Teks Oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 1 MAC 2010: Akhirnya seperti yang dijanjikan aktor Que Haidar dan isterinya Linda Jasmine, majlis memperkenalkan cahaya mata pertama mereka iaitu Ratu Haidar telah pun diadakan di Restoran Bora Ampang pada petang Sabtu lalu.
Ratu Haidar yang baru saja berusia 4 bulan telah pun selamat dilahirkan menerusi pembedahan di Hospital Gleaneagles, Ampang kira-kira jam 2 petang, pada 26 Oktober lalu.
Memiliki gabungan wajah Que dan Linda, Ratu Haidar nampak begitu comel sekali apabila berada di sisi kedua-dua ibu bapanya dalam majlis berkonsepkan serba putih yang ditaja restoran Bora Ombak dan Craddle & Nall.
Hampir 100 orang tetamu telah hadir dalam majlis ini termasuklah Mawi dan Ekin, Dafi dan Sofea Jane. Apa yang menarik, Ratu Haidar turut memiliki pelamin serta buainnya yang dihias dengan begitu cantik dan indah sekali oleh Craddle & Nall.
Kata Que, dia sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis itu kerana ia telah berlangsung dengan begitu lancar sekali.
"Tujuan saya adakan majlis ini adalah disebabkan untuk memenuhhi janji dan kehendak terhadap pihak media untuk memperkenalkan Ratu Haidar.
"Sebelum ini saya terpaksa tolak permintaan mereka kerana waktu itu Ratu Haidar masih lagi terlalu kecil.
"Kalau hendak diikutkan sekarang ini pun, dia masih belum cukup kuat untuk diperkenalkan pada pihak media. Tapi setidak-tidaknya dia tidak lagi fragile seperti sebelum ini," katanya.
Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mengakui bahawa pemilihan Bora Ombak sebagai tempat untuk mengadakan majlis itu adalah disebabkan nilai sentimentalnya.
"Mungkin ramai yang dah tahu sebelum ini saya dan Linda menikah dan bersanding si itu. Jadi, untuk mengembalikan saa-saat manis itu, saya adakan pula majlis perkenalkan Ratu di sini.
"Seperkara lagi, tempat ini memang kena dengan citarasa saya dan Linda. Kami berdua suka benda-benda yang etnik. Lagi satu, tempat ini juga sangat berhampiran dengan rumah kami. Jalan kaki pun boleh.
"Dan paling penting sekali, kami berdua sangat senang berurusan dengan pemilik restoran Bora Ombak ini yang kami gelar Kak Tun. Dia cukup baik dan tak begitu berkira sangat," katanya.
Jelas Que lagi, dia dan Linda sudah merancang untuk mendapatkan lagi anak selepas ini.
"Memandangkan Linda melahirkan Ratu secara pembedahan, jadi doktor telah menasihatkan dia supaya berehat dulu dalam tempoh 6 bulan ini.
"Jadi, kita tengok dululah macam mana. Mungkin lepas 6 bulan, kita akan start merancang untuk dapat anak yang seterusnya pula,"katanya.
Tentang penerimaan anak tirinya, Qalif Khan, 9. yang merupakan cahaya mata pertama Linda hasil perkahwinnya yang terdahulu, Que berkata, Qalif sangat-sangat protective terhadap Ratu Haidar.
"Setiap kali saja berjauhan, dia (Qalif) akan minta saya dan Linda bawa pulang adiknya semula ke rumah. Dia juga pernah minta untuk bawa Ratu Haidar ke sekolah. Katanya dia nak pinjam dulu untuk sementara sebab dia perkenalkan adiknya itu dengan kawan-kawan di sekolah.
"Kalau saya tukarkan pamper Ratu, dia akan tolong dengan cara membawakan pampers yang baru untuk saya. Kiranya dia memang boleh diharaplah. Termasuklah bagi susu botol untuk Ratu," katanya.
Bercakap lebih lanjut tentang Ratu Haidar, Que berkata, biarpun masih kecil tapi anaknya itu sudah pun pandai menunjukkan ekspresi wajah sebagai seorang pelakon.
"Dia juga sangat pandai menyesuaikan diri. Dan dia juga agak penyayang dan sensitive seperti saya. Tapi suaranya memang dah kedengaran high pic seperti Linda," katanya sambil tertawa.
Que juga turut menyanyikan Ratu Haidar dengan lagu Tidurlah Permaisuri versi P Ramlee.
"Sebetulnya lagu itu pernah arwah ayah saya nyanyikan untuk kami semua. Sekarang ini, giliran saya pula nyanyikan untuk anak saya," katanya dengan nada gembira.
vaniti |
Spotlight
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 33
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 33 Komen
ush naper la seksi sngt..nie kan majlis cukur jambul..bukannya memperagakan pakaian...erm...aper2 ajer la...
wanie pieces - 3-Mar-2010
so cute montel sekali
queen - 3-Mar-2010
so cute kenapa tak ambil gambar bersama abangnya?
riesaveesa - 3-Mar-2010
ni bukan majlis cukur jambul lerrrr...ni majlis memperkenalkan aje...ape2 pun mmg cntik la
riz3107 - 3-Mar-2010
memang comel
aishah - 2-Mar-2010
1 2 3 4 5<<>>
- Terhangat
- Terkini
- iPad Mini & Samsung Galaxy S4 untuk dimenangi di dlm Peraduan Food Stailista.
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



