www.murai.com.my : Dafi & Acha Belajar Sama Kampus



gosip | gosip kita

Dafi & Acha Belajar Sama Kampus



KL, 4 DIS 2007:  Aduh, belum sempat cerita Acha Septriasa dan Irwanshah terpaksa berpisah kerana Acha akan menyambung pengajian di Universiti LimKokWing di Cyberjaya, Malaysia, Murai Batu terdengar pula cerita terbaru yang tidak kurang menariknya.


Kalau nak tahu, di pusat pengajian yang samalah penyanyi remaja paling popular, Dafi AF5 sedang belajar. Difahamkan, Dafi masih mengikuti pengajian peringkat Diploma in Sound & Music Design. Sebelum ini Dafi terpaksa mengambil cuti panjang kerana sibuk dengan Akademi Fantasia 5 (AF5) dan membina tapak sebagai artis.
 

Murai Batu dimaklumkan, mengikut perancangan, Dafi akan balik ke kampus sama waktu dengan Acha iaitu Februari tahun depan. Haa, dah tak lama lagi tu.


Kiranya, kalau Acha jadi ke sini, Dafi akan menjadi senior Acha. Nampaknya selepas ini, kampus LimKokWing akan menjadi tumpuan peminat dan paparazzi yang akan meneropong gelagat mereka. Maklumlah, seorang artis popular dari Malaysia, seorang lagi pula dari Jakarta. Alamatnya, makin seronoklah dan bersemangatlah pelajar lain di universiti itu masuk ke kampus dan berkawan dengan mereka.


Apa yang Murai Batu dengar-dengar, Dafi dan Acha pernah menyanyi bersama-sama di Penang, baru-baru ini dalam satu konsert anjuran sebuah stesen radio. Kira OKlah tu, dah saling berduet dan kenal mengenal.


Ada juga kawan Murai Batu mula bergosip, adakah nanti Acha dan Dafi akan berkawan rapat? Haa, itu kena tunggu dalam episod seterusnya. Sekali fikir macam High School Musical pula! Apapun, selamat belajar buat Acha dan Dafi. Semoga impian anda berdua akan menjadi kenyataan!



MURAI BATU:  Nak tunggu tengok, siapa produser pertama akan offer Acha dan Dafi berlakon! 

Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





korg nie...dorg 2 kkwn ja lh...
evenda - 1-Feb-2008

ehem2 ehem2
raydrevilism - 10-Dec-2007

comeinyer..bgsla nak sambung stadi..jgn nak sebab glamor je..bia berilmu..jgn nak glomar jer..yg penting..niat...!!chaiyok2..adik2..
zira87 - 9-Dec-2007

aku sokong kau, kalo acha ni awek aku smbg belajar pun aku x bagi....
elzafa - 6-Dec-2007

Kalau sy jd Irwan, Sy dah pindahkan Acha ke Kampus lain..hehe.. ke Sunway College ker.. KDU ker..hehe..
sharlan318 - 6-Dec-2007