www.murai.com.my : Zizie, Bung Kantoi Poligami Tanpa Izin



gosip | gosip kita

Zizie, Bung Kantoi Poligami Tanpa Izin


KL, 19 APRIL 2010: Pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 4 April lalu, penonton telah dikecohkan dengan penampilan berani pelakon kulit putih gebu, Zizi Ezette Abdul Samad bersama suaminya yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Lebih hebat lagi apabila laluan karpet merah yang disertai pasangan ini lebih mendapat perhatian berpuluh lemsa jurukamera berbanding pasangan suami isteri, Mawi dan Ekin yang mendapat sorakan boo dari penonton yang hadir.

Sungguhpun begitu, Murai Batu tidak menyangka dan terkejut besar selepas mendapat tahu bahawa perkahwinan sensasi mereka ini akan mencetuskan kontroversi yang lebih panas lagi apabila ianya tidak mendapat kebenaran daripada pihak mahkamah.

Murai Batu difahamkan, Bung Mokhtar mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah sewaktu kesnya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gom,bak Timur, jam 11.16 pagi tadi.

Selain Bung, Zizie turut mengaku bersalah bernikah dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran pendaftar. Malah, pasangan ini juga mengakui bersalah atas dakwaan bersubahat dengan pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan berpoligami tersebut.

Tambah mengejutkan, 2 abang serta adik Zizie bersama 2 rakan Bung Mokhtar juga mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan yang sama. Murai Batu tertanya-tanya juga adakah adik Zizie itu merupakan pelakon yang meningkat naik, Shaheizy Sam? Minta-minta bukanlah.

Apa kes pun, Murai Batu dapat tahu pasangan ini telah mengadakan pernikahan secara senyap di sebuah rumah di Cemerlang Heights, Taman Melati Gombak pada pada 16 Disember 2009 kira-kira jam 8.50 malam.

Bagaimanapun, kesemua pesalah ini telah pun di dibebaskan dengan bon jaminan lisan RM250 setiap seorang. Yang penting, selain menunggu lafaz cerai dari Radhi OAG terhadap isterinya pada 18 Mei depan, mahkamah juga telah menetapkan tarikh yang sama untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

Bagi Murai Batu, inilah akibatnya jika seseorang itu merahsiakan perkahwinan kerana kemusykilan sama ada pernikahan itu sah atau tidak mudah untuk dipertikaikan. Jadi nasihat Murai Batu, adalah lebih baik jika sudah bernikah beritahu semua pihak supaya ianya sah di sisi undang-undang dan syariah.

Jangan dah terkantoi dan menyusahkan banyak pihak baru nak minta maaf dan beri penjelasan.

MURAI BATU: Tengah tunggu waktu pengumuman rasmi seorang selebriti perasan hebat mengumumkan perkahwinannya.

Komen-Komen | 53
Hantar Komen Anda
TULAH MAU DUIT SJ...MANA ADA CINTA MAU HARTA SJ...TU BONG MANA HENSOM BERKADUT SUDAH....
dacur metaga - 28-Apr-2010

ITULAH...SUKA MAIN SEMBUNYI...TAK PANDAI FIKIR DULU...DUA2 GETEH
dacur metaga - 28-Apr-2010

helo bro....ni kan 21st century...materials g penting...Bung tu bole ba 1 round je...tu pun paling aktif 2 kali seminggu sbb knak buat round up dgn yg pertama tu...
nalzam - 28-Apr-2010

dah lumrah alam d M'sia. Artis kawin Dato 2 yg kaya raya bertopengkan wakil rakyat., perintah mahkamah sanggup d ingkari, apakan lagi suara rakyat. Cakap tak serupa bikin!!
hamba alam - 28-Apr-2010

YA ALLAH... ni manusia ke ape ni...zizie ni gila harta sunggoh laa.. bung tu pun xpdn nge tua.
naz - 27-Apr-2010