Magika Bukan Alice In Wonderland

wayang | Buletin Wayang

Magika Bukan Alice In Wonderland

addthis kongsi icon

Media Galeri

Teks oleh Haswari Ali
Foto ihsan KRU Studios

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2010: Suara nakal yang mengatakan filem terbaru terbitan KRU Studios, Magika mempunyai persamaan dengan filem fantasi Hollywood, Alice In Wonderland dinafikan oleh pengarah serta penulis filem berkenaan, Edry Abdul Halim.

Menurut pengarah muda berkenaan, berbeza dengan beberapa filem fantasi terbitan Hollywood, Magika yang merupakan filem sulung arahannya itu mengetenghkan fantasi serta mitos kepercayaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

Namun beliau tidak menafikan sekiranya filem berkenaan mempunyai  persamaan dari sudut genre, di mana nilai fantasi dan mitos diguna pakai sebagai elemen utama keseluruhan jalan cerita filem muzikalnya itu. 

“Apa juga fantasi, mitos dan alam ghaib merupakan kepercayaan dalam masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Inilah yang cuba saya terapkan dalam filem pertama arahan saya ini.

“Bagi saya, Magika sebenarnya membantu menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga,” katanya kepada pihak media.

Edry ditemui ketika sidang media selepas tayangan istimewa Magika yang diadakan di pawagam Cineleisure, Damansara, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu 2 beradiknya, Norman Abdul Halim dan Yusry Abdul Halim.

Tidak ketinggalan barisan pelakon yang telah menjayakan Magika antaranya Ziaza Zain, Ning Baizura, Aznil, Mawi, Diana Danielle,  M Nasir, Sharifah Amani, Vanida Imran, Zaibo dan tidak ketinggalan adik Fimie Don.

Edry menambah, idea menerbitkan Magika telah lahir sejak pembikinan Cicak Man 2 dan Duyung kerana hanya menerusi konsep berkenaan sahaja cerita-cerita dogeng masyarakat Melayu dapat diserlahkan menerusi layar perak dengan acuan cukup menarik.

“Cabaran saya untuk menghasilkan Magika cuma satu. Iaitu bagaimana untuk menjadikan Magika relavan dengan masyarakat Malaysia kerana orang kita masih asing dengan konsep muzikal di dalam filem.

“Untuk itu, skrip dalam Magika tidak banyak lari daripada setiap lirik lagu. Malah mitos Melayu yang kita pilih juga relavan dan sangat popular sehingga hari ini,” katanya yang telah menghasilkan 14 lagu untuk merealisasikan impian Magikanya itu.

Antara cerita dogeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak pander, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang, Hang Tuah dan banyak lagi.

Malah dia bersyukur kerana Magika telah mendapat komitmen sangat baik daripada nama-nama besar dalam dunia lakonan seperti Ziana Zain, M Nasir, Ning Baizura dan Dato’ Jalaludin Hassan yang bukan saja menampilkan kualiti lakonan yang baik, malahan juga menyanyi.

“Inilah konsep yang ingin kita tampilkan dalam Magika. Tak kiralah ada diantara babak mereka yang pendek atau panjang, tapi saya pasti ianya akan memberi kesan dan diingati oleh sesiapa saja.

“Kerana selain watak, lagu-lagu yang kta gunakan dalam Magika sebenarnya bersesuaian dengan karektor masing-masing. Sebagaimana KRU yang menjadi Pokok Bersaudara, Ziana pula dengan watak Nenek Kebayan yang jelita tapi jahat, semua itu kami berikan kelonggaran,” katanya.

Menelan belanja RM2 juta, Edry mengharapkan agar filemya itu mendapat sambutan  menggalakkan daripada penonton yang menghargai kisah dogeng tempatan supaya ianya tidak terus ditelan zaman.

“Secara kreatif, sekiranya Magika mampu mendapat kutipan RM1, itu sebenarnya sudah kira ok buat saya.  Kerana saya tidak meletakkan sasaran tertentu. Paling utama meletakkan Magika pada masa tayangan yang sesuai.

“Jika masa tayangannya sesuai, saya percaya Magika akan mendapat sambutan. Lihat saja sambutan terhadap filem Adnan Sempit, kerana iannya telah ditayangkan pada masa yang sesuai. Namun yang penting sekarang, filem ini mampu menggembirakan sesiapa saja yang menonton,” katanya.
Komen-Komen | 17

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





hebat kru studio..semoga berjaya
mr s - 29-Mar-2010

tak sabar nk tgg filem majika ni di tayangkan,mesti best!!!satu pembaharuan yg membngakan...
fyza - 19-Mar-2010

erm, bile ek magika nak ditayangkan.. tolong bagitaw tarikh boleh x
zul - 15-Mar-2010

best ar cite magika nie... agi2 ade uncle aznil... lgi gmpak......
stailista - 27-Feb-2010

sokong filem kite!!!!
nopol - 27-Feb-2010

1 2 3 4