www.murai.com.my : Upin Ipin Ke Pentas Teater Di Indonesia



berita | tempatan

Upin Ipin Ke Pentas Teater Di Indonesia


Teks Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2010 : Bukan hanya di Malaysia, karektor kanak-kanak comel Upin & Ipin yang dihasilkan Les' Copaque Production Sdn Bhd ternyata berjaya menambat hati penonton di rantau Asia khususnya di Indonesia. Populariti watak animasi di negara jiran tetangga itu sememangnya tidak perlu sangkal lagi selepas siri TVnya disiarkan di sana.

Terbaru, seluruh warga kerja Les' Copaque yang diterajui Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi pastinya berbangga kerana Upin Ipin sekali lagi menemui peminatnya di Indonesia menerusi persembahan Teater Muzikal Upin Ipin pada Oktober ini.

Burhanuddin berkata, Teater Muzikal Upin Ipin akan dipersembahkan di 5 lokasi termasuk Jakarta, Makassar, Balik Papan, Medan serta Bandung.

"Kami di Les' Copaque Production nyata bertuah kerana animasi ini berjaya menarik minat syarikat produksi di sana untuk menghasilkan teater muzikal ini. Bagaimanapun, melalui teater ini, ia hanya menggunakan maskot sebagai pelakon. Semua audio visual seperti muzik, suara dan grafik dihasilkan dari Malaysia.

"Saya baru sahaja pulang dari Jakarta untuk menyaksikan sendiri rehearsalnya. Ia memang mengkagumkan dan nampak bertaraf antarabangsa. Dengan props yang menarik juga, ia menambahkan lagi keberkesanan kepada jalan ceritanya.

"Pada awalnya, produksi terbabit dilihat sungguh berani membayar lesen untuk menerbitkan teater ini tanpa penja. Namun tidak lama kemudiam, mereka menerima banyak tawaran daripada syarikat penajaan.

"Saya juga masih menunggu syarikat produksi Malaysia untuk mengadakan teater seperti ini di Malaysia. Bagi saya, dengan adanya teater seperti ini ia membuatkan karektor Upin Ipin tidak akan mati, sebaliknya akan terus diminati," katanya.

Dalam pada itu filem animasinya, Geng: Pengembaraan Bermula yang turut membabitkan watak Upin Ipin pula dijangka akan ditayangkan di seluruh pawagam di India bermula Jumaat ini.

"Saya baru sahaja mendapat maklumat terkini mengenai tarikh tayangan itu. Ia telah dialih suara kepada 16 bahasa yang ada di India, sementara beberapa watak sampingan turut ditukarkan. Bagaiamanapun, tajuknya pula dikekalkan kepada Geng.

"Di masa akan datang pihak kami juga berusaha untuk menyangkan filem itu di Turki dan juga UK," katanya.

Komen-Komen | 1
Hantar Komen Anda
Ya, betul betul betul. Upin & Ipin dah nak ke 5 pentas teater Indonesia. Tahniah buat animasi & teater Upin & Ipin ke seluruh Asia termasuk Indonesia.
dzhafqimmurai - 27-Jul-2010