Program Siri Kecik Bakal Menyusul!

raja lawak 4 | Berita & Gosip

Program Siri Kecik Bakal Menyusul!

addthis kongsi icon

 

KL, 26 MAC 2010: Murai Batu rasa, semua orang dah tahu tentang perkembangan terbaru Alex yang baru saja menang tempat ketiga dalam program Raja Lawak Musim Ke-4 (RL4).

Tak lama lagi Alex akan mengacarakan musim terbaru, Warung Kita bersama Farouk Hussein dan kali ini program berbentuk travelogue itu akan menjelajah ke negara Sabah pula. Seronokkan?

Tapi, ada jugak yang tanya Murai Batu, takkan Alex je yang dapat peluang untuk kembangkan kegiatan seninya selepas masuk RL4.

Macam mana pulak dengan 2 pemenang RL4 yang lain iaitu Kecik yang jadi juara serta Idlan yang menang tempat kedua. Apa cerita diaorang?

Hai, demi korang semua terpaksalah Murai Batu berjumpa balik dengan si Jalak Lenteng yang bekerja kat Astro Prima. Manalah tau, kot kot dia tahu perkembangan Kecik dengan Idlan.

Korek punya korek, akhirnya dapatlah juga Murai Batu cerita terbaru tentang Kecik. Khabarnya Kecik bakal membintangi sebuah program siri  yang berkaitan dengan diri diaorang berdua. Alah, lebih kurang macam kumpulan Sepahlah.

Tapi, Murai Batu tak pasti pulak macam mana bentuk program siri untuk Kecik tu nanti. Sebab, si Jelek Lenteng mengada-ngada tak mau bagitau. Alah kedekutlah tu...

Kata Jalak Lenteng, cukuplah kalau sekadar dia beritahu yang Kecik nanti akan membintangi sebuah program bersiri. Yang lain-lain, kata Jalak, private and confidential. Sebab, kalau bagitau semua, nanti sudah takde kejutannya.

Jadi, pada peminat Kecik semua, korang bersabarlah ya. Yang pasti, Kecik sebagai juara RL4 takkan diketepikan sama sekali oleh Astro Prima.


MURAIBATU: Tengah teropong pulak tentang si Idlan - abang Kassim Pon Pon!

 

Komen-Komen | 22

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





SAYA CADANGKAN ANAK2 DIDIK ABD DIN BERAMBOI RL4, BERKUMPUL DAN BERBINCANG DGN AFDLIN DAN BOB LOKMAN. APAKAH BENTUK SEDEKAH JARIAH YG BOLEH ANDA BANTU ABG DIN.”MASA SUKA KITA BERSAMA, JGN MASA SAKIT/SUSAH KITA BIAR DIA BERSENDIRIAN” FIKIR2 KAN LAH
aldani - 31-Mar-2010

kecik tu entah apa2 mng nasib je lawak ke parit,tgk je la nanti x kemana pn diorg ni duk sabah je la;;;
siam - 29-Mar-2010

beshhh.....
heyhitler - 28-Mar-2010

no komen..hahahaiii
thehitler - 28-Mar-2010

yeay..yeay...akhirnya penantian ku beakhir juga...x saborrr...
meletup - 27-Mar-2010

1 2 3 4 5