Tribute Untuk Pemergian Din Beramboi
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2010: Bagi menghormati pemergian Allahyarham Din Beramboi Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, meninggalkan kita semua. atau murai.com.my telah menerbitkan sebuah video tribute khas untuk tontonan peminat semua. (Klik disini untuk tonton video)
Menerusi video ini, krew murai.com.my telah menggunapakai lagu Selamat Tinggal, nyanyian Ferhad yang turut menjadi lagu tema bagi segmen penyingkiran program Raja Lawak Musim Ke-4. Turut diselitkan beberapa klip video ketika Allahyarham mengendalikan program Wuhai Din Beramboi, Ah-Ha dan ketika bersama di Era FM.
Pemergian Din Beramboi sangat dirasai kerana beliau seorang pelawak, pelakon, penyanyi, kartunis, penyampai radio dan pengacara televisyen yang sangat berbakat dan menghiburkan.
Namun masih banyak yang tidak diketahui tentang arwah. Berikut adalah sedikit-sebanyak sejarah tentang diri arwah yang dipetik daripada wikipedia.
Tentang Kehidupan Awal Arwah
Mior Ahmad Fuad dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 22 Disember 1966. Mewarisi bakat melawak semula jadi bapanya Mior Badri Mior Idris, ibunya Rahmah Abdullah Sani.
Mior Ahmad Fuad pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi Setapak Kuala Lumpur bersama Azwan Ali, Ahadiat Akashah dan Adam Salleh (pengarah rencana di Harian Metro).
Din Beramboi berkahwin dengan Suhaini Che Man, 42, dan mempunyai tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Meor Shafiq Ar-Ridhwan, 12, dan Nir Ain Syuhada, 6.
Tentang Nama Din Beramboi
Nama 'Din Beramboi' mula dikenali umum sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis Ibrahim ANon @Ujang sekitar awal 1990-an.
Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat Negeri Sembilan, yang nama penuhnya 'Din Beramboi Alai Berjanggut', dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad sendiri yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.
Mula-mulanya mendapat ilham dari siri kaset itu untuk konsep watak berkenaan semenjak tahun 1987, Ujang menzahirkan Din Beramboi pada tahun berikutnya dalam majalah Gila-Gila. Din Beramboi diberikan segmen khas dalam edisi Bumper Raya 'Super Selebet Hari Lebaran' majalah berkenaan keluaran 15 Mac 1992.
Ujang meninggalkan majalah Gila-Gila untuk membuka majalah sendiri, iaitu Ujanf dan turut membawa watak Din Beramboi untuk dijadikan maskot majalah baru tersebut. Disebabkan watak Din Beramboi inilah majalah Ujang menjadi terkenal pada dekad 1990-an.
Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana menciplak watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah.
Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.
Apapun, semenjak terlerainya kontroversi watak kartun tersebut, timangan Din Beramboi kekal hak milik Meor Ahmad Fuad sepanjang saki-baki hayatnya.
Zaman Kemasyhuran Din Beramboi
Sejak mula bergandingan dengan Aznil Hj Nawawi sebagai pasangan juruhebah untuk mengemudi slot Riuh Pagi Di Era pada 5 Januari 2009, Din Beramboi telah berjaya menggunakan lawaknya yang spontan untuk menaikkan lagi rating radio itu menerusi segmen 'Drama Sebabak' dan 'Sawancara'.
Selain itu, Din Beramboi juga mempunyai program bual bicaranya sendiri, Wuhai Beramboi yang disiarkan di saluran Astro Warna. Program ini menampilkan bakat Din beramboi bermain gitar sambil berbual dengan artis undangan secara lebih santai dan ringan. Wataknya sebagai Raja Kapoor dalam program Mandi di Astro Warna setiap Isnim. jam 9.30 malam juga turut diingati.
Begitu juga dengan pelibatannya sebagai artidan undangan dalam program seperti Nabil: Lu Fikirlah Sendiri, Macam-Macam Aznil, Jangan Lupa Lirik dan lain-lain. Di samping beberapa watak tambahan dalam filem dan drama tempatan suaranya juga biasa kedengaran sebagai suara latar iklan, rencana TV mahupun sebagai pengacara majlis.
Adakalanya kelibat Din Beramboi turut kelihatan dalam dalam rancangan Spontan bersama pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, Sharifah Shahirah dan Harith Iskandar.
Sebelum itu, Din Beramboi pernah muncul dalam rancangan popular Ah-Ha di stesen TV3, rancangan keluarga Ape-Ape Aje di stesen yang sama. Menerusi TV9 pula sebagai hos penyeri bersama Os dan Shamsul Ghau Ghau dalam Apa Ke Halnya. Beliau juga pernah juga menjadi hos Wakenabeb, program realiti 'melampau' berbentuk menyakat selebriti terkenal.
Ternyata pembabitan beliau sebagai salah seorang juri dan pengajar program Raja Lawak Musim Ke- 4 terbitan Astro bersama Afdlin Shauki dan Bob Lokman adalah kemuncak populariti beliau.
Lawak jenaka dan personalitinya dapat diterima dengan hati terbuka, telatah lucu dan jenaka spontan yang adakalanya tak terfikir dek akal serta komen-komen yang diberikan terhadap peserta Raja Lawak yang dianggap kasar menambahkan sensasi.
Setelah berakhirnya rancangan realiti popular ini ada ura-ura Pengarah Afdlin Shauki ingin mengambilnya sebagai watak utama dalam filemnya Along Bukit Beruntong, watak yang diidamkan bagi setiap seorang pelakon. Usaha awal pembikinan filem itu sedang giat dijalankan.
(Klik disini menonton video tribute Allahyarham Din Beramboi)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)