenapa Upin dan Ipin Lebih Diiktiraf Di Luar?


29 JULAI 2010 : Murai Batu rasa terpangil pulak untuk bercerita tentang pementasan teater Muzikal Upin & Ipin yang bakal dipentaskan di 5 buah wilayah di sekitar Indonesia pada Oktober ini. Apa yang nak diutarakan bukanlah pasal perjalanan ceritanya tetapi pasal mengapa ia diterbitkan di sana terlebih dahulu, bukannya di negara asalnya malaysia?

Tidak dinafikan syarikat produksi di sana itu mengambil langkah berani kerana sanggup membayar harga lesen kepada Les' Copaque, walaupun pada awalnya mereka belum pun dapat tajaan dari mana-mana pihak.

Lebih membuatkan Murai Batu berasa cemburu, apabila mendengar pementasan teater Muzikal Upin & Ipin itu bakal dipentaskan secara besar-besaran di sana.

Al-maklumlah, Murai batu adalah antara beribu-ribu peminat karekter Upin & Ipin di rantau Asia. Ketika musim tayangan filem anismasi Geng:Pengembaraan bermula tahun lalu pun, Murai Batu beberapa kali menyaksikannya di pawagam.

Tapi sayang, kali ini Murai Matu bukanlah golongan pertama yang menyaksikan pementasan teater Muzikal Upin & Ipin. Kalau tak pun, langsung tak berkesempatan nak saksikannya di pentas teater.

Apa tidaknya, Murai Batu sendiri tak nampak lagi syarikat tempatan yang berminat untuk mementaskan Upin & Ipin di Malaysia. Nak harapkan Les' Copaque sendiri, pastinya sukar kerana mereka langsung tidak ada pengalaman untuk terbitkan pementasan teater. Lagipun, bajet yang ada pasti akan dilaburkan untuk menghasilkan produk terbaru mereka. Misalnya filem Upin & Ipin yang seterusnya.

Entahlah, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa lagi. Perasaan Murai Batu bercampur baur. Bangga ada kecewa pun ada. Bangga sebab Upin & Ipin dapat penghormatan di sana tapi kecewa sebab kat negara sendiri, orang tak pandang pun Upin & Ipin. Sampaikan negara jiran tetangga pulak yang beria-iya nak buat pementasan muzikal Upin & Ipin.

Bagi Murai Batu ini adalah satu tamparan yang cukup hebat buat kita semua. Patutnya, pihak seperti Istana Budaya (IB) peka dengan hal-hal macam ni. Kalau IB bolah buak pintu kepada Ahmad Idham untuk hasilkan teater muzikal Impak Maksima untuk golongan remaja, kenapa tidak fikirkan tentang pementasan teater Upin & Ipin yang sesuai ditonton untuk kanak-kanak dan keluarga?

Murai Batu dengar pihak Les' Copaque pun turut kecewa tentang hal ini. Apapun, Murai Batu berasa bangga kerana Les' Copaque sedikit sebanyak telah mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia. Lebih-lebih lagi jarang sangat kita dengar produk kita menjelajah ke negara jiran.

MURAI BATU : Tak sabar nak menyambut bulan Ramadan yang penuh rahmat, lebih-lebih ada pula acara Yok Sahur 3. Masa inilah peluang untuk beramal bakti menceriakan anak-anak yatim.

Komen-Komen | 25
Hantar Komen Anda
GORI KAU YG BUTA IT KOT...
EZ - 5-Aug-2010

betol...betol..betolll..
adeq - 4-Aug-2010

Peminat upin & ipin amat sangat ramai di indonesia salah satunya saya, so tak ada salahnya kalau mau buat pementasan teater di indonesia,malaysia harusnya bangga dong produk malay laku di indo,bukan kecewa.
Mimi - 3-Aug-2010

tengoklah sesetengah org malaysia, kutuk produk negara sendiri. saya rasa mereka perlu cuba hasilkan satu animasi baru diorang tahu agaknya yang bukan senang nak hasilkan animasi macam Upin & Ipin, itu pon dh kira ada kualiti tu masih nak kondem.
FA - 3-Aug-2010

KENAPA CERITA UPIN & IPIN KAT TV BALIK2 CERITA YG SAMA JE. SAMPAI NAIK BOSAN. XDE KE CERITA2 YG BARU. DAH TAU BUDAK2 SEMUA SUKA SIRI ANIMASI KATUN TU. BUAT LA BERSIRI2.
MEET UNLCE SAM - 2-Aug-2010

1 2 3 4 5