Program Siri Kecik Bakal Menyusul!

raja lawak 4 | Berita & Gosip

Program Siri Kecik Bakal Menyusul!

addthis kongsi icon

 

KL, 26 MAC 2010: Murai Batu rasa, semua orang dah tahu tentang perkembangan terbaru Alex yang baru saja menang tempat ketiga dalam program Raja Lawak Musim Ke-4 (RL4).

Tak lama lagi Alex akan mengacarakan musim terbaru, Warung Kita bersama Farouk Hussein dan kali ini program berbentuk travelogue itu akan menjelajah ke negara Sabah pula. Seronokkan?

Tapi, ada jugak yang tanya Murai Batu, takkan Alex je yang dapat peluang untuk kembangkan kegiatan seninya selepas masuk RL4.

Macam mana pulak dengan 2 pemenang RL4 yang lain iaitu Kecik yang jadi juara serta Idlan yang menang tempat kedua. Apa cerita diaorang?

Hai, demi korang semua terpaksalah Murai Batu berjumpa balik dengan si Jalak Lenteng yang bekerja kat Astro Prima. Manalah tau, kot kot dia tahu perkembangan Kecik dengan Idlan.

Korek punya korek, akhirnya dapatlah juga Murai Batu cerita terbaru tentang Kecik. Khabarnya Kecik bakal membintangi sebuah program siri  yang berkaitan dengan diri diaorang berdua. Alah, lebih kurang macam kumpulan Sepahlah.

Tapi, Murai Batu tak pasti pulak macam mana bentuk program siri untuk Kecik tu nanti. Sebab, si Jelek Lenteng mengada-ngada tak mau bagitau. Alah kedekutlah tu...

Kata Jalak Lenteng, cukuplah kalau sekadar dia beritahu yang Kecik nanti akan membintangi sebuah program bersiri. Yang lain-lain, kata Jalak, private and confidential. Sebab, kalau bagitau semua, nanti sudah takde kejutannya.

Jadi, pada peminat Kecik semua, korang bersabarlah ya. Yang pasti, Kecik sebagai juara RL4 takkan diketepikan sama sekali oleh Astro Prima.


MURAIBATU: Tengah teropong pulak tentang si Idlan - abang Kassim Pon Pon!

 

Komen-Komen | 22

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





kenapa kecik ko tidak diberi peluang menjadi host diwarung kita, sedangkan alex no.3 bah... ini tidak adil bah...
kemay - 27-Mar-2010

tahniah kecik moga berjaya
zee - 27-Mar-2010

ko la kebanggaan org2 papar. Betul ke kecik org papar kalau salah jgn mare aku tak pasti. Kalau alex aku pasti la. aku pun ramai kawan di papar tu, di Binoni pun ada, tempat asal belacan terkenal papar. aku suka tahi belacan cicah ikanmerah mata besa
kemay - 27-Mar-2010

kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk memangggggggggggggggg besttttttttttttttttttttttttttt
ryan j.o.j - 26-Mar-2010

tak sabar lah menanti kecik buat program.......emmmmmmm tpi korang rasa kecik nie boleh ke?
ryanj.o.j - 26-Mar-2010

1 2 3 4 5