17 JUN 2010: Terkejut Murai Batu bila dapat tahu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar yang telah dikahwininya sejak 5 tahun yang lalu.
Mana tak terkejutnya, Murai Batu ingatkan kebelakangan ini kes cerai berai ni hanya berlaku di kalangan selebriti kita saja tapi nampaknya ia pun turut berlaku di kalangan keluarga diraja. Hai, apa nak buatkan. Inilah yang dinamakan sebagai kehidupan.
Namun daripada penceraian itu sebab musababnya tak pula Murai Batu tahu, cuma apa yang Murai Batu tahu bekas wartawan penyiaran TV3 itu telah pun diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu semalam.
Pengumuman penceraian ini dikatakan telah pun dibuat melalui web televisyen Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei, malam semalam. Dalam pengumuman itu juga, Sultan Brunei dikatakan telah menarik balik pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 dengan serta-merta.
Apapun, sepanjang tempoh 5 tahun hidup sebagai suami isteri, Sultan Brunei dan Azrinaz telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,4, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.
Mereka bernikah pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Pada ketika itu, Azrinaz berusia 26 tahun, manakala Sultan Brunei pula sudah pun berusia 58 tahun.
Murai Batu percaya ramai yang nak tahu sebab-sebab di sebalik perceraian Azrinaz ini kan? Tapi, apa yang membuatkan Murai Batu ingin lebih tahu ialah apa yang akan berlaku pada Azrinaz selepas ini?
Adakah dia akan kembali aktif menjadi wartawan penyiaran di stesen televisyen tempatan semula macam aktu dulu-dulu ? Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
MURAIBATU: Tak sangka ada seorang aktres wanita yang jelita ni sanggup rampas BF seorang wanita biasa.





.jpg)




