Teks oleh: Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 29 JUN 2010: Ingin memanjakan diri di Spa Jentayu sambil bersantai bersama pelakon drama bersiri Dottie? Inilah masanya kerana anda berpeluang memiliki semua itu hanya dengan menyertai peraduan Kenali Dottie @ Murai yang bermula dari 5 Julai (hari ini) hingga 25 Julai 2010.
Serentak dengan tarikh drama bersiri 13 episod Dottie yang akan ditayangkan di Astro Ria setiap hari Isnin, jam 10 malam bermula 5 Julai ini, peraduan Kenali Dottie @ Murai akan turut berlangsung di laman web portal murai.com.my.
Caranya mudah sahaja, untuk menyertai peraduan ini anda perlu daftar masuk ke web murai di Peraduan Kenali Dottie dan menonton drama Dottie di saluran Astro Ria saluran 104 kemudian menjawab 1 soalan mingguan serta melengkapkan slogan seperti "Saya rasa Dottie adalah sebuah drama siri menarik kerana......." (tidak melebihi 20 perkataan).
Namun hanya 6 pemenang bertuah sahaja akan diberi peluang keemasan untuk bermanja di Spa Jentayu dengan bermandi krim, membuat rawatan rambut dan berurut secara tradisional selama 1 jam setengah. Apa yang menariknya pemenang tidak keseorangan di Spa Jentayu itu malah akan ditemani pelakon-pelakon drama bersiri Dottie seperti Nor Syuhaida, Marsha, Eliza dan pelakon wanota yang lain.
Selain itu, peserta boleh menyertai peraduan ini berulangkali tetapi setiap pemenang hanya berhak kepada satu hadiah sahaja.
Dua pemenang akan dipilih setiap minggu berdasarkan jawapan yang betul dan melengkapkan slogan dengan cara yang paling kreatif. Walalubagaimanapun, peraduan ini hanya berlangsung dari episod satu hingga tiga sahaja dan hanya terbuka kepada kaum wanita yang berumur 18 tahun ke atas.
Drama bersiri 13 episod yang diarahkan Ghaz Abu Bakar bersama Nizam Zakaria ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Dottie yang penuh cabaran dalam kisah cintanya dan juga keluarganya.
Demi mengejar cita-cita dan impiannya yang mahu jadi seorang hos TV untuk menjadi hos rancangan TV, Dottie sanggup mengetepikan perasaan malu dan sentiasa bersabar untuk mencapai impiannya.
Kecekalan Dottie dan keikhlasannya telah memberi satu peluang untuk Dottie mencapai cita-citanya. Sikap Dottie yang menyenangkan dan pandai mengambil hati orang di sekelilingnya membuatkan dia disayangi ramai dan dia juga tidak terlepas dari dicemburui orang. Dottie juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan juga dalam bidang pengacaraan.
Drama ini juga cuba menyingkap perasaan seorang yang berasa rendah diri dengan keadaan fizikalnya yang dikatakan menjadi halangan terbesar dalam hidupnya untuk melakukan sesuatu dan seterusnya menolak bahawa bentuk fizikal adalah penentu kejayaan seseorang.
Selain Nor Syuhaida, drama bersiri Dottie ini turut dijayakan Marsha Milan London, Maya Matahari dan Elliza Razak. Jangan lupa saksikan Dottie di Astro Ria, setiap hari Isnin, jam 10.00 malam bermula hari in (5 Julai 2010).





.jpg)
.jpg)



