Teks Oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 16 MAC 2010: " Dia tak mahu maafkan atau tidak, terserah. Sebab masa mula-mula saya nak tarik diri, dia cakap dia nak maafkan. Sekarang ini, dia kata tak maafkan pula. Apa ni... ?
"Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi, siapa yang terlibat di dalam pementasan teater muzikal Antara itu pun tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik isu kejadian ini," kata Ellie Suriaty.
Ellie Suriaty berkata demikian sebagai mengulas kenyataan produser Erma Fatima yang sebelum ini mengakui terluka dengan sikap dan tindakan Ellie yang dianggap terlalu emosi sewaktu dipertanggungjawabkan untuk mengarah teater muzikal Antara.
Erma juga turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap dan tindakan Ellie yang telah mengubah beberapa babak dalam skrip Antara yang merupakan naskhah karyanya sendiri tanpa berbincang terlebih dulu.
Lebih mengecewakan Erma apabila Ellie mendakwa bahawa skrip Antara telah terpesong serta tersasar daripada landasan Islam sedangkan sebelum ini, ia telah dipertontonkan kepada pihak Jakim.
Tidak dapat berdiam diri lagi dengan tindakan Ellie, Erma memberitahu bahawa saat ini hatinya masih belum terbuka untuk memaafkan Ellie yang selama ini disifatkan sebagai adik angkat serta antara rakan artisnya yang cukup rapat.
Apa kata Ellie?
"Memang saya ada isu tentang benda yang ditulis dalam skrip dia (Erma). Malah kita dah pun argue dan perbahaskannya.
"Mana boleh watak iblis boleh masuk dalam alam kubur. Cara macam mana pun memang tak boleh. Kalau nak bagi insaf sekali pun, perlu ke watak iblis itu di bawa masuk watak jenazah dan alam kubur?
"Iblis hanya ada atas dunia untuk ganggu manusia saja. Tapi, bila di alam kubur, hanya tinggal kita dan Mungkar Nangkir saja.
"Sebab itu saya buat watak iblis ini berdialog dengan penonton. Bukan masuk di dalam kubur. Tapi, ia tak dipersetujui. Kalau nak takutkan orang sekalipun, kita tak boleh halalkan cara dan niat. Kalau salah, ia tetap salah," katanya.
Jelas Ellie lagi, dia faham seorang penulis pasti akan rasa terganggu apabila pengarah cuba mengubah apa yang telah divisualkannya menerusi skripnya.
"Tapi, dalam hal ini, kita tidak bercakap pasal seorang kawan atau keluarga kita. Dalam hal ini kita menyentuh tentang Islam dan pegangan orang Islam.
"Kalau saya rasa sangsi dengan apa yang cuba dipersembahkan dalam skrip itu saya tidak mahu buat. Sebab, sebagai orng Islam, kita ada tanggungjawab kita sendiri. Sebab itu saya tarik diri," katanya.
Erma Banyak Campur Tangan
Jelas Ellie lagi, penarikan dirinya daripada teater muzikal Antara itu juga berpunca dari campur tangan Erma yang tiba-tiba mahu mengubah apa yang sudah ditetapkan di dalam pementasan itu.
"Dia selalu tidak ada waktu latihan. Bila dia datang dia dan tengok, dia terus menyoal macam-macam. Kenapa yang itu macam ini. Kenapa yang ini macam itu. Bila terlalu banyak persoalan pelakon dan mula keliru dan sukar bergerak.
"Maka timbullah isu tentang masalah blocking pelakon yang belum buat. Padahal dia sendiri tahu bahawa blocking tak boleh dilakukan lebih awal daripada itu kerana ia digunakan oleh pihak lain.
"Saya juga tak tahu yang dia sudah mengubah blocking Adam dan Hawa dengan membuatkan mereka berlari-lari. Padahal idea asal saya adalah untuk mengunakan shadow (bayangan).
"Disebabkan macam-macam masalah, saya cakaplah kalau susah lebih baik dia sendiri yang arahkan. Sebab itu saya cakap saya susah bvuat teater dengan orang yang ada agenda,"katanya.
Sambung Ellie lagu, waktu mula-mula dapat tawaran mengarahkan teater Antara ini, dia tidak mampu menolak.
"Saya memang tak mampu, tapi dalam waktu yang sama saya tak mampu menolak. Tak mampu sebab apa yang saya buat ini kerana Allah.
"Tak mampu tolak sebab rezeki ini juga datang dari Allah. Tapi, saya juga tak mahu main-main. Bukan hendak cakap saya bagus. Itu bukan saya. Tapi, saya juga ada tanggungjawab," katanya.
vaniti |
Spotlight
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 21
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 21 Komen
xtau sape betul sape salah.. tp sejak kecik mmg penah baca dan penah diberitahu bhw watak2 nabi & rasul xboleh di lakonkan... hanya sekadar suara atau firman... wallahualam...
hamba allah - 16-Mar-2010
1 2 3 4 5
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)



