Kerana Cantik & Seksi, Rozita Menang

stailista | Buletin Stailista

Kerana Cantik & Seksi, Rozita Menang

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Foto Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2010: Selepas Aznil Hj Nawawi, mahkota kegemilangan Anugerah Stail EH! tahun ini telah diserahkan kepada pelakon cantik dan bertubuh seksi Rozita Che Wan pada majlis penganugerahan majalah fesyen dan gaya hidup EH! di Hotel Grand Dorsett, Subang, malam tadi.

Nama Rozita disebut-sebut sebagai pemenang utama anugerah berkenaan selepas memenangi 2 anugerah lain iaitu Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik serta Selebriti Wanita Paling Seksi dan berjaya menepis 2 pencabar terdekatnya Fasha Sandha dan Tiz Zaqiah.

"Dua tahun lalu saya hanya memenangi anugerah Selebriti Paling Fotogenik, tetapi malam ini 2 anugerah telah saya rangkul bersama-sama satu anugerah utama Anugerah Stail EH!. Sesuatu yang tidak menduga sekali buat saya.

"Mungkin ada peminat di luar sana yang merasakan saya cantik dan juga seksi. Kerana saya sendiri tak boleh menilai diri saya terlalu tinggi seperti itu. Malah kerana sokongan mereka jugalah saya menerima anugerah ini. Terima kasih," katanya ketika ditemui.

Anugerah Stail EH! mempertaruhkan 15 kategori yang memberi peluang kepada pembaca seta majalah paling bergaya itu untuk mengundi selebriti kegemaran mereka melalui undian secara online dan pos.

Sementara itu, Aznil bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila hasil kerja dan usahanya bergelar hos, deejay radio, pelakon, penulis ruangan akhbar dan penyanyi telah dihargai oleh peminat bersama anugerah Selebriti Serba Boleh.

Sanggup mengorbankan waktu rehatnya kerana perlu bangun awal demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai deejay di konti radio Era.FM, Aznil berkata kehadirannya pada majlis berkenaan amat berbaloi dan merasai dirinya masih dihargai.

Penghibur nombor satu, Dato' Siti Nurhaliza juga turut diraikan bersama anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik dan Selebriti Contoh. Beliau bagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang berada di London ketika ini.

Dua anugerah terbaru yang diperkenalkan tahun ini, Jurusolek Selebriti Terbaik dan Pereka Fesyen Selebriti Terbaik, masing-masing telah dimenangi Nurul Syukor dan Rizalman Ibrahim.

Pengarah Majalah EH!, Asiah Mion berkata, berbanding 2 tahun lalu, kali ini penganjuran anugerah berkenaan telah mendapat sambutan sangat baik daripada pembaca setia EH dan selebriti yang mengambil bahagian.

"Memang kalau diikutkan saingan antara Rozita dan Dato' Siti amat sengit untuk memenangi anugerah utama(Anugerah Stail EH!) kerana masing-masing berjaya membawa pulang 2 anugerah.

"Bagaimanapun, sesuai dengan nama anugerah ini, kami menilai kejayaan Rozita dari sudut gaya dan penampilannya yang sentiasa bergaya, diperhebatkan juga dengan jumlah undiannya yang cukup memberangsangkan," kata Asiah kepada murai.com.my.

Malam anugerah telah diserikan dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan One Nation Emcees, Black, Shila, Najwa,Mizz Nina, Farhan dan Fabulous Cat.

Lebih hangat dan membara dengan kehadiran 10 Lelaki Disenangi iaitu Nazim, Shah Jaszle, Gambit, Naz, Black, Naqib, Ryzal dan Sharnaaz yangtelah membuat kemuculan istimewa pada malam berkenaan.

Anugerah Stail EH! 2010 di taja khas oleh Sasa dan portal murai.com.my menerusi segmen Stailista bertindak selaku portal rasmi acara fesyen selebriti paling dinanti-nantikan tahun ini.

Ikuti laporan eksklusif permaidani merah dan belakang tabir istimewa Gala TV Plus (saluran Astro Awani 501) pada 25 Julai ini, jam 4.30 petang.

Senarai Pemenang Anugerah Stail EH! 2010 :

Anugerah Stail EH! 2010 : Rozita Che Wan

Selebriti Wanita Paling Bergaya
1. PEMENANG: Fazura
2. Liyana Jasmey
3. Marion Caunter
4. Natasha Hudson
5. Arabyrd (Arafah)

Selebriti Lelaki Paling Bergaya
1. PEMENANG: Awal Ashaari
2. Faizal Tahir
3. Anuar Zain
4. Joe Flizzow
5. Iz Sulaini

Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik
1. Fouziah Ghous
2. Maya Karin
3. PEMENANG: Rozita Che Wan
4. Fasha Sandha
5. Kat Mentor

Selebriti Lelaki Segak
1. Remy Ishak
2. PEMENANG: Fahrin Ahmad
3. Farid Kamil
4. Anding
5. Fizzo Omar

Selebriti Mesra Peminat
1. PEMENANG: Fara Fauzana
2. Nabil
3. Ziana Zain
4. Aznil Nawawi
5. Dafi

Selebriti Wanita Paling Seksi
1. Tiz Zaqiah
2. PEMENANG: Rozita Che Wan
3. Jue Aziz
4. Alyah
5. Daphne Iking

Selebriti Lelaki Paling Seksi
1. Aaron Aziz
2. PEMENANG: Remy Ishak
3. Kamal Adli
4. Adi Putra
5. Farid Kamil

Selebriti Serba Boleh
1. PEMENANG: Aznil Hj Nawawi
2. Ziana Zain
3. AC Mizal
4. M.Nasir
5. Erra Fazira

Selebriti Paling Fotogenik
1. Diana Danielle
2. PEMENANG: Erra Fazira
3. Nora Danish
4. Fasha Sandha
5. Natasha Hudson

Selebriti Pencapaian Terbaik
1. Aizat
2. Aznil
3. PEMENANG: Dato' Siti Nurhaliza
4. Yuna
5. Fara Fauzana

Selebriti Pilihan Kulit Majalah
1. PEMENANG: Diana Danielle
2. Fasha Sandha
3. Scha Al Yahya
4. Rozita Che Wan
5. Dato' Siti Nurhaliza

Selebriti Contoh (Role Model)
1. Rosyam Noor
2. Dato' Sheila Majid
3. Aznil Hj Nawawi
4. Datin Sri Tiara Jacquelina
5. PEMENANG: Dato' Siti Nurhaliza

Pasangan Selebriti Paling Diminati
1. Que Haidar & Linda Jasmine
2. Rita Rudaini & Aidil Zafuan
3. Erra & Engku Emran
4. PEMENANG: Sazzy & Nazril
5. Dato' Siti Nurhaliza & Dato' Seri Khalid

Jurusolek Selebriti Terbaik
1. Ezral
2. Razlan Bahari
3. Khir Khalid
4. PEMENANG: Nurul Syukor
5. Saidatulnisa

Pereka Fesyen Selebriti Terbaik
1. PEMENANG: Rizalman Ibrahim
2. Dato' Tom Abang Saufi
3. Albert King
4. Radzuan Radziwill
5. Michael Ong

Komen-Komen | 13
Hantar Komen Anda
TAHNIAH ROZITA CHE WAN...TERUSKAN YANG TERBAIK...
NURULHAS - 25-Jul-2010

huh... cayalah rozita che wan
zman - 25-Jul-2010

tak suka anugerah cam ni di besar2kn.Banyak haram nya...ALLAH lah yg m laknat nya!!!!mari kita b taubat..dunia mau kiamat!!semua org t libat dgn acara ni d soal jawap nnti d dpn ALLAH!!!!
siti - 24-Jul-2010

anugerah cam ni kn..tak ke mana kalau tak menuju ke neraka!!aurat sana sini..ini kh yg d katakan ngeri kita negeri ISLAM??semua juga yg hadir tu org melayu..memang islam kot.takut ja lain x d turunkan bala waktu majilis tu..sedar lah hamba ALLAH
sukma - 24-Jul-2010

Sepatutnye...rozita menang untok 'Janda paling Popular'atau 'Janda Paling Meletop'he...he..
wati - 24-Jul-2010

1 2 3





Blog Stailista Terkini


I Love Stailista