Tiada Penyingkiran Di Minggu ke-8

raja lawak 4 | Berita & Gosip

Tiada Penyingkiran Di Minggu ke-8

addthis kongsi icon


KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2010:  Minggu ke-8 Gelanggang Raja Lawak Musim ke-4 (RL4) yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan tiada peserta tersingkir, sama seperti minggu pertama dahulu.

Ini bermakna keempat-empat peserta yang tinggal iaitu Idlan, Kumpulan Kecik, Kumpulan Mamu dan Alex akan terus berjuang pada minggu depan, iaitu minggu kesembilan sebelum memngetahui siapa di antara mereka yang akan layak ke Gelanggang Akhir Raja Lawak 4. 

Keputusan tiada penyingkiran ini diumumkan oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 4, Bob Lokman walaupun pada mulanya telah diketahui bahawa Kumpulan Mamu adalah peserta yang mendapat undian terendah pada minggu ini, namun mereka terselamat dan diberikan peluang sekali lagi di minggu hadapan.

Tema untuk minggu ini adalah Tiru Gaya Artis dan peserta-peserta diminta untuk mempamerkan kreativiti mereka dalam meniru gerak gaya, personaliti dan penampilan artis atau ikon yang telah mencipta nama dalam industri hiburan tempata dan antarabangsa.

RL4 dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.

Dengan penyingkiran Caca, ini bermakna masih tinggal 4 peserta yang merebut gelaran RL 4. Jadi jangan lupa untuk terus mengundi pelawak-pelawak kegemaran anda kerana undian adalah yang menentukan nasib mereka.

Bagi peminat setiap peserta, anda boleh terus mengundi calon pelawak pilihan anda dengan menghantar SMS setiap minggu.


Untuk Mengundi:

SMS : Taip LAWAK [nama singkatan peserta] atau LAWAK[3/5/10] [nama singkatan peserta] untuk (3/5/10 undian) ke 32999
Contoh : LAWAK5 [nama singkatan peserta] ke 32999

Untuk 20 undian : Taip LAWAK20[nama singkatan peserta] ke 32999.
Contoh : LAWAK20 [nama singkatan peserta] ke 32999
kadar premium untuk setiap undian: RM0.50.

Komen-Komen | 56
Hantar Komen Anda
Juara RL4 adalah diantara ALEX atau IDLAN, yang tersingkir minggu ini adalah MAMU......!!!! KECIK No.3
aldani - 24-Feb-2010

klu kowng rs bgs sgt..kowng aje la yg blawak..igt sng ker nk brdri ats pentas....bulih trXXXXX tau......
cikubusuk - 23-Feb-2010

IDLAN.. I LIKE!
sarimaya - 23-Feb-2010

hehehe cian kemainlagoi tak dpt faham...cuba la tanya din beramboi kalau2 dia paham. Kalau dia pun taka faham aku lagi tak faham...haha! api tu sakit hati air tu sedih. 2 perasaan ni din beramboi dah takda dlm kamus dia. yg ado cuma gelihati...
kemay - 23-Feb-2010

idlan membosankan...
Ranma - 23-Feb-2010