Album Siti lebih kepada easy listening

muzik | Resensi Murai

Album Siti lebih kepada easy listening

addthis kongsi icon


Judul: Hadiah Dari Hati
Artis: Datuk Siti Nurhaliza
Genre: Pop
Label: Siti Nurhaliza Productions
Pengulas : Elly


Selepas menghasilkan sebuah produksi album yang hebat seperti Transkripsi pada tahun lalu, saya fikir akan ada lagi album yang seperti itu daripada Datuk Siti Nurhaliza. Sangkaan saya bagaimanapun meleset.


Album yang mengangkat judul Hadiah Dari Hati ini jauh daripada apa yang saya bayangkan... Kenapa Siti harus berpatah semula di belakang sesudah membuat percubaan untuk mara ke depan dengan sebuah karya album yang baik dan all out sebagaimana Transkripsi. Kenapa? Itulah pertanyaan yang asyik membelenggu fikiran saya.


Agak mengecewakan apabila album baru Siti ini seakan terburu-buru untuk dihasilkan dan tidak melalui proses persediaan yang secukupnya. Adakah semua ini ada kena-mengena dengan mengejar penyertaan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang?


Serius, saya sebenarnya memang sukar untuk berkompromi dalam hal-hal sebegini. Apatah lagi apabila ia dilakukan oleh seorang penyanyi yang disifatkan begitu berpengalaman, berkualiti dan berkaliber seperti Siti.


Bukan hanya sekadar krebiliti sebagai penyanyi yang hebat saja yang harus diambil kira Siti tetapi juga keseluruhan produksi album ini kerana ia  secara tidak langsung memberikan refleksi terhadap peningkatan serta kemajuan kerjaya muziknya selepas menerokainya selama lebih 10 tahun. Itu belum lagi diambil kira dengan segala anugerah dan pencapaian yang dikumpulnya sepanjang dekad tersebut.


Apapun, jika saya ketepikan high expectation yang saya letakkan terhadap Siti di dalam album ini, nyatalah Hadiah Dari Hati tidak lebih sekadar sebuah album yang sangat easy listening.


Daripada situ, anda akan dapat menjangkakan bahawa Siti hanya mahu berseronok atau having fun dengan album yang banyak mengandungi lagu moderate ini. 


Hanya tiga lagu yang benar-benar perlahan dan agak melankolik yang dimuatkan dalam album ini iaitu Hati (lagu tema filem 1957 Hati Malaya)  ciptaan Sharon Paul dan Shuhaimi Baba, Melawan Kesepian (Pongky Barata) dan Sekian Lama (Azlan Abu Hassan/Azalea).


Dalam ketiga-tiga lagu ini, Sekian Lama bagi saya memiliki melodi yang cukup mempesona dan sentuhan serta feelnya  juga turut mengingatkan saya pada lagu Tiada Maaf Bagimu ciptaan Datuk Ahmad Nawab.
 

Namun, pendekatannya lebih moden dan karektor dalam komposisinya juga agak jauh berbeza. Apapun, sejak memenangi Anugerah Juara Lagu bagi Terlalu Istimewa dendangan Adibah Noor, nama Azlan memang cukup mendapat perhatian.


Malah, ramai yang mahu mendapatkan lagu daripadanya termasuklah Siti sendiri dan selain daripada Sekian Lama, sebuah lagi lagu karya Azlan turut dimuatkan  dalam album ini ialah Biarkan. Saya suka lagu ini. Ia sungguh rancak dan segar serta membuatkan mood kita sentiasa ceria dan gembira. Ia sebuah lagu yang happening. Malah apa yang penting, ia kedengaran sangat solid dan original.


Ada  beberapa lagi lagu yang saya suka di dalam album ini iaitu Wanita (Muhammad Fahmi Rizal/Shanty Ramadani/Siti Nurhaliza), Sutramaya (Aubrey Suwito/Tinta S) serta Mulanya Cinta (Dick Lee/Adlin Aman Ramlie).


Wanita menjadi pilihan saya kerana ia sebuah lagu moderate pantas yang mempunyai feel rock yang ringan tetapi sangat dominan dengan penggunaan strings tetapi pada pembukaan lagu ini ia dimulakan dengan strumming gitar yang menarik.


Siti juga kedengaran agak selesa membawakan lagu yang bergenre free pop rock ini dan bait-bait lirik mengenai jiwa wanita yang sebenar disampaikan dengan penuh berkesan.


Sutramaya
juga  mempunyai jalur rock yang ringan pada keseluruhan lagu yang berteraskan pop itu. Namun, mood macam lagu Destinasi Cinta. Cuma ia lebih sedikit perlahan. 
 

Mulanya Cinta
pula adalah lagu yang saya benar-benar suka dalam album ini. Bagi saya lagu ini sangat cocok sekali dengan jiwa, karektor, vokal serta penyampaian Siti yang selama ini kita ketahui dan kenal.


Tapi saya tak faham mengapa lagu ini dihasilkan dengan begitu ringkas sekali. Kenapa tidak menggunakan orkestra? Untuk lagu yang sehebat ini, ia perlukan satu ensemble yang besar. Apabila muziknya besar, feel, vokal dan penyampaian Siti juga akan turut jadi besar. Dan sebagai pendengar pula, saya akan jadi benar-benar puas.


 

Komen-Komen | 17

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





album,trbaru kak ct cmuanyew..best2 glewr,..hu5
aTyn - 12-Feb-2008

fazai38 - 12-Feb-2008

saya dah beli album siti ni.menyesal..transkripsi.lagi segar dan syok..apeje..
pingu79 - 12-Feb-2008

besh jaa lagu2 die..xsabar nk tgu album english yg akan menggangkatkan martabat muzik msia!!!go datin seri!
nothing - 11-Feb-2008

ermm...entah pe2 mek ni.
saufee82 - 9-Feb-2008