www.murai.com.my : Umie Selamat Bernikah di Mekah!



berita | tempatan

Umie Selamat Bernikah di Mekah!


Media Galeri


Teks Oleh Ellyna Ali


MEKAH, 14 MAC 2010:
  Aktres Umie Aida, 37, akhirnya selamat melangsungkan pernikahan dengan tunangannya yang juga seorang usahawan bergelar Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan, 47,di Masjidil Haram, Mekah, kira-kira jam 6.21 petang waktu tempatan (1.21 pagi waktu Malaysia).

Berwalikan abang kandungnya, Ahmad Reedzuan,  pasangan itu dinikahkan jurunikah, Maruwan Zakaria dengan wang mas kahwin sebanyak Saudi Riyal 1,818.18 (kira-kira RM1,663.63) dan sebentuk cincin berlian.

Umie atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad menikahi duda beranak dua itu pada tarikh kelahiran kakaknya, produser, pengarah serta pelakon Erma Fatima.

Majlis pernikahan mereka telah disaksikan rombongan keluarga seramai 20 orang di kedua-dua belah pihak termasuklah 2 wakil dari pihak media. Pemilihan Masjidil Haram sebagai lokasi pernikahan adalah atas permintaan Umie sendiri. 
 
Majlis resepsi pasangan ini pula  dijadualkan berlangsung pada 28 Mac 2010 ini di Hotel One World, Bandar Utama, Damansara dengan berkonsepkan taman Inggeris dan tradisional kontemporari oleh perancang perkahwinan, Jovian Mandagie.

Kira-kira 1,200 tetamu jemputan dijangka hadir termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dijangka hadir.

 

 

Komen-Komen | 64

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





syukurlah...taniah kak umie,moga2x berkekalan ke anak cucu cicit..amin..
emoly - 22-Mar-2010

slmat pengantin baru..smga d pnjgkn umo dan jodoh..d hrpkan ada perubahan drpd umie.kwin kt mekah lak 2.jgn pkai tudung msa kawin je..umie pkai tudung mnis ngat..
izah - 22-Mar-2010

mdah2an umie bahagia d smping org yg tersyg..mga2 jodoh berpnjgan hingga akhir hyt..berkat kwin dmkah..dhrapkan umie brubah..pakai tudung ye.xbaik kwin ktsna je pkai.blik nnt mst ada prubhan..
izah - 22-Mar-2010

selamat pengantin baru..smoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat..umie, jgn hangat2 taik ayam jer tau..pakai tudung mnis ngt..
izah - 22-Mar-2010

alhamdulillah n tahniah..betul tu normala harp2 kain yg menutupi rambut tu berkekaln samapi ke malaysia ikutlah jejak kak erma tu kan..
bni2 - 21-Mar-2010