Sebab Apa Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz?

gosip | Gosip luar

Sebab Apa Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz?

addthis kongsi icon

22 JUN 2010: Walaupun Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah baru saja menceraikan isteri keduanya, Azrinaz Mahzar dengan talak pertama, namun dah macam-macam cerita kurang enak yang Murai Batu dengar tentang perceraian mereka.

Ada yang cakap Sultan Brunei buat macam sebab dah jumpa wanita lain. Ada juga yang cakap ia angkara isteri pertama yang kononnya tak berkenan Azrinaz jadi madunya.Tak kurang juga yang cakap punca perceraian itu adalah disebabkan sikap Azrinaz sendiri yang kononnya tamak kerana mahukan harta Sultan Brunei.

Ish ish ish...Sampai ke tahap itu sekali. Terkejut Murai Baru mendengarnya. Yang mendedah cerita ini adalah dari kalangan orang-orang di negara Brunei sendiri.

Kononnya mereka dah lama dapat tahu perkara ini. Al-maklumlah, Brunei tu kan kecik. Pusing-pusing tak kemana. Jadi apa saja yang berlaku dalan keluarga di raja mereka, tentulah mereka dulu yang akan dapat tahu.

Tapi, disebabkan cerita-cerita inilah, isu perceraian Azrinaz jadi makin lebih panas lagi sebab ada sebahagian daripada masyarakat kita yang tak boleh terima kenyataan tentang apa yang diperkatakan mereka tentang Azrinaz tu.

Murai Batu pun tak berani nak berpihak di mana-mana. Tapi Murai Batu percaya Sultan Brunei takkan ceraikan seseorang tanpa sebab.

Macam kes isteri keduanya yang terdahulu. Kalau tidak silap Murai batu perceraian itu berlaku kerana dia telah membuat sesuatu yang kurang elok yang akhirnya telah melukakan Sultan Brunei.

Korang faham-faham sendirilah apa maksud Murai Batu tu ya. Murai Batu semua rakyat Brunei pun tahu kisah bekas isteri keduanya tu.

Murai Batu rasa cukuplah dulu pasal kes cerai Azrinaz ni. Sebab, apa yang dah berlaku dah pun berlaku.

Cuma satu saja pesan Murai Batu. Kita harus ambil iktibar terhadap sesuatu kejadian atau perkara yang berlaku supaya kita dapat jadi manusia yang lebih baik lagi.

MURAIBATU: Tak sabar nak tengok konsert Dato Siti Nurhaliza dengan Dato Sheila Majid. Ada kena nanti?

Komen-Komen | 44

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





x betul fitnah..kalau betul mengumpat..kalau sikit sja yg didedahkn dari bnyk2 yg betul apa ia??? :)
nazi - 24-Jun-2010

yang dah lepas tu lepas lah.Serah pada Allah saja.
seah - 23-Jun-2010

aku setuju dgn pak nujum... talak satu disebut, jadilah perceraian tu..
aku - 23-Jun-2010

Allah SWT & mereka ber2 yg tahu sebab perceraian..kebajikan anak2 yg masih kecil mesti diutamakan..Azrinaz pernah jadi 2nd wife yg sah di sisi islam..memang pahit bg 1st wife.. that's y Allah janjikan payung syurga di Akhirat bg isteri rela dimadukan
Nenek kebayan - 23-Jun-2010

glory glory glory brunei darussalam!
manis - 23-Jun-2010